Kempen Cintai Alam Sekitar Kini BERMULA !

May 28, 2013

Cloth Diapers

CN percaya ramai ibubapa di luar sana yang pernah mendengar tentang Cloth Diapers atau lampin kain moden. Jika dulu, kain lampin empat segi dilipat dan dibalut dengan plastik untuk menjimatkan penggunaan pampers yang mahal. Tapi kini, penggunaan Cloth Diapers lebih moden dan mempunyai rekabentuk yang cantik ! Actullay, CN baru jer berjinak2 dengan Cloth Diapers ni. Itu pun setelah dipromote oleh Cikgu Chong yang banyak mengajar tentang bf dan Cloth Diapers  ni. 

Untuk pengetahuan semua, ada banyak KELEBIHAN Cloth Diapers  ni. [dipetik dari bizmummy]

1. Mesra Alam
: Cuma perlu dibasuh dan digunakan semula. Tak perlu membazir buang2 ni..hehe

2. Bajet Murah
: Kelebihan Cloth Diapers berbanding pampers ialah anak anda menggunakan 7 pampers sehari pada kos RM0.60 setiap satu. 

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari 
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun 
RM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun

3. Bayi Akan Cepat Tahu Beza Basah & Kering
: Bayi akan cepat 'menyedari' beza antara basah dan kering. Menurut 1 artikel di Wall Street Journal, bayi yang memakai pampers memakai pampers sehingga berumur 36 hingga 42 bulan berbanding bayi yang memakai Cloth Diapers, tempoh masa pemakaian lebih singkat !

4. Keselesaan
Cloth Diapers diperbuat dari kain yang lembut selain lebih cantik dan stylo !

5. Ruam
: Dengan Cloth Diapers , baby tidak mudah dijangkiti ruam. Ini kerana material yang digunakan adalah kering dan tidak mudah bocor. 

6. Tiada Bau 'Poo' di Dalam Rumah
: Ini kerana najis itu boleh disingkirkan terus dengan mudah dari Cloth Diapers 

7. Mudah Untuk Dibasuh
: Hanya perlu disental sedikit sahaja agar bau hilang dan tidak perlu diberus ! Ia juga boleh dibiarkan selama 3 hari jika tidak ada masa untuk membasuh dan tidak mudah bertahi lalat. Yang paling best, boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, best kan ?

8. Jangka Masa Yang Panjang
Cloth Diapers boleh dibasuh dan digunakan semula, jadi boleh berjimat untuk membeli pampers pada setiap bulan ! Ia juga boleh digunakan sehingga berumur 3 tahun dan boleh digunakan semula oleh bakal adik2 nya. Jimat kan? hehehe

Jadi sempena cuti sekolah ni, boleh ler CN menggunakan Cloth Diapers untuk Irfan. Yela, masa bekerja nenek Irfan yang jaga, kesian lak tengok nenek dia nak basuh Cloth Diapers banyak2. So far, koleksi Cloth Diapers baru 6 keping. Kena shoping lagi ni !! ahaks ~

Cloth Diapers
Cloth Diapers belang2 kaler oren

Cloth Diapers
Cloth Diapers belang2 kaler merah [my fav]

Cloth Diapers
Pandangan sisi Cloth Diapers yang dipakai oleh Irfan

Cloth Diapers
Aww ! Pandangan belakang yang sungguh menggoda !


~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. seppp sikitt...!!

    Elman mmg pakai CD since umur dia 2 minggu. alhamdulillah sampai sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me 5 ! irfan pakai wktu cuti sekola jer sbb cian nenek dia kena basuh cd..hehe

      Delete
  2. Assalamualaikumm. bestnya. kalau dah ada anak nanti nak beli macam ni gak. insyallah. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, boleh punya ! kita kena sayangi alam sekitar..hehe

      Delete
  3. in-trend sekarang ni kan? dah kali ke-2 dah baca pasal ni...comel2 pulak tu CD ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk design comel2..tak sabar nk tambah koleksi lagi..hehe

      Delete
  4. huhuhu cumilnye adik irfan...krole pon gne CD tuk baby zahrah..mudah dan jimat...n yg penting..mesra alam kan~~~ auw posing belakang yang mengoda hihihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2..ibubapa moden mmg suka kan bnda baru yang menjimatkan ! hehe

      Delete
  5. yay!welcome to CDing!sy dah start since baby 6 months.and koleksi sudah makin membiak dekat 30 keping sekarang.bahaya sangat sebab print dia semua comel2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takper, comei2 design nya! wah ! banyak sangat tu ! mmg best ler ! hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.