Salam Syawal..
Masih lagi di bulan syawal dan mood raya masih lagi hangat membara sebab open house sana sini ada. Jenuh gak berdiet semoga berat yang berturun 3KG sempena puasa hari tu tidak kembali kepada asal [bangga gitew]. Hokay..pasti ramai pembaca blog CN lahir tahun 80-an dan ke bawah. Cepat ngaku ! Kalau u all perasan, raya dulu dan sekarang banyak sangat bezanya ! CN terjumpa artikel kelakar tentang perbezaan raya dulu dan sekarang dari MAJALAH UJANG bumper raya. Jadi apa salahnya berkongsi dengan pembaca tersayang sebab bukan semua orang suka beli MAJALAH UJANG ni..EA jer yang dari dulu sampai sekarang suka benor beli majalah ni..hehe
BEZA RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG
1. Kampung Halaman
: Dulu raya kita mesti nak berkumpul kat umah atuk dan nenek di kampung. Masa ni la nak jumpa sepupu sepapat yang lama tak jumpa. Sekarang ni, budak2 mana nak balik kampung dah..macam2 alasan dorang bagi. Panas la, line tenet takde la..dll...
Salam 1 Malaysia..
Pasti pelajar2 Tingkatan 1 dan 2 tahu tentang ujian TIMSS dan PISA yang mempunyai soalan2 yang sangat menguji jiwa dan raga anda. Dibawah ini adalah ujian2 TIMSS dan PISA tahun2 yang lalu untuk rujukan supaya anda semua mampu menjawab soalan yang mencabar ini pada tahun 2014 dan 2015.
[ Selamat Belajar ]
1. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Sains
2. Bahan Sumber : Panduan Peningkatan KBAT Matematik
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
[ 'BAHAN' untuk memujuk CN ]
Di suatu pagi raya yang hening..
CN: Abang.. jom kita gi beraya. Banyak lagi baju raya Azie tak pakai lagi..
EA : Malas ler, duk umah jer sudah lah !
CN: Ala.. bosan ler duk rumah jer, jom ler yang, dah berapa hari duk umah je ni.
EA :Abang sibuk ni (sambil duk main game dekat hp)
CN: Hrmm.. (dengan mulut muncung masuk bilik layan fb)
Selepas beberapa jam.
25 Ogos 2013 adalah Hari Wanita 2013. Disebabkan lupa semalam Hari Wanita, jadi hari ni
CN mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua WANITA diluar sana. U all memang LUAR BIASA HEBAT !!
Tema Hari Wanita 2013 [ Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Syawal..
MAKLUMAN PERTUKARAN NAMA
Jabatan PELAJARAN Negeri (JPN) kepada Jabatan PENDIDIKAN Negeri
&
Pejabat PELAJARAN Daerah (PPD) kepada Pejabat PENDIDIKAN Daerah
Sumber SINI
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Syawal..
Rutin CN seperti biasa, mengajar di sekolah ternama di KL dan IB ditinggalkan bersama EA di Kuala Langat. Keputusan pertukaran guru masih tidak memihak kepada CN. InsyaAllah, CN yakin pasti suatu hari saat bersama keluarga akan tiba juga. Cuma waktu dan ketika belum diketahui. Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.
Ramai yang bertanya, CN tak rindu ke anak yang ditinggalkan di kampung? Gila tak rindu ! Hanya orang yang berada di tempat CN yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak dan suami di kampung sedangkan CN mencari beberapa suap nasi untuk diri sendiri..
Kalau ikutkan hati, memang tak tahan menanggung rindu dekat IB dan EA. Kadang2 terfikir gak untuk resign, nk buat bisnes. Tapi JIWA CN pada dunia pendidikan. Terfikir gak nk resign n mengajar di Kolej MCS dekat Banting tu, takpun dapat offer mengajar dekat Kolej Cosmopoint dekat Klang. Tapi ramai yang menahan sebab jadi CIKGU ni banyak kelebihan berbanding kelemahan.
Salam Syawal..
Semalam CN kena pergi kursus dekat JPN di Jalan Duta. Macam biasa, pergi ke sana naik teksi dekat ayah angkat CN dan Kak Su iaitu APPANA. Uncle Appana ni memang telah dinaiktarafkan sebagai ayah angkat kitorang sebab since 2010 menjadi regular customer kalau nk ke mana2. Uncle ni pon memang tak berkira dengan kitorang dan sangat punctual ! Korang bayangkan, kalau Uncle Appana tak boleh hantar kitorang, dia hantar anak atau sedara mara dia tau ! Memang superb ler Uncle ni !
Nak dijadikan cerita, masa pergi memang senang ler dengan Appana. Bayaran cuma RM13.40 termasuk charge untuk panggilan RM2.00. Jadi Appana kasi diskaun bayar RM15.00 jer. Itu kisah pergi..ni nak balik ni. Sebab Appana kena hantar customer, tak boleh ler amik CN dekat Jalan Duta tu, so terus ler pergi stesen bas Jalan Duta sebab sana jer ada teksi. Di sana dorang menggunakan sistem kupon di mana CN dicharge sebanyak RM25.30 untuk ke Selayang ! Disitu terdapat perbezaan bayaran sebanyak RM10.30 ! [belajar kira2 sikit yer..hehe]
Gambo kiri : IB mengorek mencari 'sesuatu'
Gambo kanan : "Yeah, dah jumpa ! " hehe
[ Salam Aidilfitri ]
Salam Syawal..
Entry SINI CN mendeklamasikan sajak khas buat IB tersayang. Bajet IB faham ler apa mama dia cakapkan kan? Hehehe..
Alkisanyer, bufday boy demam since isnin sebab IB ni asal nak dekat 17hb jer, mesti demam ! Dari baby sampai sekarang, sesiapa yang ada anak, adakah anak u all pon macam IB juga? Nak dekat tarikh bufday mesti demam, pendek kata every month mesti demam ! Cuma demam sikit2 ler, cuma kali ni agak teruk sebab demam sempena nk setahun. Last IB demam teruk sampai warded masa dalam pantang. Baca SINI.
Kalau u all perasan, IB kini sudah berubah wajah. IB kini botak !! Irfan BAMBAM boleh juga dikenali sebagai Irfan BOTAK ! Ala comeyy..
Salam Syawal..
Wah ! Harini hari ISNIN yer? Cuti 2 minggu yang 'lama' tuh dah habis ek? Keje..ooo..keje. Takmo ler cerita panjang2..layanz jela gambo yang telah diupload ke fb tapi baru dimasukkan ke blog..hehe
:: Salam Aidilfitri ::
:: Sajer nk tunjuk gigi Irfan yang 8 batang tu ::
:: Selamat Kembali ke Sekolah dari CN, EA & IB ::
Hah ! Pelajar2 semua..keje sekolah dah siap ker? Esok CN masuk kelas, keje tak siap, tahu ler korang ! Hehe [ala-ala cikgu garang yer]
IRFAN..
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?
Maka mama akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah S.W.T
Sembilan bulan nak..
Irfan hidup di rahim mama
Irfan ikut kemanapun mama pergi
Irfan ikut merasakan kesedapan makanan yang mama makan..
Salam Syawal..
Baru kali ni CN berkesempatan untuk update tentang kad raya. Tahun ni cuma dapat 2 kad raya, 1 dari Cik Pengetua dan 1 dari my student ! Kesian kan? Sesungguhnya tradisi memberi kad raya semakin pupus..ahaks ~
Hokay..CN cuma nk bercerita tentang kad raya yang telah diposkan ke alamat rumah kepada arwah mak mertua. Sedey bila tengok kad raya dari 2 orang Menteri yang dialamatkan kepada arwah mak mertua. Biasa lah, database dorang tak sempat nak update tentang kematian arwah mak dalam accident. Rujuk entry SINI. Walau bagaimanapun, kad yang dikirim memang cantik!
Mulai harini, di atas permintaan beberapa orang pembaca tersayang.. Cikgu Norazimah akan menggunakan singkatan nama CN untuk memudahkan penaipan dan sebutan sebab nak sebut Cikgu Norazimah tu panjang bebenor ! Terbelit-belit lidah ! Encik Arep kepada EA & Irfan Bambam kepada IB
[ Jom Sambung Beraya yer ! ]
[ Jom Sambung Beraya yer ! ]
Salam Syawal..
Meh layanz jab perbandingan antara BERCINTA & BERKAHWIN ! Omel betul !
[ Masa berdating]
6 minggu : I Love U ! I Love U ! I Love U !
6 bulan : Of course I Love U !
6 tahun : Iyalah ! Kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U ???
Lebih 10 tahun : Buang tabiat ker U ni ? Cakap mengarut !
[ Balas SMS ]
6 minggu : Iye sayang, jab lagi I sampai umah. Sayang, I belikan murtabak favourite U yer sayang..
6 bulan : Trafik jam aah
6 tahun : K...
Lebih 10 tahun : .......... ( tak balas terus ! hehehe)
[ Baju baru ]
6 minggu : Aduh sayang. U seperti bidadari dengan baju tu !
6 bulan : Lah..beli baju baru lagi?
6 tahun : DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU ??
Lebih 10 tahun : .......... (tak tahu pon tu baju baru ! ahaks)
[ Salam RAMADHAN ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Syawal..
Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan BERPUASA 6. Cikgu Norazimah cedok artikel menarik dari SINI.
3 KEISTIMEWAAN PUASA 6
[ Cikgu Norazimah memohon BERIBU-RIBU kemaafan jika ada TERSALAH, TERSILAP, TERSINGGUNG dengan kata2 @ ayat2 Cikgu Norazimah sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Kosong-kosong yer ! ]
~ Salam Sayang dari Cikgu Norazimah ~
~ Cikgu glamer, adam & aisyah berposing sebelum berbuka ~ |
Salam Ramadhan..
Khamis lepas last berbuka puasa bersama bff sebelum masing2 balik kampung cuti panjang. Sebelum berbuka, sempat ler singgah ke JALAN TAR terbeli kurung peplum siap ngn tudung dan berapa pasang baju raya Irfan ! Sebut pasal JALAN TAR, serius walaupun banyak pilihan, tapi korang kena pandai memilih sebab peniaga kat sana dah pandai letak harga mahal2 !
Kurung peplum yang Cikgu Norazimah beli tu, boleh dapat RM130 kalau beli dekat AEON BIG Wangsa Maju, tapi kt JALAN TAR jadi RM150. Nampak tak beza harga nya? Tapi disebabkan berkenan dengan kaler dan corak punyai pasal, pejam mata jer bayar ! Itulah pompuan, baju dah banyak, nak gak beli lagi ! aduyai...
~ Semperit coklat menggoda jiwa ~ |
Salam Ramadhan..
Cikgu Norazimah tak leh type cerita panjang2 sebab buzi dengan PROJEK MEGA biskut raya homemade ! Nama perlu GAH seiring dan sejalan dengan empunya blog ini yer..ahaks ~
Sebenarnya, lama giler tak buat biskut raya ni, last masa zaman anak dara dulu ! Tercetusnya idea membuat PROJEK MEGA ini adalah kerana pendapatan sempena raya ni yang agak 'sedikit' kerana thn ni penjawat awam tak dapat bonus, cuma bantuan khas RM500. Kejab jer dah habis shoping baju raya ! So bajet kuih raya dah 'hilang' ! Jadi dengan bantuan si dara manis Kak Iz (adik Cikgu Norazimah ke-4), maka terhasil ler PROJEK MEGA ini.
Alhamdulillah, dah beberapa jenis biskut raya homemade sudah siap dalam balang ! Perlu usaha lagi untuk menghasilkan beberapa lagi biskut raya sebab thn ni cuti raya panjang, kuih raya perlu banyak!
Hasil PROJEK MEGA..ada banyak lagi yer..hehe |
[ Salam RAMADHAN ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
[ Gambar lama bertarikh 3 Julai 2010 : Hari Bertemu Pelanggan ]
Salam Ramadhan..
Mesti ramai orang duk sibuk prepare persiapan raya kan? Cikgu Norazimah dalam takmo beraya feeling sedey kot raya mak mertua dah takde pon 'terbeli' 5 pasang baju raya ! Apa kes ? Hehe..
Hokay..kembali ke tajuk di atas. Lumrah bagi wanita berkerjaya terpaksa menguruskan anak2 dan hal rumah dan dalam masa yang sama mempunyai bebanan tugas yang melambak di tempat keje. Lagi2 cikgu ! Asal siap je keje, ada je keje baru menanti. Bak cakap Kak Su (housemate), KEJE TAKKAN PERNAH HABIS ! Tak kira la anda cikgu geografi ker, cikgu math ker, cikgu pj ker, kaunselor ker, semua ada keje masing2. Tak perlulah menuding jari dekat orang tu cakap dia takde keje..tak patut tau !
Kes ni terjadi dekat Cikgu Norazimah sendiri. Agak terkilan bila orang lain cakap Cikgu Norazimah takde keje sebab asal datang ke meja Cikgu Norazimah, duk tengok duk main CANDY CRUSH ! Helloooo !! Main game ni untuk melepaskan tekanan duk mengadap laptop yer. Kalau asyik mengadap keje, memang stress ! Jadi apa salahnya berehat kejab main game. Even BOS pon tak kisah yer Cikgu Norazimah main CANDY CRUSH sebab dia tahu keje siap maaa !
Salam Ramadhan..
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
[ salam RAMADHAN ]
Salam Ramadhan..
Petua ni Cikgu Norazimah terjumpa dekat fb..jadi apa la salahnya berkongsi dengan rakan2 semua benda baik kan? Dapat gak pahala share benda baik ni. Kalau u all nak share pon apa salahnya..
1. Selepas sola Isyak, ambil segelas air, baca Al-Fatihah 1x, Ayat Qursi 1x dan Surah Al-Waaqi'ah ayat 35 - 38 sebanyak 7x.
[ Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh. Yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya. ]
Al-Waaqi'ah ayat 35 - 37
2. Tiup dalam air dan minum
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. InsyaAllah.
[Salam Ramadhan ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
B5D3E1 : Kajian KES (Geografi Tingkatan 2)
Salam Ramadhan..
Seperti dalam entry SINI. Cikgu Norazimah cuba membantu pelajar semua untuk isi2 penting kajian kes tersebut. Ini adalah hasil kajian Ng Lei En (2R) & Tan Jia Jie (2M).
Tugas anda semua adalah mengambil isi penting dan olah ayat sendiri. JANGAN MALAS yer ! Semua cikgu dah bagi tau ! Semoga berjaya !