Mahkota Dewa : Buah pelbagai fungsi

April 02, 2013

Salam..

Hai kekawan semua..amacam cuti? ops ! cuma cikgu2 dan budak sekola jer yang cuti kan? korang yang bukan cikgu cuti gak ker? [sajer bikin line panas..hehe]

Hokay..arini aku nak bercerita tentang buah mahkota dewa. Korang pernah dengar tak pasal buah ni?  Bentuk buah ni macam jambu merah yang masam tu, tapi rasa dia kelat2. Pokok mahkota dewa ni banyak sangat dekat rumah mak mertua aku, siap giveaway dekat jiran2 tapi bukan untuk dijual yer..alasan mak mertua aku, semoga pokok mahkota dewa ni akan mengeluarkan hasil yang banyak untuk orang ramai. [Okay tak kalau aku buat giveaway buah makhota dewa ni gak? hehe]

Buah ni ada dijual di kedai2 jamu, tapi kebanyakannya dalam bentuk teh atau hirisan yang telah dikeringkan. Buah ni masa muda kaler hijau dan telah masak kaler merah. Bila dah masak, boleh dihiris-hiris kulit dia jadi hirisan kecil dan dikeringkan. Kemudian, cara nak minum senang jer, cuma tuang air panas yang baru mendidih ke atas beberapa hirisan mahkota dewa tadi dan sedia untuk diminum. 

Untuk pengetahuan u all, banyak tau khasiat buah mahkota dewa ni antaranya adalah :
1. Bersifat detoksifikasi yg dpt meneutralkan racun dlm tubuh
2. Anti bakteria & anti virus
3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
4. Mengurangi kadar gula dalam darah & penggumpalan darah
5. Melancarkan peredaran daran ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumpatan pada pembuluh darah 
6. Mengurangi kadar kolestrol serta penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
7. Berfungsi sebagai anti oksidan
8. Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadinya pendarahan/pembekakan
9. Berfungsi sebagai anti-alergi

Antara penyakit yang dapat disembuhkan adalah :
1. Kanser & tumor
2. Penyakit kulit yang kritikal
3. Kencing manis
4. Darah tinggi
5. Radang hati
6. Sakit sendi
7. Arthritis gout
8. Penyakit jantung
9. Gangguan ginjal

TAPI !! Perlu diingat, jangan ambil dalam kuantiti yang banyak kalau baru pertama kali mencubanya. Perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit dulu. Manakala ibu hamil DILARANG minum hasil rebusan air mahkota dewa ni yer.

Hokay, jom tengok aktiviti Irfan membantu opahnya menyediakan hirisan mahkota dewa ni untuk diminum.

" Hokay kekawan, mula-mula, lepas opah potong halus buah mahkota dewa ni, Irfan kena cuba dulu sedap ke tak..lepas tu Irfan kena selerakkan sebab nak pilih mana yang hokay.."
~ Itu adalah alasan Irfan sewaktu menyepahkan hasil kerja opah dia~

" Mari kita pilih-pilih yer, dun worry, opah tak marah Irfan sebab opah sayang Irfan.."
~ Kata Irfan dengan confidentnya ~

" Mama !! Habis nampak punggung Irfan yang besor ni...ala....malu Irfan, kurang ler aweks yang nak ngorat Irfan nanti "
~ Hehe..sayang kamu Irfan !! ~

~Close up buah mahkota dewa ~



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

12 comments

  1. Cikgu Azie sayang... memang x pernah dengar pasal buah Mahkota Dewa ni...ni baru first time baca... ermm...boleh bagi gambar close up sejibik tak...nak tengok dan nak kenal... *_^ ekekekee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay..dah masuk kan dlm entry, boleh tgk yer gambo buah ni

      Delete
  2. slm cikgu.wah 1st time sy dgr nama buah ni...kat sini manalah nk cari he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, klu duk area bandar mmg tak dpt ler nk tgk buah ni,kampung2 je yang ada..

      Delete
  3. Wow, buah Mahkota Dewa? Agaknya buat ni khas untuk dewa-dewa kot? Hehehe. First time baru dengan buah ni kak! Tak tahu langsung! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah ni bagus tau untuk orang tua2 yang ada mcm2 penyakit tu..hehe

      Delete
  4. amboi nama buah sedap bukan main.
    baru hana tau ada buah ni..hehe makan macam tu ja boleh ek. tapi kelat kan. boleh plak irfan makan.hehe
    habis irfan main buah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfan rasa2 jer, bila kelat dia kerut2 muka then buang buah tu..pastu amik lak yang lain..hehe

      Delete
  5. mcm nah tgk..tp xtau pun nama mahkota dewa
    awat depa pggey cam tu..mmg buah dewa dewa ka..
    isi dalam putih tu yg masam eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia kelat ler el, nama dia cmtu maybe sbb khasiat dia power kot..hubby ckp kat pasar borong selayang mahal buah ni, lagi murah buah epal..hehe

      Delete
  6. Huhuhuhu...suka kaler buah tuh...merah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampk sedap jer buah ni, tp rasa nyer kelat tau! Irfan pon berkerut-kerut muka bila mkn buah ni..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.