Acara NON-Atlet 2013 SMK St. Mary

June 27, 2013

Salam 1 Malaysia..

Cuaca harini cerah dan hujan pada waktu petang di kawasan Selayang dan Batu Caves. Alhamdulilah, jerebu makin berkurangan dan acara non-atlet yang sepatutnya diadakan pada hari selasa yang lalu dapat dijalankan pada harini. Mungkin ramai yang pelik, apalah acara non-atlet tu kan? Untuk pengetahuan semua, acara non-atlet tu sama ler dengan acara sukaneka, sajer jer nak bagi nama gempaq sikit ! Ala..St. Mary kan? Semua mesti gempaq dan glamer ! Tengok ler siapa cikgu2 nyer..hehehehe

Hokay, kembali serius. Acara ini terbahagi kepada 4 kelas iaitu kelas 1 (Tingkatan 4&5), kelas 2 (Tingkatan 3), kelas 3 (Tingkatan 2) dan kelas 4 (Tingkatan 1) dan satu acara yang semua kelas boleh masuk iaitu tarik tali. Setiap kelas mempunyai halangan yang berbeza. Keputusan penuh acara non-atlet tak dapat di update kan sebab lepas acara kelas 4, Cikgu Norazimah & the gengs terus ke kantin pegi makan sebab kelaparan tak makan langsung dari pagi ! 

Tahun2 yang lepas, Cikgu Norazimah cuma jadi pemerhari untuk acara non-atlet, tak tahu ler nasib thn ni kena lak jadi hakim. Berjemur ler tengah panas dari pukul 8 sampai 11 tu ! Hah ! Dah berbelang muka ni ! Tu belum lagi hari sukan sabtu ni, boss cakap kemungkinan Cikgu Norazimah kena cover jadi penjaga masa yang terpacak tengah padang tu ! Aish ! Inilah nasib kalau keje siap awal sebab tugas menyiapkan buku program tak lain dan tak bukan adalah CIKGU NORAZIMAH ! Hebat kan? (pujuk hati sikit) Ok ler, nak buat facial treatment jab sebab muka ni dah panas kena berjemur tadi..jom layan gambo yang sempat di snap.

Ratu LILIN yang kena berjemur tengah panas. Fuhh..terbakar lemak beb !

Kak Su yang omel ! Nampak jer kecik, tapi GARANG tau ! hehe

Takde keje..nampak tak betapa panas nyer waktu tu?

Acara kelas 4 yang banyak kontroversi..ahaks~

Tengok Kak Su tengah serius tu, jangan kaco tau !

Acara kelas 2

Berehat sebentar sambil bergambo sebelum acara kelas 1..dari kiri Cikgu Norazimah, Kak Su, Kak Pe'ah, Kak Murni n yang glamer bertopi bagai kat belakang tu, PK KOKO Kak Nor yang sempoi

Ini ler rupa buku program yang telah siap..cover depan dan belakang je ni..amatur buat macam ni ler rupanya..hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. Kak zura mn. X petik pun nama kakak best ni

    ReplyDelete
  2. ala..tak sempat ler nak bergambo dengan kakak best ni, nnti hari sukan z update entry baru yer, wajib amik gambo ngn kakak best ni! hehe

    ReplyDelete
  3. Hi St Mary Teacher from ex-CBNers... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! st marian mmg slalu gaduh ngn CBNers ni, nape ek?

      Delete
  4. z..jgn lupa pakai sunblock dan bw topi hehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.