Bola Keranjang 3 0n 3 : Piala Menteri Pendidikan 1M1S Wilayah Sentul

September 27, 2013


Salam mesra..

Semalam CN selaku guru penasihat Pasukan Bola Keranjang SMK St Mary selama 3 tahun berturut-turut, telah membawa 5 orang pelajar yang bukan pasukan sekolah tapi merupakan pasukan pelapis untuk Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 di SMK Jinjang. Pertandingan ni bertujuan untuk merebut Piala Menteri Pendidikan 1M1S dan dibuka untuk pemain yang tak pernah wakil sekolah untuk tahun ini. 

Untuk pengetahuan semua, Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 adalah salah satu program dalam dasar 1Murid 1Sukan. 3 on 3 bermaksud cuma 3 pemain yang bermain dan hanya menggunakan sebelah gelanggang sahaja. Jika menggunakan full court, pemain untuk setiap pasukan adalah 6 orang, tapi bila menggunakan half court, cuma 3 pemain sahaja untuk setiap pasukan. Pelajar yang CN pilih untuk mewakili sekolah adalah pelajar tingkatan 1 dan merupakan pasukan pelapis sekolah. Budak2 ni cuma praktis 2 hari jer sebelum pertandingan dan nasib agak baik, dapat tempat KE-3 BERSAMA ! Alhamdulilah..

Mula2 pagi tu masa bawak budak2 ni, adalah niat di hati supaya budak2 ni kalah awal so that boleh balik awal! Hehehe..tapi niat yang tak baik memang tak ditunaikan. Budak2 CN masuk dalam kumpulan power iaitu bersama dengan SMK Jinjang (tuan rumah) dan SMK Taman Bukit Maluri (musuh tradisi). Nasib menyebelahi bila lawan dengan tuan rumah, skolah CN menang bergaya. Jadi bila nk lawan dengan SMK TBM tu, memang dah psyco budak2 suruh kalahkan skola tu sebab skola tu la yang menyebabkan St Mary tak dapat masuk semi final awal tahun ni ! Budak2 pon semangat terkobar-kobar untuk revenge mewakili senior dorang. Tapi nasib tak menyebelahi, sekali lagi SMK St Mary kalah dengan 1 MATA ! Jadi di semi final, St Mary bertemu dengan SMK Datuk Ibrahim Yaakob dan kalah lagi..tempat ketiga dan keempat share. Jadi dapat la budak2 ni medal, sijil dan markah koko tempat ketiga peringkat zon. Tahniah ! 

Johan kategori perempuan jatuh kepada SMK Taman Bukit Maluri, kedua SMK Datuk Ibrahim Yaakob, ketiga bersama adalah SMK St Mary dan SM Seri Puteri. Johan kategori lelaki jatuh kepada SMK Jinjang, kedua SMK Sinar Bintang, ketiga bersama adalah SMK Methodist dan SMK Kepong Baru. Tahniah kepada semua pemenang. Pasukan johan dan naib johan akan mewakili Wilayah Sentul di peringkat negeri. Semoga Wilayah Sentul akan menang lagi seperti pasukan MSSM yer !

Dari kiri yang bertudung tu pasukan Seri Puteri, SMKP Jln. Ipoh, St. Mary dan SMK Datuk Ibrahim Yaakob. Ada 7 pasukan perempuan semuanya. 

Berposing dulu sebelum muka berpeluh dan 'cerah sempurna'

Berposing lagi ! Hehe

Pasukan St Mary yang omel2. Dari kiri Wong, Ally, Shafira, Zi Yan dan Kit Yee

Aksi ketika pertandingan berlangsung

Penyampaian hadiah oleh Penolong Kanan SMK Jinjang

Muka ceria dapat hadiah ! Tahniah gurls ! Mmuanx !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Owh... Cikgu ni aktif sukan gak ea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktif lak gak, dulu tak minat basketball, bila dah try main, best lak ! hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.