Thursday, 2 May 2013

5 Alasan Pertukaran Guru Antara Negeri

Alasan pertukaran guru

Salam ceria..

Alasan pertukaran guru mempunyai pelbagai version. Ada pelbagai alasan sampaikan kita rasa alasan tak munasabah pun boleh jadi. Sememangnya untuk memohon pertukaran, perlu alasan yang kukuh. Tapi cuma di atas kertas. CN buat research banyak tempat dan cuba pelbagai alasan pertukaran guru.

Kadang2 ada juga perasaan giveup. Yela, macam CN, cakap jer takde perasaan nk tengok result, tapi bila bukak result, FRUST bebenor ! Apabila dikira balik, rupa-rupanya dah 6 kali CN memohon pertukaran guru ni..tapi semua PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN !

Rentetan Sejarah Permohonan Pertukaran Guru Online Cikgu Norazimah & Alasan Pertukaran Guru Yang Digunakan:
Sesi Januari 2011
Alasan : Mengikut bakal suami yang tinggal di Kuala Langat [alasan comel kan? ahaks ! ]

Sesi Jun 2011
Alasan : Mengikut suami yang tinggal di Kuala Langat

Sesi Januari 2012 
Alasan : Mengikut suami yang tinggal di Kuala Langat

Sesi Jun 2012
Alasan : Mengikut suami yang tinggal di Kuala Langat & sarat mengandung [ 5 bulan je pun preggy masa tu..hehe ] + ancaman keselamatan sebab rumah di KL 2 kali dipecah masuk [lampiran 2 salinan polis]

Sesi Januari 2013
Alasan : Mengikut suami yang tinggal di Kuala Langat & mempunyai anak kecil yang menyusu badan + ancaman keselamatan sebab rumah di KL 2 kali dipecah masuk [lampiran 2 salinan polis]

Sesi Jun 2013
Alasan : Mengikut suami yang tinggal di Kuala Langat & mempunyai anak kecil yang menyusu badan + ancaman keselamatan sebab rumah di KL 2 kali dipecah masuk [lampiran 2 salinan polis]

TAPI..still lagi CN tersangkut di bumi Kuala Lumpur ni. Jadi berikut merupakan antara alasan pertukaran guru yang telah berjaya membuat cikgu-cikgu ni dapat tukar selain penggunaan cable yang beso gedabak.

1. Ancaman Keselamatan
: Ada sorang cikgu ni di pedalaman sarawak, mendapat ancaman akan dibunuh kalau keluar rumah, terus buat report polis dan dapat tukar dalam tempoh 24 jam ! Betul ke idak, CN terbaca kisah ni dekat page Pertukaran Guru. Satu lagi yang agak best, mendapat gangguan dari suami orang, cikgu tu buat report polis dan dapat tukar.
Cikgu Norazimah : Ancaman keselamatan sebab rumah 2 kali dipecah masuk, tapi tak dapat tukar pun..waaaa

2. Masalah Kesihatan
: Pastikan disertakan surat doktor hospital kerajaan bahawa anda mempunyai penyakit yang memudaratkan.
Cikgu Norazimah : Boleh tak guna alasan migrain sebab stress ? Makin teruk migrain ni..tapi takde lak jumpa doktor minta surat pengesahan..banyak lak procedure nyer..

3. Gangguan Emosi
: Gangguan emosi menyebabkan cikgu-cikgu stres dan tak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja. Ada sorang cikgu tu, menggunakan alasan gangguan emosi dan dapat tukar.
Cikgu Norazimah : Alasan kedua CN dalam borang adalah gangguan emosi, tapi tak jalan daaa

4. Mempunyai Rumah Sendiri di Negeri Dipohon
: Alasan ni CN baca dekat sini.
Cikgu Norazimah : CN pun guna alasan ni gak, tapi tak dapat pun..[muka sedey]. Dah la rumah dekat KL ni area hitam, banyak kes ragut dan pecah masuk... Ya Allah ! Lindungilah hamba mu ini dari kejahatan manusia..

5. Mengikut Pasangan
: Alasan ni ada dalam option sebab nk berpindah. Kalau letak alasan ni, pelu disertakan surat izin suami. Kalau anda tengok rentetan permohonan CN, semua ada 'mengikut'..
Cikgu Norazimah : Redha jika ini takdir-Nya. Semua ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semoga hubungan CN dan En. Hubby kekal bahagia walaupun PJJ. Semoga Irfan membesar menjadi anak yang soleh di bawah didikan En. Hubby & semoga CN dapat menyusukan Irfan sampai 2 tahun walaupun jauh diperantauan. Amin...


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.


Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

11 comments:

  1. slm cikgu.slma ni saya bc kat srtkhbr je,skrg baca sdri luahan kwn di blog.ssh jugak ye nk mta pertukaran.yelah ssh berjauhan dr suami apatah lg ddk black area kt kl...rsnya kalau saya kt tmpt cikgu nthlah he3...


    smga Allah permudahkan ursn cikgu mgkn ada rzki dpt tukar ke,thn ni...amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan ler..moga doa rakan2 blogger, dpt cikgu azie kembali ke pangkuan keluarga ;)

      Delete
  2. hak3.. nice entri cikgu norazimah.. LIKE! Saya pun dah 10 kali mintak pun tak dapat2.. lom ada rezeki laghik lah tuh.. InshaAllah, teruskan berusaha, mana tau ada rezeki kali ini.. ;)
    Amiiiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ! lagi advance 10 kali tu ! minta ke mana? suami kawan dari kapit dpt tukar thn lepas, tapi guna alasan mak & ayah sakit n dia pun skt juga..hehe

      Delete
  3. Moga dipermudahkan urusan bertukar tempat. Adik saya pun mengalamai masalah yang sama.
    RinganTangan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..doakan la yer..sentiasa berfikiran positif bahawa satu hari nanti akan dapat bertukar juga..

      Delete
  4. assalamualaikum cikgu.. sabar cikgu , usaha lagi , cari alasan yang kukuh , insyaallah dapat tukar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..tengah berusaha lagi ni..doakan la yer..amin

      Delete
  5. Sabar yer cikgu...i think maybe ada hikmah jugak xdpt pindah. Kalau dr sudut positif, maybe khidmat cikgu diperlukan kat situ atau ada something yg memerlukan khidmat cikgu yg kemungkinan cikgu x perasan. Apapun teruskan berdoa...hanya Allah tau apa yg terbaik utk perjalanan hidup. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, jenuh gak ler berfikiran positif..kalu duk pikir pasal negatif yer, mmg tensen dan tak dpt fokus kerja..doakan la yer..teringin gak nk tengok anak membesar depan mata

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah. Terima kasih di atas komen-komen anda.