Pengurus Pasukan Bola Keranjang

January 07, 2013

Fuyoo !! Jawatan taknak kalah beb..PENGURUS PASUKAN BOLA KERANJANG yer. Itulah jawatan aku untuk tahun ke-3 di SMK St. Mary. Basically, i have nothing about basketball..yang aku tahu cuma players basketball tinggi-tinggi dan hensem-hensem ! [kebanyakkannyer la]
Alhamdulilah, walaupun aku cuma tahu cara2 nak passing n shoot, tapi tak ada la sengal sangat sampai tak tau main langsung. Macam biasa, aku biasanya belajar mengenai sesuatu tu dari Mr. Google yang hensem kacak bergaya ni dan juga pengalaman menguruskan pasukan bola keranjang sekolah selama 2 TAHUN..hehe

Ok..mari kita belajar teknik2 asas permainan bola keranjang yer. 

  1. STAMINA : Apa yang penting dalam permainan bola keranjang adalah STAMINA. Walaupun anda hebat dalam shooting, dribbling atau apa2 pun, tapi kalau stamina out..sorry yer. Memang teruk dibelasah pihak lawan. Pemain basketball perlu lah LINCAH. Tinggi cuma kelebihan, tapi kelincahan amat penting sebagai seorang pemain basketball. 
  2. SEMANGAT BERPASUKAN : walaupun ini bukan termasuk dalam teknik asas permainan bola keranjang, tapi tanpa semangat berpasukan, peluang untuk menang agak sukar. Perlu ada chemistry antara pemain. 
  3. HANTARAN BOLA : ada pelbagai jenis hantaran spt hantaran aras dada, lantun dan tinggi/atas kepala. Setiap jenis hantaran mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Pemain perlu bijak menyesuaikan jenis hantaran mengikut situasi.
  4. MENGGELECEK/DRIBBLING : setiap permainan ada pelbagai cara menggelecek. Dalam basketball, amat penting untuk pemain menguasai teknik dribbling yang betul kerana jika teknik ini tidak dikuasai, kemungkinan bola dirampas pihak lawan amat la tinggi
  5. JARINGAN : sebagai seorang yang agak rendah, kemahiran jaringan aku amat la sederhana, hehe. Tapi perlu ingat, pemain yang tinggi mempunyai kelebihan untuk jaringan, tapi jika pergerakan anda tidak lincah, alamatnya pemain yang lebih rendah tapi lincah mampu merampas bola anda. Ada pelbagai jenis jaringan seperti jump shot, straight shot, freeze shot atau pun lay up. Boleh google tgk cara2 setiap jaringan yer..hehe
Ok la setakat ini sahaja perkongsian dari Cikgu Norazimah tentang bola keranjang. Kalau lebih2 nanti takut jadi pro pulak. By the way, banyak ilmu yang dipelajari dari geng KL Dragons. Dorang ni memang BEST n comei2 [eh!]. InsyaAllah, tahun ni pun akan diadakan lagi Klinik Bola Keranjang dengan kerjasama dari KL Dragons untuk tahun ke-3. Selepas raya cina nanti, ada pertandingan basketball peringkat zon..doakan kejayaan pasukan kitorg yer..

~xoxo~


~ Pasukan PINK yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam tahun pertama penyertaan..hebat kan? ~

~ Pasukan senior yang comei2 teruk dibelasah pihak lawan sampai luka2 bagai..by the way,, they did the best ~

~ International players dari SMK St. Mary yang menyebabkan pihak lawan tertunggu-tunggu game dari St. Mary. Mary Monica Mendy..u are CUTE !! hehe ~

~ Klinik Basketball pada tahun pertama, tengok players Kl dragons  tu, tinggi gler kan? dah la comei2..semua budak aku muka happy jer dapat join klinik ni walaupun cuaca yang panas..~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.