Meriahnya Class Party 2013

November 04, 2013


Salam mesra..

Menjadi tradisi di SMK St Mary untuk mengadakan class party serentak seluruh sekolah pada hujung tahun. Maksudnya setiap kelas diberi tempoh masa untuk plan party dan ditetapkan tarikh untuk party class 2013 adalah pada 20 Oktober. Pada hari tersebut tiada PdP dijalankan, tempoh masa untuk prepare party dan berparty adalah dari waktu pertama sampai 12.30 tengah hari. Selepas tu pelajar dikehendaki untuk mengemas dan mengembalikan kelas kepada keadaan yang asal.

Setiap kelas mempunyai pelbagai tema yang menarik. Kelas yang memenangi tema & hos party terbaik adalah kelas 4 Sains 1 di mana mereka menggunakan tema 'Galaxy'. Tahu tak apa yang dorang buat? Kelas tu dihias menjadi gelap dan diterangi dengan lampu suluh. Ala-ala disko lak ! Tapi memang happening budak2 tu, masa CN & gengs melawat kelas tu, kebetulan ada cikgu praktikal 2 orang yang menjadi idaman pelajar, apa lagi, dorang pasang la lagu Gangnam Sytle dan paksa 'abang' 2 orang yang omel tu menari !

Hokay, kelas CN 1R lak bertemakan Angel & Devil. Sebab tu u all boleh nampak atas kepala CN ada benda bunga2 ala angel. Disebabkan ni budak2 form 1, so dorang takde pengalaman lagi macam mana party kat St Mary ni, so hiasan kelas untuk party 'biasa2' sahaja, tapi effort dorang untuk menyediakan makanan yang pelbagai harus dipuji ! CN paling suka Oreo Pavlova dari Izzati, memang sedap ! Kena try buat masa cuti ni ! Hehehe

Sebelum party bermula, guru kelas dikehendaki untuk menyampaikan anugerah cemerlang akademik & sahsiah. Hadiah ditaja oleh pihak sekolah. So untuk anugerah akademik, pelajar tempat pertama-ketiga diberi boucher dari Koperasi sekolah. Tahniah untuk Koh Jia Min (Pertama), Nivaane (Kedua) & Chok Jia Yin (Ketiga). Untuk akademik pula, pelajar yang dipilih berdasarkan sahsiah terpuji sepanjang tahun. So anugerah Gadis Ceria 1R diberi kepada Niwashini sebab berjaya menjadi ketua kelas yang baik & sentiasa menceriakan suasana kelas dengan lawak2 sengal. Anugerah Gadis Berhemah 1R diberi kepada Nur Anissya sebab berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh CN dan guru2 lain, walaupun kadang2 Anissya ni kena 'ketuk' gak untuk buat keje, tapi still boleh dipuji ! Hehehe. Manakala Gadis Bertanggungjawab 1R diberi kepada Nor Atiqah sebab berjaya menjadi bendahari yang baik walaupun masa awal tahun ada kes duit kelas hilang, tapi dia bertanggungjawab menggantikan duit yang hilang tu dan terus bagi CN suruh pegang ! Hehehe

Lepas penyampaian anugerah habis, budak2 ni boleh makan makanan yang disediakan oleh dorang sendiri. Menu utama kitorang adalah nasi lemak ayam sebab idea asal nak nasi tomato terpaksa dibatalkan pada saat 2 akhir. Tapi takper, budak2 ni bagus, tak merungut pun, dorang makan jer apa yang ada, sebab tu CN sayang dorang ni ! Lepas makan, dorang boleh berparty dengan main pelbagai game, menari & menyanyi. Pada masa tu la budak2 ni boleh menjerit sepenuh hati sebab takde siapa cikgu pon yang akan marah !

Yang paling kelakar masa class party adalah waktu cleaning dimana cikgu2 akan menjadi mangsa membawa balik makanan yang tak habis ! Memang penuh la meja cikgu2 dengan pelbagai kek, nasi, kuih2, bubur, candy dll. Kalau cikgu2 ni pandai berniaga, memang boleh jual balik makanan ni ! Hehehe..by the way, class party 2013 memang enjoy ! Jom layanzz gambo2 dari lensa CN...

Penyampaian hadiah kepada pelajar terbaik akademik & sahsiah. Dapat boucher KOPERASI skolah giteww..

1R 2013 : Posing dah cantik, tapi sayang gambo gelap..ini yang termampu CN edit yer

1R 2013 : Malay gurls yang ayu2

1R 2013 : Chinese gurls yang omel2

1R 2013 : Indian gurls yang havoc 

Sebelum makan kena baca doa dulu yer, Ustazah Nathalieya yang angkat tangan tinggi sekali tu mengetuai bacaan doa

Aiman takde keje !

Ex-gurls 2A last year, Tun Farsha menyibukkan diri..jangan jeles yer cikgu sama tinggi ngn kamu ! ;)

Ini adalah budak2 1R 2013 yang bajet comel termasuk cikgunya ! Hehehe

Lagi posing bersama cikgu PJK dorang, Pn. Salwani

Cikgu2 matapelajaran 1R 2013 yang anggun2 : Dari kiri duduk, Pn. Salwani, Pn. Nursilawati, Cik Norizah, belakang tu yang paling anggun, Pn. Norazimah & Pn. Norhanom

2R 2013 : Ceria & omel2 termasuk cikgu2 nya

2Y 2013 : Ceria & omel2 termasuk cikgu2 nya

Bersama Pn. Suriana (Kak Su) di kelas 4A2..suka background, memang ceria !

Bergambo bersama2 model Hawaii dari kelas 4 Sains 2

Agenda WAJIB setiap tahun adalah bergambo bersama anak2 CN, Tharanee & Velonney. Sharmila & Nivya tak sempat lak bergambo, sempat say HAI jer..hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

13 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.