JJCM : Mutiara Cafe, Parit Buntar

September 28, 2013

Salam mesra..

Sempena cuti2 hujung minggu, CN dan family balik kampung di Parit Buntar menjenguk ayah terhensem + attend wedding kazen. Kitorang kalau gethering adek beradik mesti makan malam dekat Mutiara Cafe ni. Restoran seafood ni terletak di Kampung Kedah bersempadan dengan Perak & Seberang Perai. Restoran ni dekat jer dengan traffic light. Kalau u all datang dari arah selatan, restoran ni terletak di kiri anda ! 

Tempat makan yang selesa dan boleh duduk bersila kalau ramai2 tu. Salah satu sebab suka tempat makan bersila adalah disebabkan oleh si bujang hensem yang aktif dan lasak ! Kalau dekat meja, tak senang duduk budak tu, nk panjat meja la, nak amik tu la, ini lah ! Sebab tu kalau nak lepak2 makan kat luar, mmg akan cari tempat makan yang boleh bersila ni. Dapat ler si Irfan 'mengukur' tempat dengan sesuka hati....

Menu wajib order kalau ke sini adalah siakap masak pedas ! Memang sedap, siakap di goreng rangup, kuah nyer pekat dan pedas. Tomyam pon pekat dan ada ummph! Malam tu kitorang order siakap masak pedas dan bawal masak 3 rasa! Nah ! 2 ekor ikan besar dan melantak ler budak2 tu sepenuh hati. Bukan selalu abang long nak banjer kan? Hehehe

Tapi sayang, CN cuma sempat amik gambor tomyam dan sayur2 jer, masakan utama ikan 2 ekor beso tu tak sempat di snap sebab lapo benor sementara tunggu menu sampai. Service agak lambat yer di sini. So dinasihatkan, kalau nak ke sini, kena pastikan u all tak begitu lapar sebab takut mengamuk tunggu menu sampai ! So kalau u all nak ke penang dan lalu jalan lama tu, jangan lupa singgah ke Mutiara Cafe di Kampung Kedah, Parit Buntar yer ! Tak rugi mencuba..

Muka2 excited tunggu menu sampai

Irfan sedang cuba 'mengukur' restoran ni

Angah's family, best jer dorang makan sebab si Aqila ni dari mula sampai habis kitorang makan duk tidur jer

CN & EA yang sibuk monitor si IB yang sangat aktif & excited !

Budak bajet comey memenuhkan kamera CN

Mak Lang bambam bersama atuk hensem ! Hehe

Muka bosan tunggu menu sampai..kiter posing dulu ;)

Ek ! Kasi pose comey sikit ! Ahaks 

Bebudak bajet comey duk membodek abang long dorang

Ini sahaja gambo menu yang sempat di snap. Ikan beso 2 ekor tu tak sempat di snap sebab semua berebut nak makan ! Weee


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.