Siapakah CIKGU kesayangan anda?

November 22, 2013


Salam mesra..

Topik yang ingin CN bincangkan dalam entry kali ini adalah mengenai CIKGU KESAYANGAN ANDA, huraikan tidak melebihi 300 patah perkataan. Chewah ! Dah macam cikgu BM pulak! Hehehe

Hokay, CN cuma pilih 5 orang cikgu sahaja sebab dorang ni betul2 melekat di hati CN sampai sekarang. Sebab dorang gak menjadikan CN cikgu Math, ICT & Geografi.

Cikgu Mariam (Cikgu Tadika KEMAS)
Dasyat tak CN masih ingat nama cikgu tadika & rupanya sekali ? Ala..CN ada gambo masa tadika dulu2, sebab tu konon2 masih segar di ingatan rupa Cikgu Mariam ! Hehehe
Karakter : Seorang cikgu yang lemah lembut & cantik. Cikgu Mariam seorang yang penyayang & penyabar. 
Cikgu Mariam ni selalu puji CN depan kawan2 sebab CN ni "Pelajar Terbaik Tadika KEMAS Teluk Gadong 1992". Bangga beb dapat jadi pelajar terbaik tu, siap dapat piala beso lagi tau ! Ahaks... Ingat lagi dulu, CN selalu kena buli dengan budak2 laki nakal, kena cubit la, kena ejek la sebab CN ni masa tadika lurus bendul & nerd. Mana ada huwa huwa macam sekarang ni ! Cikgu Mariam ni selalu backup & protect CN. Sayang Cikgu Mariam ketat2 ! Tapi sayang, lepas CN pindah ke Perak, tak jumpa dah Cikgu Mariam ni. 

Cikgu Ansaari (Cikgu Darjah 6 di SK HAJI RAMLI)
Cikgu MATH & semasa mengajar CN tengah pjj kaunselor. Sekarang merupakan kaunselor sepenuh masa.
Karakter : Seorang cikgu yang tegas tapi selalu memberi motivasi kepada pelajar untuk berubah menjadi lebih baik. Tidak pilih kasih & mudah didampingi untuk bercerita & meluahkan tekanan perasaan sebab Darjah 6 ada UPSR & CN merupakan pelajar target 5A. Memang stress ! Ingat lagi masa cuti penggal, Cikgu Ansaari suruh CN lepak kat umah dia study ngn anak dia yang sebaya CN. Kenal anak Cikgu Ansaari ni masa Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Daerah. Bini Cikgu Ansaari ni masak memang sedap tau ! Terbayang lagi sambal hijau yang sedap tu ! huhuhu... Last jumpa Cikgu Ansaari  masa form 5 sebab dia kaunselor di SMK Taman Pekan Baru. Hafizah lak (anak Cikgu Ansaari ) berjumpa kembali di Matrikulasi Perak. 

Cikgu Aznin (Cikgu Sejarah & Geografi di SMK Panglima Bukit Gantang)
Merupakan Cikgu Geografi masa form 3, Cikgu Sejarah masa form 4&5.
Karakter : Cikgu GOJES sebab kalau dia pakai baju kaler oren, dari baju, handbag, kasut, tudung & aksesori kaler oren ! Seorang yang sempoi, comel, slumber & kelakar sampaikan CN sendiri banyak terikut2 gaya Cikgu Aznin masa mengajar Geografi. Kira idola cikgu geografi la ni ! Cuma CN tak dapat follow dari segi penampilan sebab kasut & handbag tak berapa banyak kaler ! Tapi..tapi..dalam proses memperbanyakkan dari masa ke semasa ! Heheheh.. Boleh dikatakan sebab Cikgu Aznin lah CN suka Geografi & pernah menjadi top 3 sekolah untuk trial PMR. Actual PMR confirm la A! Buat malu jer jadi cikgu geografi tak dapat A masa PMR. Sejarah pon sama, A1 yer dalam SPM. Memang masa habis jawab paper sejarah SPM dulu, keluar jer dari dewan exam terus senyum puas hati sebab confirm dapat A. Itulah penangan Cikgu Aznin. Sebab suka Cikgu Aznin, CN boleh skor subjek dia ! Walaupun ramai cakap sejarah susah, tapi bagi CN kalau cikgu tu pandai mengajar & pelajar bersungguh-sungguh tunjukkan yang terbaik untuk bagi cikgu kesayangan dia bangga, 'A' DALAM TANGAN ! Tapi sedey sangat sebab masa dapat result SPM, Cikgu Aznin takde sebab dah berpindah ke sekolah lain. Sampai sekarang, kalau CN borak2 dengan classmate form 5, mesti topik kitorang berkaitan Cikgu Aznin yang tersayang. 

Cikgu Razak (Cikgu Math & ICT di SMK Panglima Bukit Gantang)
Perkara yang paling CN ingat pasal Cikgu Razak adalah lagu Bila Larut Malam ditukar kepada lagu Taruk Kicap ! Cikgu Razak pernah cerita dalam kelass, masa dia sekolah dulu pernah kena buli nyanyi dalam dewan makan lagu Taruk Kicap ! Sampai sekarang, terngiyang-ngiyang suara Cikgu Razak nyanyi lagu tu..hehe
Karakter : Cikgu yang sempoi & sporting. Masa form 5 dulu, kalau ada kelas tambahan, mesti masa free tu kitorang akan melepak dalam bilik komputer. Online, main game,borak2, memang best ! Cikgu Razak pun slumber gak & CN pernah ikut rombongan geng2 taman perumahan Cikgu Razak ke Langkawi. Memang enjoy. Last jumpa Cikgu Razak masa cuti semester matrikulasi. 

Mr. Philip (Penyelia Final Year Project (FYP) di UNIMAS)
Pensyarah kat u tak dipanggil cikgu tapi masih lagi seorang cikgu sebab tugas adalah mengajar.
Karakter : Seorang yang serius dalam kerja tapi mudah didampingi. Tak kedekut ilmu & sentiasa membantu CN untuk mendapatkan 'A' dalam FYP. Perkara yang CN suka pada Mr. Philip ni adalah arahan dia jelas & dia tahu apa yang dia nak & dia suruh kita buat apa yang dia nak. Oleh itu, penghasilan FYP CN menjadi lebih mudah dengan bantuan Mr. Philip. CN ni jenis yang selalu bertanya & rajin berjumpa Mr. Philip ni sampaikan boleh tahu jadual harian Mr. Philip. Coursemate pun siap boleh bergosip cakap CN ni ada 'skandal' dengan Mr. Philip hanya sebab CN tahu jadual harian nya. Yela, member2 kalau nak jumpa Mr. Philip akan tanya CN dulu Mr. Philip ada ke tak. Dah macam PA pun ada ! Hehehe.. Memang senang berada di bawah seliaan Mr. Philip sebab sikap dia yang sentiasa membantu. Maybe sebab kitorang serasi, masa habis study tunggu posting cikgu, Mr. Philip call CN offer jadi Reserch Officer. Mr. Philip nak buat research pasal Fizik lak tu, memang best ! Tapi..tapi..CN taknak dah duduk kat Sarawak. Cukuplah 4 tahun di sana, tak mampu rasayan nk bina kerjaya di sana. So..goodbye to Mr. Philip...

Fuhh ! Panjang lebar entry CN ni. Kesimpulannya, jika anda seorang cikgu & anda mengajar pelajar anda dari hati (bukan duit semata-mata), anda akan disayangi & diingati oleh pelajar sampai bila2. InsyaAllah, CN cuba menjadi seorang cikgu yang ikhlas & mengajar dari hati. Semoga suatu hati nanti, akan ada bekas pelajar2 CN yang akan bercerita tentang benda yang baik dari CN, InsyaAllah.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. wahh , untung nye cikgu2 tu dapat jadi cikgu kesayangan cikgu . hehe , luahan hati yang ikhlas ni . niceee :)

    ReplyDelete
  2. cikgu kesayangan xde..sbb diorg pandang rendah kt k.el
    g pun k.el bukan pelajar cemerlang..cuma so so je
    masa form 6 ritu..el benci cikgu BM el sbb dia boleh ckp
    "saya dpt rasa sapa yg boleh lulus STPM" perghhh mencabar sgt kata2 dia"
    terus el pun belajar giler2..ha hambekkk ms amek result tu"
    dia mcm x percaya yg el boleh skor dan merupakan antara pelajar cemerlang"
    jgn main2..smpi skun mmg igt kat dia je..lain2 cikgu xigt..tp lau xdisbbkan dia ckp cam tu
    xdelah k.el boleh masuk U hehehe

    ReplyDelete
  3. Cikgu kesukaan sy..cikgu Rahana... Mmg suka dia.. Smpai dh jadi cikgu sy jmpe balik ckgu sy kt fb.. Tak berubah muka dia..

    ReplyDelete
  4. luahan hati yang ikhlas. hana ada jugak cikgu kesayangan. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.