Bermaknanya ucapan TERIMA KASIH

November 25, 2013


Salam mesra..

Terima kasih atau dalam bahasa inggerisnya Thank You merupakan 2 patah perkataan yang amat bermakna tapi sering diabaikan oleh kita. Walaupun cuma 2 patah perkataan, tapi amat berat untuk disebut atas faktor EGO & mungkin MALAS! CN bukan tujukan kepada orang lain, tetapi kepada diri sendiri sebab faktor MALAS & beranggapan bahawa mengucapkan Terima kasih adalah perkara yang REMEH. 

Tapi, percayalah ! Ucapan Terima kasih yang kita anggap REMEH itu amat bermakna kepada orang yang menerima ucapan tersebut. Sebagai contoh, hubby CN setiap minggu akan ambil & hantar balik ke KL. CN selalu terlupa nak ucapkan Terima kasih, tapi once CN ucapkan Terima kasih, tergambar di wajah hubby kepuasan dan tersenyum lebar apabila penat lelahnya dihargai.

Nampak tak disitu betapa bermaknanya ucapan Terima kasih? Sama juga semasa di sekolah, apabila ada pelajar datang berjumpa CN & mengucapkan Terima kasih CIKGU sebab ajar saya sampai faham ! sambil cium tangan, fuhh ! Cair beb ! Terharu & rasa puas hati atas penat lelah yang telah dicurah.

CN juga selalu mendapat ucapan Terima kasih dari Cik Pengetua & Penolong Kanan Koko atas tugas yang telah diberikan. Memang rasa dihargai & berazam untuk membuat yang terbaik dimasa hadapan. Jadi, kepada Boss / Ketua, ucapkan Terima kasih kepada orang bawahan anda untuk meningkatkan motivasi mereka & seterusnya produktiviti dapat ditingkatkan.

Sebagai blogger part time, CN juga sering menerima ucapan Terima Kasih di atas perkongsian dalam entry. Rasa dihargai & sentiasa mencuba untuk meningkatkan kualiti entry yang dibuat.

Kesimpulannya, ucapkanlah Terima Kasih kerana 2 patah perkataan itu memberi 1001 makna kepada penerimanya.

Terima Kasih kerana sudi membaca !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.