Wanita dan Ujian 'Pap Smear'

Khas untuk wanita [kalau orang lelaki nk baca pun boleh untuk pengetahuan]


Sumber : Mr. Google

" Adakah anda wanita? "

" Sudahkan anda menjalani ujian Pap Smear? "

Salam ceria..

Kemain lagi iklan dekat atas tu kan? Almaklumlah, aku baru jer buat test tu last week. Free lagi sebab krew Klinik Jinjang datang sekolah buat pemeriksaan untuk cikgu-cikgu dan of course ler pelajar. Ramai taknak buat test ni sebab MALU dan takut sakit. Ala..kalau anak dara normal ler nak malu dan rasa sakit. Ni kan mak dara, tak rasa apa2 pun..hehe. Serius, memang tak sakit dan sekejab jer..don worry. Ini semua untuk masa depan u all juga wanita2 sekalian. Rahim kita tu nak pakai lama..

Ada orang tanya 'Pap Smear' tu apa?

Hokay, kalau korang nak tau, ni adalah test untuk mengesan kanser servik/pangkal rahim. Kanser ni adalah pembunuh utama wanita selain kanser payudara. Kalau breast tu maybe kita boleh nampak kalau ada yang abnormal, tapi kalau kat rahim kita tu boleh nampak ker? Sebab tu kena buat test ni yer..ala, bukan tiap2 bulan pun kena buat test ni macam buat check up masa preggy dulu. Tiga tahun sekali pun dah hokay..dun worry.

Bila korang patut melakukan ujian Pap Smear?

Bila korang dah kahwin atau mencapai umur 26 tahun dan ke atas. Tapi untuk wanita yang telah menjalani histerektomi (buang rahim), tak perlu buat test ni sebab rahim dah takde (takutnya...)

Apa yang perlu dilakukan SEBELUM buat ujian Pap Smear?

Test ni tak boleh buat waktu haid. Korang perlu mengelak dari melakukan perkara2 berikut sebelum buat test :
1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Apa yang dilakukan SEMASA ujian Pap Smear?

1. Korang kena baring dgn lutut dinaikkan dan dibengkokkan ala2 nak bersalin. [serius terbayang rasa sakit bersalin..hehe]
2. Alat spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka. Masa ni doktor akan suruh korang tarik nafas untuk mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa.
3. Doktor akan masukkan spatula untuk mengambil sampel dari servik.
4. Sampel tu akan diletakkan di atas slaid kaca dan disembur dengan alkohol dan akan dihantar ke makmal untuk diperiksa.
5. Dalam tempoh masa 3 bulan (kerajaan yer..kalau swasta 1 minggu jer), pihak klinik akan call korang kalau ada masalah yang serius. Kalau semua normal, dorang takkan call untuk menjimatkan kredit (gurau jer..hehe)
6. Tadaa....dah siap ! [senang kan?]

Apakah kelebihan Pap Smear?

Selain dapat mengesan kanser servik, test ni juga boleh mengesan polip dan jangkitan pada rahim. Bagus kan? Jadi..jangan ragu2 untuk buat test ni..masa hadapan anda di tangan anda..chewah !!


~ Selamat menjalani ujian Pap Smear dari Cikgu Norazimah ~


Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Previous
Next Post »

11 comments

Click here for comments
Aina Areen
admin
14 April 2013 at 22:48 ×

macam sakit jee. takut >.<

Reply
avatar
Mimie Najib
admin
14 April 2013 at 23:16 ×

nice info. =)
pengetahuan ni...

Reply
avatar
15 April 2013 at 00:08 ×

baru je berbincang dgn adik & kawan2 ttg pap smear. terima kasih ats info :)

Reply
avatar
15 April 2013 at 20:37 ×

betui tu..dari wanita untuk wanita

Reply
avatar
15 April 2013 at 20:37 ×

tak sakit pon..dun worry..tak kan berdarah..ehehe

Reply
avatar
Permata Dia
admin
16 April 2013 at 07:51 ×

Berkunjung kemari. Benar sekali akak. Pap-smear memang harus dilakukan untuk pencegahan kanker mulut rahim.

Reply
avatar
17 July 2013 at 16:06 ×

Dah buat test jgk...tu tunggu keputusan. ...takut

Reply
avatar
17 July 2013 at 21:36 ×

insyaAllah, xde paper..yang penting mencegah lebih baik dari mengubati ! hehe

Reply
avatar
6 June 2014 at 10:34 ×

dh buat last year.. :)

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon