Cerita Balik Kampung ! Weee

September 26, 2013

Salam mesra..

Harini CN penat sikit sebab seharian berada di SMK Jinjang untuk Kojohanan Bola Keranjang 3 on 3 Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan ! Fuh..kemain lagi panjang namanya ! Sebagai Cikgu Basketbal tetap dan berpencen, berpanas ler CN di sekolah ni. Sambil duk type entry ni, sambil duk pakai mask whitening jenama. Tapi yang best team skola CN dapat nombor 3 ! Alhamdulillah, nnti CN cerita dalam entry lain yer. 

Berbalik kepada cerita di kampung. Untuk pengetahuan u all, kampung CN terletak di Kedai Empat, Tg. Piandang, Perak. Tapi paling dekat dengan Parit Buntar tempat kelahiran pelakon comey dan seksi Syatilla Melvin adik kepada Shafiqah Melvin bekas juara Gadis Melayu tu..dorang adik beradik ni junior CN dekat SMK Panglima Bukit Gantang tu. 

Serius, memang lama giler CN tak balik kampung. Ada jer halangan nk balik kampung ni, last balik kampung raya haji tahun lepas ! Sedey kan? Rumah kat kampung CN ni dikelilingi sawah padi yang menghijau dan mendamaikan. Selamat IB kecik lagi, kalau dah beso n boleh berjalan, confirm budak bambam tu terjun dalam sawah padi yang menggoda jiwa tu ! Ahaks

Hokay, CN balik kampung ni sempena kazen sebelah umah yang kawen. Syuhada namanya ! Tahniah yer dah jadi bini orang. Masa kenduri ni ler jumpa kazen2 yang bertahun tak jumpa..dah beranak pinak sampai anak2 dorang pon tak kenal ! Hehehe. Hokay ler, takmo cerita panjang2..jom layan gambo2 masa di kampung tu yer...

Berhenti solat di R&R Sungai Perak arah utara. Masa ni pukul 2 lebih dan Irfan kemain lagi aktif siap boleh mengukur luas kawasan surau !

Posing comey di rumah tokwan! 

Tokwan dukung Aqila dan Ea bersama IB. Masa ni IB tak sporting sangat, nk senyum pon kedekut !

Posing2 sambil tunggu pengantin. Ini adalah kembar CN ..masih lagi single dan available dan masih lagi bersekolah ! Wee

Comey tak Kak Ton ??

Pengantin gegurl tu sepupu CN..kitorang sama kaler yer, tak tersangka lak ! Hehe

Posing di rumah Pak Lang. Kesian Pak Lang eksiden kena rempuh dengan budak sekolah masa nak ke kenduri ni. Alhamdulillah semua selamat.

Sibling + ayah hensem + anak comey ! 

Muka perasan comey. Ini lah aktiviti we all kalau gathering..kesian kamera tu ...

Ayah Irfan mengimbau kenangan lama.. siap buat gaya lagi tu !

View di kampung..hijau dan menyegarkan.

Ni posing sebelum ke pasar minggu. Banyak tau shoping di pasar minggu hari ahad ni ! Hehehe

Posing lagi di R&R Sungai Perak..Irfan kemain lagi muka eksyen nyer !


 ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. seronok kan sekali sekala dapat balik ke kampung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok ! lepas tension tgk kehijauan sawah padi.. ;)

      Delete
  2. irfan tu lau pkikn dia gaun time pki headband tu confirm org igt dia gegel
    comey sgtttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ! itu ler, dekat kg pon orang duk tanya lagi irfan tu laki ke pompuan walaupun duk pakai kemeja bagai..hehe

      Delete
  3. seronoknya balik kampung, tapi macam akak balik kampung dah tak best sebab mak dah takde : (

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper ler, yang penting adek beradik ada lagi, leh bertukar2 cerita..mmg enjoy ;)

      Delete
  4. kampung saya kat perak gak.batu kurau, taiping. :D

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.