11 ciri ISTERI yang dekat dengan SYURGA

September 20, 2013


Salam mesra..

CN terjumpa artikel ni dekat SINI. Untuk anda yang bergelar ISTERI di luar sana, sedarlah bahawa dekatnya seorang ISTERI dengan syurga ! 

Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

1. Seorang isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada Allah)

4. Seorang isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun (terkecuali mendapat izin dari suami).

7. Seorang isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah. 

9. Seorang isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar si suami merasa tenteram hatinya. 

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain. 

(Rujukan : Buku Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)


 " Ya Allah ... 
Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian. 
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami .. yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu "



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. para isteri mmg senang nak masuk shurga
    dan paling ramai yg masuk neraka
    so pandai2lah dah bermuhasabah diri
    w/mcm mn pun kita harus taat pada suami sbb shurga di bwah tapak kaki suami..sape xmo masuk shurga woiii tp...ada tapi suami perlu muhasabah diri betulkan diri dulu hehe byk sebenarnya perlu suami isteri belajar...yg buruk dr k.el yg baik dr Allah swt..allahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..semoga kita sama2 menjadi isteri yg dekt dgn syurga ;)

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.