Kempen JOM beli barangan keluaran FELDA

September 19, 2013

Salam mesra..

Selaku guru Geografi Tingkatan 2, perkataan FELDA amatlah glamer kerana merupakan dasar governan untuk membantu golongan miskin dalam bidang pertanian dan merupakan contoh migrasi luar bandar ke luar bandar. FELDA juga merupakan contoh untuk petempatan berpusat. Tapi...tahukah anda bahawa syarikat FELDA juga ada mengeluarkan barangan runcit yang berkualiti setaraf dengan jenama2 besar yang lain?

CN pun baru tahu jer rupa2nya jenama SAJI adalah keluaran FELDA ! Meh tengok apa lagi keluaran syarikat FELDA ni yer. Sama2 lah kita sokong barangan buatan Malaysia ! 

1. Minyak Masak Saji
[ Makanan menjadi sedap dengan minyak masak SAJI ! Cuba la..hehehe ]

2. Susu Manis Pekat & Cair Saji
[ Teh tarik menjadi lemak berkrim dengan susu pekat SAJI ]

3. Mee Segera Sajimee
[ Pertama kali makan sajimee masa dapat free dari kenduri kawen sedara. Mee nya kenyal dan kuah karinya pedas dan sedap. Tapi sayang susah benor nak cari mee ni dekat pasar raya ! ]

4. Mayonis Saji Mayo Saji
[ Sedap dimakan bersama salad tak pun masukkan dalam telur dadar ! Confirm gebu dan menggoda telur dadar anda ! ]

5. Jem Peanut SunBear
[ Teringat iklan sunbear ni..memang comel lagu iklan ni kan? Serius memang sedap. CN suka mentega kacang lapisan coklat dimakan bersama roti Gardenia... fuhh ]


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. biasa nampak jenama2 ni di pasaran...thanks for sharing CN...

    ReplyDelete
  2. kakain mmg guna minyak dari dulu lagi..
    ada banyakkan keluaran dari felda ni..

    ReplyDelete
  3. lohhh sajimee tu keluaran felda ke hahaha baru k.el tahu
    sunbear pun..mati2 igt keluaran import sbb ada gambar bear tu was2 skit haha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.