28April2013 : Pertama kali Ibu & Kak Iz pergi SOGO

April 29, 2013

Salam ceria..

Apa khabar u olls ! Bagaimana Isnin anda ? Ceria ? Hari ni mood baik sebab semalam dah enjoy shoping di SOGO ! Serius, memang release tensen berebut handbag dengan mokcik2 di Sogo semalam ! [ala.ala.mak Sinchan gitew..kelas ko Jemah ! hehe ]

Semalam first time ibu & Kak Iz, adek aku pegi Sogo. Memang terkejut ler dorang bagaimana havoc nyer suasana di sana. Ibu dan Kak Iz pun pandai tau berebut pilih handbag masa happy hour. Yela, saper taknak 2 beg Carlorino RM99? Dapat ler ibu handbag baru pilihan hati ! Muka berseri-seri jer balik rumah dengan handbag baru..hehe

Aku pun dapat sambar 1 handbag baru Sembonia sebab En. Hubby dah bagi duit suruh beli, yela, asyik duk merengek jer nak handbag baru sebab handbag lama zip dah rosak. Kalu En. Hubby belikan, aku akan merungut tak berkenan, so cara terbaik dia bagi duit n aku beli sendiri..best kan? ahaks ~ Kak Su (housemate) aku pun duk sambar handbag baru gak ! So kitorang balik dengan plastik beso dengan handbag..hehe

Semalam, Irfan pun first time pegi Sogo gak tau ! Sebelum ni, budak tu dalam perut jer ikot mama pegi Sogo..hehe. Tapi mood budak ni tak berapa baik, maybe tak suka orang yang ramai sangat kot..masa aku pilih handbag, Kak Iz terpaksa bawak Irfan jalan2 tengok aweks.. ait ! Tapi seperti biasa, kalau pegi Sogo tak sah kalau tak beli baju kat Irfan ! Budak ni dapat jeans baru yer..amvoi! 

1 yang aku baru tau, rupa2nya di Sogo ada nursing room ! Memang selesa bf Irfan. Lepas ni ada can ler ajak En. Hubby pegi Sogo, aku shoping, En. Hubby dan Irfan main2 ni nursing room yang ada macam2 mainan..best ooo ! Hokay..kalau korang nk shoping, Sogo ada sale sampai 12 May yer..jom ke sana ! !

~ Opah & Irfan jalan2 tengok aweks sambil mama duk shoping..hehe ~

~ Kak Iz a.k.a baby sitter Irfan..muka budak duk merengek cari mama..ala cian ~

~ Budak buat perangai ! Ini ler dia Irfan yang bambam ! ~

~ Mama dan Irfan duduk kepenatan sambil tunggu opah pegi toilet..hehe ~

~ Comei tak kitorang ! ahaks ~

~ Mak Uda @ Kak Iz di cermin bersama Irfan..mmuanx ~


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.