8 IMPIAN Cikgu Norazimah

July 12, 2013

Gambar Hiasan
Salam..

Sebut sajer tentang IMPIAN, mesti semua orang ada impian tersendiri kan? Dan setiap impian mesti akan cuba ditunaikan. Tapi kadang2..tak semua impian akan jadi kenyataan. Macam cerita Puteri Impian yang Amy Mastura berlakon tu, impian menjadi seorang puteri yang menjadi kenyataan ! Memang heaven.. bila tengok cerita tu, mesti duk berangan-rangan gak ! hehehe. Apa yer impian Cikgu Norazimah masa kecik2 dulu?

1. Dulu masa skola, impian Cikgu Norazimah ingin ada segulung ijazah dan menjadi seorang pensyarah ! Hampir ke arah itu..cuma sekarang baru menjadi seorang CIKGU.. tunggu kalau tahun depan tak dapat tukar skola gak, memang minta jadi pensyarah kat Matrikulasi Banting ker, IKBM Banting ke..tak pun kat MCS Banting ! Semua jawatan pensyarah yang merupakan impian dari kecik. Cuma dah dewasa ni takmo jadi pensyarah sebab cuti tak banyak macam cikgu sekolah ! (boleh ker alasan tu? hehe)

2. Selain itu, masa zaman kanak2 dulu, impian nak ada suami hensem, kacak dan bergaya ! Tapi bila dah dewasa ni, muka just comel2 jer, so dapat ler suami yang comel2 gak..kira hokay ler tu ! (sayang En. Arep yang comel2 ! )

3. Kalau cerita mesti korang gelak ! Masa kecik2 dulu ada impian nak jadi wartawan penyiaran tau ! Alasan sebab leh pergi merata-rata tempat sebab Cikgu Norazimah ni suka berjalan! hehehehe. Tapi takper..part berjalan tu, boleh cuba untuk impian ke-6 di bawah ni. 

4. Impian yang satu ni mesti semua muslim pon ada iaitu ingin menunaikan haji sebelum umo 50 tahun. InsyaAllah, ada rezeki mesti lah nak lagi cepat..cuma bagi tempoh masa lama supaya tidak stres untuk mencapai impian tersebut.

5. Impian ni lak memang dalam proses iaitu nk ada bilik khas untuk baju, kasut, beg, tudung dan segala aksesori Cikgu Norazimah. Sekarang ni, 2 rumah iaitu rumah di KL dan rumah mertua, dah penuh almari dengan baju2 Cikgu Norazimah sampai terpaksa 'halau' baju En. Arep ke almari lama dia..hehe. Target sebulan sekurang-kurang 2 pasang baju keje dan kasual mesti di beli ! Nanti kalau rumah dah siap, mmg dah booking dengan En. Arep 1 bilik khas untuk barang2 keperluan Cikgu Norazimah jer. Dah usyar almari dekat IKEA..tungguuuuu

6.  Cikgu Norazimah rasa semua perempuan suka melancong kan? Lagi2 melancong ke tempat yang boleh shoping..memang best ! Impian Cikgu Norazimah adalah ingin melancong sambil shoping fridge magnet sebagai tagline tempat yang kita pernah pergi. InsyaAllah, dalam perancangan banyak tempat nak pergi cuti hujung tahun ni....hehe. Tambahan, impian nk bawak famili melancong sekali..chaiyok2 Azie ~

7. Nak bukak butik pakaian dengan label nama sendiri..amacam, hokay tak? Tinggi impian tu, tapi tak mustahil ! Agak awesome dengan tokey2 melayu wanita seperti Fareeda yang ada jenama sendiri..sabar Cikgu Norazimah..takde yang mustahil di dunia ni ! Ahakss

8. Last but not least.. impian Cikgu Norazimah dari kecik dulu jadi jadi penulis yang glamer ! Sebab impian ke-3 kat atas tu, bila jadi wartawan mesti kena pandai menulis artikel kan, so bila jadi penulis, nk jadi penulis yang glamer ! Tapi...tapi...tak dapat jadi wartawan ! Jadi blogger glamer boleh tak? Hehehehe


~ Tulisan mengarut dari Cikgu Norazimah untuk bagi hilang mengantuk! ~
[ Selamat Menjalankan Ibadah Puasa ]

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalamualaikum cikgu, hehehe comel2 je impiannya. paling last no 8 tu impian sheila gak. sebolehnya nak jadi penulis tapi tak dapat pergi jauh. jadi blogger picisan pun jadilah kan. hehehe. selamat berpuasa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita dek oi..selamat berpuasa gak ! ;)

      Delete
  2. awesom impian cikgu zie ni..hope dan doakan apa sj impian cikgu zie one day akan termakbul aminnnn

    ada gak yg sm ngan impian el mcm nak bkk bisness ngan melancong haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dah nama pun pompuan yang suka cabaran, mesti ada impian nk melancong n bukak business kan? ahaks

      Delete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.