7 Tips Kempiskan Perut

October 09, 2013


Salam mesra..

Perut buncit adalah masalah biasa dan sering dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Memang stress bila tengok perut yang dulu masa bujang slim melim menjadi buncit dan gedeber. Alhamdulilah, walaupun berat naik 10kg masa preggy Irfan dulu, CN telah kembali ke bentuk asal tak sampai 3 bulan dengan bantuan SET PELANGSINGAN SHAKLEE. Cuma yang menjadi masalah adalah perut buncit ! Walaupun kurus, tapi perut buncit memang susah nak cover ! CN telah terjumpa artikel menarik tentang tips kempiskan perut dekat Majalah Wanita. Marilah kita sama-sama mengamalkannya untuk PERUT YANG KEMPIS DAN MENARIK !

1. Gantikan Minuman Manis Dengan Air Putih
: Air putih dapat membantu melancarkan pencernaan terutama bagi golongan yang berdepan masalah sembelit. Digalakkan minum air suam dan tinggalkan ais. [p/s: susah tu nk tinggalkan ais lagi2 waktu tengah hari tengah panas tu..hehe]

2. Kunyah Makanan Dengan Sempurna
: Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terapung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan
: Garam yang banyak akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya perut akan menjadi kembung dengan gas2 yang terbentuk dan menjadi buncit.

4. Tingkatkan Pengambilan Makanan Penuh Serat
: Makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah2an dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan membuatkan perut berasa selesa dan mengatasi masalah sembelit. Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.

5. Atasi Sembelit
: Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak. Akibatnya perut sering berasa kembung dan menjadi buncit. Untuk mengatasi masalah sembelit, CN mengamalkan pengambilan Lecithin dan Alfafa dari Shaklee. Kesannya, walaupun CN makan dengan banyak pada malam hari, esok paginya selepas minum air masak, confirm pegi toilet ! Lagi satu, pengambilan set Shaklee ni, apa2 makanan berlemak akan diserap oleh Lecithin dan keluar sebagai bahan buangan. Jadi tiada lagi masalah sembelit ! Hehehe

6. Senaman
: Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman dapat membantu meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak dalam tubuh. Cairan yang berlebihan dalam perut akan dikeluarkan dari tubuh sebagai peluh. Senaman akan membuatkan tubuh anda sihat, menawan dan perut menjadi kempis. Terdapat senaman khusus untuk mengempiskan perut. Caranya, kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap kerana otot bahagian perut akan 'bekerja' dan membuatkan perut buncit kembali kempis. [p/s: mesti u all terus buat kan senaman ni? Ala comey..]

7. Pakaian Pelangsingan
: Pakaian pelangsingan seperti korset atau bengkung akan menyokong bahagian perut dan membantu mengatasi masalah perut buncit. [p/s: boleh dapatkan harga ahli pembelian korset ELKEN dari CN..weee]


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

6 comments

  1. thanks for sharing, yang penting kena ada kesungguhan tu

    ReplyDelete
  2. tips nie is nak kena amalkan selalu nie, dah tua-tua macam nie baru nak beringgat heheheheee terima kasih CNA.

    iskandarx.com

    ReplyDelete
  3. tips yang bagus untuk lelaki juga. haha

    ReplyDelete
  4. k.el kurang senaman lah sbb tu lemak x bako
    malasnyaaa..igtkan buat keje umah berlambak2 ni boleh kuruih
    xjugak hahaha

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni... kena disiplin betul2 kalau nak buat.... huhuhuh

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.