Kad RAYA untuk ARWAH Mak Mertua

August 14, 2013

Salam Syawal..

Baru kali ni CN berkesempatan untuk update tentang kad raya. Tahun ni cuma dapat 2 kad raya, 1 dari Cik Pengetua dan 1 dari my student ! Kesian kan? Sesungguhnya tradisi memberi kad raya semakin pupus..ahaks ~

Hokay..CN cuma nk bercerita tentang kad raya yang telah diposkan ke alamat rumah kepada arwah mak mertua. Sedey bila tengok kad raya dari 2 orang Menteri yang dialamatkan kepada arwah mak mertua. Biasa lah, database dorang tak sempat nak update tentang kematian arwah mak dalam accident. Rujuk entry SINI. Walau bagaimanapun, kad yang dikirim memang cantik!

At least, 2 orang Menteri ni tak lupakan jasa mereka2 dibawah yang banyak membantu dalam kemenangan BN. Perlu diingat, tanpa orang bawahan yang menjalankan tugas, BN tak mungkin menang ! Awah mak mertua adalah antara orang kuat BN Kuala Langat malah Selangor ! Beliau lah orang yang paling sedih sebab BN kalah di Selangor. Diharap, walaupun arwah mak dah takde, jasa beliau dalam parti tidak dilupakan. [maaf berpolitik sikit..hehe]

Kad raya dari Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jangan lupa yer MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEMENTERIAN DALAM NEGERI pada 31 Ogos 2013 di PULAPOL, Jalan Semarak, KL. 

Cover depan dan wajah Dato' Seri bersama isteri. Gojes nyer isteri Dato' Seri ni....baru tahu ! hehe

Kad raya kedua dari Tan Sri Muhyiddin Yassin. TPM kita merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. 

Cover depan dan wajah Tan Sri bersama isteri. Pon gojes gak ! hehe

~ Sharing is caring from CN~

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah bestnya. Kita jarang dpt kad ni. Maklum lah lahir zaman IT haha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.