Kelebihan Ciuman @ Kiss kepada Suami / Isteri

April 28, 2013

~ Gambar hiasan : U kiss I ~

Salam ceria...

Amvoi-amvoi ! Kemain laju jer klik baca lagi yer bila tengok title kat atas ni? hehe... entry ni untuk yang dah berkahwin jer, kalau belum kahwin, tapi nak baca untuk pengetahuan, silakan...

Masa aku berblog walking tadi, terjumpa 1 artikel menarik tentang ciuman / kiss antara suami isteri. Dulu ingatkan cium2 ni sajer2 untuk menunjukkan kasih sayang selain dapat pahala. Rupa-rupanya, dari segi kesihatan ada banyak kelebihan cium2 ni..tak cayer? Jom baca..

Kelebihan Ciuman Suami Isteri Dari Segi Kesihatan :

1. Jantung 
: Bila bercium, kadar degupan jantung adalah tinggi iaitu 110 degupan per minit. Ini bagus kerana aliran darah ke jantung akan berjalan lancar dan jantung akan menjadi sihat dan kuat ! 

2. Paru-paru
: Bercium ibarat berenang dan menyelam di dalam air. Paru-paru korang akan bekerja dalam kiraan 60 tarikan per minit berbanding semasa bernafas secara normal, so ini baik untuk mencegah sakit paru-paru

3. Gigi
: Rembesan air liur pasangan korang dapat meneutralkan asid di dalam mulut & menghalang sakit gigi..ini macam ka? Wah !

4. Berat Badan
: Kalau korang mempunyai masalah berat badan, ciuman adalah teknik yang bagus kerana ia dapat membakar kalori dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Tapi kan..tapi kan..yeke? 

5. Stress
: Semasa bercium, suami isteri akan berpelukan dan ini merupakan formula mujarab untuk menghilangkan stress..[suka !]

6. Awet Muda
: 30 otot di wajah korang akan berfungsi semasa korang bercium. Ini mencegah kedutan di wajah yer..

7. Umur Panjang
: Ada kajian menyatakan amalan bercium suami isteri dapat meningkatkan hayat mereka selama 5 tahun berbanding mereka yang tidak melakukannya. 

8. Keyakinan Diri
: Semasa korang tengok pasangan mengalami gejala kemurungan atau tekanan yang tinggi, jangan cuba selesaikan dengan menggunakan kata-kata. Memang dari segi fizikal mereka ingin bersendirian tetapi dari segi mentalnya, mereka memerlukan korang. Dekatilah mereka dan berikan ciuman yang paling mesra agar dapat memberikan keyakinan diri kepada mereka .. chewah !


~ Gambar hiasan : I kiss U ~


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.


You Might Also Like

6 comments

  1. kena cium sokmo ar kalu gitu...baru dpt kelebihan tu..heheh..praktik2...

    ReplyDelete
  2. oooo..bagus info nie..hihi~:)

    ReplyDelete
  3. Ermm...ok. Selalu buat ni...Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..bagus untuk hubungan suami isteri dan kesihatan..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.