Cerita Cikgu Norazimah & Pelajar : Surprise !!

May 06, 2013


Murid A : Cikgu-cikgu, jumaat ni boleh tak stayback? [dengan muka excited]
Cikgu Norazimah : Kamu nk buat apa?
Murid B : Kami nak buat PBS ler cikgu.
Murid C : Cikgu..jumaat ni stayback buat apa?
Murid A & B menjeling ke arah Murid C. 
Cikgu Norazimah : Siapa suruh kamu stayback? [sambil memandang ke arah Murid C]
Murid C : Eh..eh ! Takde paper ler cikgu [dengan muka bersalah]
Cikgu Norazimah : [mesti ada plan pape budak2 ni..macam la aku tak tahu..hehe]

Hari tersebut pun tiba. Dari dalam kelas budak2 ni duk remind aku minta stayback sebab nak buat PBS. Dorang ingat aku tak tahu, 'ada udang disebalik mee' ! Takper, tunggu jer apa budak2 ni nak buat..hehe...

Murid B : Cikgu, jom pegi buat PBS dekat kantin yer
Cikgu Norazimah : Apasal pulak? [dalam hati dah tahu budak2 ni nk kenakan aku, sajer2 jer buat tak tahu..hehe]
Murid E : Cikgu, jom kita jalan2 dulu yer. [sambil peluk lengan aku]
Cikgu Norazimah : Nape pulak [mesti dorang ni tak siap lagi preparation..isy2]
Murid F : Okay cikgu..jom ikut saya
Cikgu Norazimah : okay..

Sampai ke kantin.. HAPPY BIRTHDAY CIKGU ! Sambil nyanyi lagu birthday yang menggegarkan kantin sekola ketika itu. Patut ler kuat sangat, rupa2 nya budak2 lain duk join nyanyi sekali kasi kecoh. 

Murid F : Cikgu..cikgu, surprise tak?
Cikgu Norazimah : Surprise ! U all memang comel ! [dah tahu pun, sajer amik hati budak2 ni..hehe]


Note : 1R 2013 yang COMEL2 ! Cikgu Norazimah sayang korang. Thanks untuk mini birthday party yang mengharukan. Cikgu suka kek yang korang bawak ! Especially kek coklat tu, memang sedap ! [favourite Cikgu Norazimah yer]. Cikgu suka bihun goreng dari Amni..sedap !! Cikgu paling terharu bila korang jemput Idola Niwashini, Pn Charget dan idola Lochana, Pn. Nizar ke party kita yang omel ni. Korang dah pandai yer organize party? Ni party ke2 kelas kita, hope lepas ni akan ada lagi party2 yang best..walaupun masa mula2 cikgu agak 'geram' dengan korang ni yang tak tinggal dengan sikap kebudak-budakkan masa primary skul, tapi itu ler yang menyebabkan korang nampak COMEL ! Please remember, bila cikgu marah, bukan sebab cikgu benci, tapi sebab cikgu SAYANG yer..mmuanx !


You Might Also Like

7 comments

  1. Happy Birthday... Cikgu......

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir cikgu , :)

    ReplyDelete
  3. wowseyh... memang surprise!!
    Happry Birthday yer Cikgu Norazimah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lamer pon birthday..baru sempat nk update cerita coz xde idea..hehe

      Delete
  4. Wahhh...sonoknya kan...untung ada students yg mcm ni. Itulah hikmahnya cikgu masih blum bjy btukar ke tmpt lain. Kerana ramai yg masih syg cikgu azie...semoga panjang umur yer cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler..disebalik kesedihan tak dapat bertukar, ada pelajar2 yang sentiasa mencuit hati !

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.