TAHNIAH 1R !

October 24, 2013


Salam mesra..

CN selaku guru kelas 1R berbangga memberitahu bahawa kelas kitorang dapat KELAS TERBAIK Tingkatan 1 untuk Semester 2 ! Semester 1 kalah dengan Kelas 1A, tapi kitorang catch up kasi dapat banyak merit untuk menang Semester 2 ni. Memang BEST & BANGGA !. Yelah, tahun lepas kelas bawah jagaan CN dapat KELAS TERBAIK TINGKATAN 2 untuk kedua-dua semester lagi ! Tahun ni dapat untuk semester 2 jer, jadilah, janji ada menang kan? Hehehe

Untuk pengetahun u all, kelas tingkatan 1 - 3 tidak menggunakan sistem ukuran dari kelas terpandai sampai kelas tercorot. Di SMK St Mary, semua kelas tingkatan 1 - 3 ada pelajar bijak dan sengal ubi kayu kecuali kelas special 1S, 2S dan 3S untuk pelajar2 lemah yang terpilih. Tapi tu pun tahun depan akan dibubarkan kelas tersebut menjadikan semua kelas ada terpandai sampai tersengal ! Hehe

Jadi bila kelas 1R menang dimana dalam kelas tersebut ada pelbagai genre pelajar dari terpandai sampai tersengal, sebagai guru kelas memang bangga dengan budak2 ni ! Apakah tips CN menjadi guru kelas kepada kelas terbaik tingkatan untuk 2 tahun berturut-turut?

1. 'Bimbing' pelajar untuk membodek guru2 matapelajaran untuk memberi markah merit.
2. Kurangkan bilangan pelajar yang bermasalah dan tukarkan mereka kepada pelajar2 hokay. Bagaimana ? Kalau pelajar tersebut ada masalah asyik dapat demerit jer sebab tak buat keje skolah, pastikan ibubapa mereka tahu bahawa anak mereka dapat banyak demerit ! Ibubapa mana yang tak malu kalau anak dapat banyak demerit kan? So ibubapa ni akan paksa anak mereka menyiapkan keje sekolah..
3. Fokus kepada pelajar yang berpotensi mendapat markah merit banyak dengan mengingatkan mereka untuk mengingatkan guru2 matapelajaran untuk mendapat markah merit. 
4. Ingatkan pelajar pada awal tahun supaya hadir ke sekolah sepanjang tahun sebab setiap bulan, pelajar yang hadir penuh akan mendapat markah merit manakala kelas yang mendapat peratus kehadiran 95% ke atas pun akan dapat markah merit. Tahun ni jer kelas CN dapat banyak merit untuk 95% kehadiran. 
5. Juga pada awal tahun CN sudah mengingatkan pelajar bahawa HADIAH menarik menanti kelas terbaik dan pelajar yang mendapat markah merit individu 100 ke atas. Siapa taknak hadiah kan? 

Hokay la, cukuplah 5 sahaja tips dari CN, kalau bagitahu banyak2, takut tahun depan kelas CN tak dapat pulak kelas terbaik sebab semua orang tahu tips2 ni, ahaks ! 

Hadiah kelas terbaik tingkatan untuk semester 2 adalah jamuan makan di kantin sekolah bersama guru kelas dan pentadbir sekolah. Makan apa yer ? Beraneka pizza dari Pizza Huts & ais krim Cornetto ! Rosak diet CN..fuhh ! Hokay, meh la layanz gambo2 yang sempat di snap.


Dari kiri Cik Goh Hai Bee (Pengetua), Pn. Chang (PK 1), Kak Rodiah, Kak Jamilah, Kak Salwani, CN, Kak Nor (PK Koko) & Pn. Chargeet (PK HEM)

Wajah2 ceria 1R dapat makan FREE !

Wajah2 ceria. Gambar bawah tu Jazmin (baju pandu puteri) sesat bersama akak2 2M

CN bersama Cik Murni iaitu cikgu disiplin yang omel !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. bukti seorang guru berjaya melangkah satu lagi tapak menuju kejayaan. tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat sangat bunyi tu ! cuma anugerah biasa jer, menjalankan tugas seperti biasa dan sentiasa mencuba untuk menghasilkan produk (pelajar) yang terbaik ;)

      Delete
  2. wa.. tahniah!.. dapat hadiah makan2 tu.. memang le excited nak menang kalau saya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokay le ada reward, kalau tak mesti dorang taknak jadi kelas terbaik ni ;)

      Delete
  3. Untungla sape dpt jd murid cn ni.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung + malang ! sebab CN ni suka mendesak gak sampai tensen budak2 ni..hehe

      Delete
  4. tahniah CN an uol murid
    hope pasni menjadi lebih terbaik lg
    jgn dah mkn2 tu pas2 tercorot lagi ok
    inilah daya semangat gitu murid2 dan cikgu kelasnya
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya mcm tu la, semoga budak2 ni tahun depan pon dapat lagi anugerah kelas terbaik walaupun berbeza guru kelas ;)

      Delete
  5. Wah.. id3a baik ni.. mgkin blh kami aplikasi utk kurgkn disiplin pelajar thn depan.. thanks sharing tips berguna nih...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.