Yuhuu ! Ayam goreng AYAMAS telur masin siap !

November 14, 2013

AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN

AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN

Salam mesra...

Sempena cuti yang banyak ni walaupun kena jaga SPM, banyak projek dalam perancangan CN. Antaranya adalah PROJEK MEMASAK CN di mana CN nak masak masakan yang CN tak pernah masak ! Masakan pertama adalah AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN.

Hokay, sebenarnya biasa orang buat ketam goreng telur masin atau udang goreng telur masin. Tapi disebabkan masa tu kat rumah takde ketam or udang, yang ada ayam goreng instant AYAMAS dan telur masin yang melambak, CN pon google ler resepi. Rupa2nya simple sangat nk buat. Semudah A, B & C !

AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN

Bahan-bahan :
1 bungkus drumet AYAMAS (terpulang u all nk guna ayam fresh pon takper, yang penting goreng bersalut tepung yer sebab nk bagi rangup)
3 biji telur masin yang telah direbus, di ambil kuning sahaja & dilenyek
2 sudu buttercup (nak guna planta pon boleh, ikut selera masing2)
3 batang cili padi (nk pedas boleh letak banyak)
1 biji bawang besar
5 sudu susu cair 
beberapa helai daun kari

Cara-cara :
1. Goreng ayam drumet sehingga kekuningan dan toskan
2. Panaskan buttercup, kemudian masukkan bawang, cili & daun kari. Goreng sehingga naik bau. 
3. Masukkan kuning telur masin yang telah dilenyek & susu cair. 
4. Letakkan garam secukup rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 
5. Gaul rata & siap !

  
Mempersembahkan pembantu chef , IRFAN !!



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. irfan tu dah kenapa..model ayamas kut..makanlahhh ayam tu haha
    tulah sllu org wat telur masin lam ketam n udang..mmg lainlah resepi ni hehe

    ReplyDelete
  2. bley try dekat umah pasni..hihi tq CN ^_^

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.