Beban GURU : Bukan merungut, tapi HAKIKAT !

October 28, 2013


Salam mesra..

Bukan nak merungut, tapi ini adalah hakikat tentang CIKGU sekarang. Pelbagai tugas cikgu2 dengan pelbagai program baru yang menyerabutkan cikgu2. Tak salah program2 baru ni seperti PBS, FROG VLE dll, tapi biarlah berperingkat dan bersistem. Sekarang ni semua ada 'e' macam e-operasi dan banyak lagi yang menggunakan INTERNET ! CN harap pihak KPM tambah lah 1 elaun iaitu elaun INTERNET sebab semua sekarang menggunakan INTERNET! RM50 pon hokay ler setiap bulan untuk meringankan beban cikgu yang terpaksa bersengkang mata untuk key-in markah PBS pelajar. 

Cikgu sekarang bukan cikgu tahun 1980-an dulu yang tidak menggunakan komputer sepenuhnya. Sekarang ni semua INTERNET ! Semua ada 'e' ! Sampaikan ada cikgu boleh fobia dengan 'e' ni ! Nak dikatakan gaji cikgu besar...sama je dengan pegawai2 jabatan lain. Masa cikgu singkat ? NO ! CN hari2 balik macam orang keje office menyiapkan keje yang banyak. Jumaat jer menepati masa balik macam biasa sebab nak balik kampung ! Hehehe. 

Tapi cikgu terpaksa membawa balik keje dan bekerja sampai lewat malam. Tak boleh claim 'ot' yer. Kalau cikgu dapat claim 'ot', memang kaya ! Hehehe. Hokay ler, CN saja2 nk senaraikan tugas CN sepanjang tahun ni, dasyat gak sebab cikgu ni takde job specification yer berbanding keje lain. Semua keje CIKGU boleh buat..HEBAT !

Tugas CN 2013 
(belum termasuk tugas2 tambahan untuk pelbagai program di sekolah yer, ni cuma tugas rasmi sepanjang tahun)

Kurikulum
1. Guru kelas 1R (tugas guru kelas pun sudah 'pelbagai')
2. Jurulatih Utama PBS Geografi Tingkatan 1 & 2
3. AJK Website Sekolah
4. AJK FROG VLE
5. AJK SSQS
6. Setiausaha bersama Pn. Norhuda untuk Panitia Geografi
7. Bidan terjun untuk mengurus data program TIMSS/PISA yang perlu di update setiap bulan
8. Guru matapelajaran Matematik, Geografi & ICTL tingkatan 1 & 2 (semua PBS kecuali ICTL)

Kokurikulum
1. Penolong Setiausaha Kokurikulum
2. Guru Penasihat Kelab Bola Keranjang
3. Pengurus Pasukan Bola Keranjang SMK St. Mary
4. Guru Penasihat Kelab Komputer

Kepada guru-guru di luar sana, sila senaraikan tugas2 anda di sekolah. Mesti terkejut sebab banyak sangat ! Kan2 ? Hehe

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. yang bestnya tu bukan setakat banyak, pelbagai bidang lak tuh.. akademik ada, sukan ada, penjagaan remaja ada, event manager, bla bla bla

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu ni multitasking, itu tak dapat dinafikan..sebab tu keje cikgu je kot yang takde job specification ;)

      Delete
  2. saya tinggalkan 5 minggu murid tingkatan 5 selepas trial SPM. bila buat replacement class, lima org je yg dtg. tak tahu la nnt mcm mana result SPM mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper, budak2 ni confirm pegi tuisyen sampaikan cikgu buat kelas pon taknak join, bukan minta duit pon, kan2?

      Delete
  3. setuju dengan pendapat CN pasal elaun internet tu. dah la internet ni kadang2 meragam. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kadang2 dear, SELALU ! SPPBS minggu ni langsung takboleh masuk band budak, mcm mana tu? isy2

      Delete
  4. berbakti mendidik anak bangsa, tak semuanya boleh dinilai dengan duit, yang penting nak jadikan mereka semua insan, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, niat dan passion adalah mengajar budak2 hingga berjaya dari segi akademik dan sahsiah, tapi bila cikgu dah dibebankan dengan pelbagai tugas, fokus untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang agak susah

      Delete
  5. memang patut la diwujudkan jawatan pembantu guru. hehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.