Yeah !! Dah kembali kurus

January 05, 2013

Rahsia Mudah Kurus

Hah !! Jeles tak bila aku cakap aku dah kurus dan kembali ramping tanpa korset yang mahal2? Betul...sebelum bersalin 60 kg dengan pipi yang bambam macam anak aku sekarang + lengan yang besar + peha yang besar. Tapi itu dulu !! Kini aku telah kembali ramping + pipi kecik sikit + peha tak berlaga antara satu sama lain + lengan tak geleber tanpa kos yang mahal. [tapi perut buncit normal ye bagi mama beranak 1, cuma sekarang masih lagi belum mendapat berat badan ideal ketika zaman muda2 dulu].

Apakah RAHSIA nyer? 

  1. Makan jangan pelahap
  2. Jadikan kata-kata kutukan suami yang anda gemuk sebagai 1 cabaran untuk control makan
  3. Banyakkan berjalan [terutama ketika shoping..memang practical !! ]
  4. Masa berpantang, jangan lupa berbengkung
  5. Bf anak anda dengan kerap [kalau jenis selalu 'outstation' macam aku, kena kerap pumping]
  6. Ambil supplement [ ESP + Alfafa + Lecithin ]


Bf atau pun breastfeed memang terlalu banyak faedah nya. Selain mendapat pahala dan keberkatan, aku telah berjaya menggantikan duit untuk beli susu irfan dengan baju dan handbag yang baru [eh !] Selain itu, bila keluar jejalan dengan suami dan irfan, tak perlu bawak bakul besar berisi thermos untuk bancuh susu..hehe . Mudahnya hidup kan? Tapi aku agak pelik kenapa ramai cakap bf anak susah..banyak perkara boleh dilakukan ketika bf anak tau..check it out.


10 Perkara yang boleh dilakukan ketika bf anak :

  1. Melayari Internet [check email/main farmville dan itgirl/tulih entry baru..hehe]
  2. Membaca suratkhabar/majalah/novel dan bahan-bahan bacaan lain
  3. Makan dan minum
  4. Ketip kuku anak [untuk yang pakar saja]
  5. Buat blueprint Kelab Basketball dan soalan2 PBS [untuk cikgu2 sahaja]
  6. Semak jawapan PBS pelajar [untuk cikgu2 juga]
  7. Menonton TV dan mendengar radio 
  8. Make up !! 
  9. Gossip bersama adik2 tersayang
  10. Bermanja-manja dengan hubby [hehe]

~ Irfan yang membulat dengan jayanya hasil susu ibu ~

MmUanx !!


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

4 comments

  1. bestnyer ! jeles ni..kena try gak

    ReplyDelete
  2. mesti try ni..rugi tau tak try..hehe

    ReplyDelete
  3. Ish, peliklah mama yg takmo bf. Memang banyak perkara yang boleh dilakukan sambil bf. Sy pun sll blogwalking sambil buat assignment dan bf baby dgn jayanya. hehe... (baby hari ni 60 hari)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..teruskan usaha..tak susah pon bf baby ni, jgn malas2 jer..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.