Mari kita belajar !

September 16, 2013


Salam mesra..

Dalam entry SINI, CN akan menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD). Jadi, sebelum ke sana dari 17/9 - 21/9, CN perlu 'study' dulu benda2 ni..sambil2 study, apa salahnya berkongsi dengan u all semua benda2 baru dalam dunia pendidikan di Malaysia sekarang ni..semoga dapat menjadi panduan untuk u all semua.. [smile]

1. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan
: Rujuk SINI

2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
: Menggantikan KBSR dan digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan
: Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
: Menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
: Benda yang cikgu2 duk stress sekarang ni..hehe
: Merupakan penambahbaikan kepada UPSR dan PMR. 

4. Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
: Menggantikan PPSMI secara soft landing
: Meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya sebagai bahasa kebangsaan dan memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa antarabangsa. 

5. Satu Murid Satu Sukan
: Penerangan yang jitu dari Cikgu Anelyza

6. Transformasi Pendidikan Vokasional
: Website rasmi SINI

7. Sekolah Dalam Hospital (SDH)
: CN baru je tahu kewujudan konsep ni ! Hehe
: Konsep baru yang memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai penyakit berpanjangan dan terpaksa 'tinggal' di hospital. Kini terdapat 2 hospital yang telah memulakan sesi pembelajaran di dalam hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang.
: Guru yang dipilih perlu menjalani latihan selama sebulan di HUSM dan Institut Pediatrik HKL bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani masalah kelompok pelajar yang mengalami masalah kesihatan ni.
: Tapi SDH ni cuma fokus kepada subjek teras sahaja iaitu BM, BI, Sc dan Math.

8. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Standard 4 : PdP
: Guru merancang & melaksanakan proses PdP yang berkualiti dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.