Kejohanan Merentas Desa SMKTPG 2014

January 28, 2014


Salam mesra..

Pada 24/1/2014, Kejohanan Merentas Desa SMK Telok Panglima Garang telah berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah. Cuaca pada hari tersebut redup dan sejuk jer. CN pertama kali bertugas di check point memang excited sebab 4 tahun di sekolah lama, tak pernah kena jaga checkpoint, biasanya CN bahagian buku program, hadiah & dokumentasi. Memang satu pengalaman yang baru dimana selain mengambil nombor pelajar yang hadapan, CN juga perlu sentiasa mengingatkan pelajar supaya berada di tepi jalan raya dan menjaga keselamatan diri. Ini kerana, trek merentas desa agak sibuk dengan pelbagai lori2 yang keluar masuk. 


Tahun ni juga, rumah sukan CN iaitu RUMAH KUNING merupakan JUARA merentas desa ! Memang best ! Kehadiran pelajar untuk merentas desa pada tahun ni juga meningkat berbanding tahun lepas berdasarkan ucapan pengetua. CN manalah tahu sebab tahun lepas dekat skola lain ! Hehehe

Majlis penyampaian hadiah pada hari yang sama juga. Memang sempoi majlis penyampaian hadiah ni sebab pengacara iaitu cikgu2 sendiri, suka hati mengacarakan majlis tanpa protokol. Yang kelakar, boleh pulak suka hati tukar2 orang yang bagi hadiah. Pemenang pulak ada yang menyelit disebelah pengetua untuk mengambil hadiah. Selamat pengetua sempoi..kira layannn jela. Ahakss. 

[ Keputusan Keseluruhan ]

Pertama : Kuning
Kedua : Ungu
Ketiga : Biru
Keempat : Merah
Kelima : Hijau

smktpg
CN bersama kawan baru yang awesome ! Sempoi akak ni..dah 10 thn mengajar, tapi still nampak awet muda ;)

Ke'ramai'an pelajar ketika majlis penyampaian hadiah

Pengetua ketika menyampaikan hadiah. CN malu nk pegi amik gambo depan2, maklumlah..cikgu baru...hehehe

smktpg

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. tahniah CN
    dpt juara
    baru je menapak kat sekolah baru kan
    dah buat satu kejutan haha
    mmg akk tu npk awek muda

    ReplyDelete
  2. salam pagi isnin cikgu CN..
    tahniah pada rumah kuning..dan pada cikgu juga :)
    pada rumah2 yang lain gagal sekali..tak bermakna gagal selamanya..:) do not give up okay !

    comylah pict yg last tu..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu, wahh bestnya! rindu nak sekolah.. join aktiviti sukan camni. bestnya >_______<

    ReplyDelete
  4. sukan dgn sekolah mmg x dpt dipisahkan kan..heee...

    ReplyDelete
  5. Tahniah CN!wahh..menang ye..rindu jugak nak jaga org merentas desa ni..teringat zaman sekolah dulu..

    ReplyDelete
  6. Sama dengan sekolah anak.. merentas desa 24/1/2014 baru ni juga.. lebih tepat kalau tukar merentas taman kalau kat sini.. haha..Tahniah rumah Kuning!^^

    ReplyDelete
  7. Tahun ni terlepas la..sbb dlm.berpntg.. Huhu

    ReplyDelete
  8. Mohon singgah ke blog saya :) awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  9. teringat masa merentas desa dulu.. time2 sekolah...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.