Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

January 07, 2014

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun


Salam mesra..

Irfan si bambam CN kembali montel setelah tinggal bersama mamanya. Almaklumlah, CN kini bukan lagi mama hujung minggu ! Alhamdulillah..terlalu nikmat rasanya membesarkan anak dengan tangan sendiri. Walaupun penat balik sekolah kena memasak dan menguruskan anak, tapi kepuasan melakukan semua benda tu tiada tandingan !

Irfan semakin besar mempunyai selera makan seperti orang dewasa. No more puree atau benda lembik2 ! Memang dia takmo ! Heheh. Tapi yang merisaukan, makanan yang agak pedas pun dia belasah gak ! Budak ni mmg jawa sejati, makan makanan pedas. TAPI ! Perlu diingat bahawa bukan semua makanan orang dewasa boleh dibedal oleh anak kecik kita. CN berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berumur 2 tahun. [ Sumber : SINI ]

Makanan yang perlu dielakkan : Bayi baru lahir hingga 4 atau 6 bulan
: SEMUA makanan pejal 
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna

Makanan yang perlu dielakkan : 4 hingga 12 bulan
: Garam, gula dan rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal
: Makanan yang telah diproses
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi
: Putih telur
Bayi boleh makan kuning telur tetapi perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi
: Buahan citrus
Buah seperti oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah umur setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan ini juga mengandungi asid tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih
: Kacang
Selain boleh menyebabkna risiko alahan, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik.
: Makanan laut
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi
: Air teh, kopi dan sebarang minuman berkafein dan juga berkarbonat serta jus buah pekat
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus : air adalah 1 : 10
: Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah
Tunggu sehingga umurnya setahun jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap apa2 jenis makanan seperti jagung, soya, coklat dan lain2. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan yang perlu dielakkan : 12 atau 24 bulan
: Susu rendah lemak
Bayi yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
: Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah
Tunggu sehingga umurnya setahun jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap apa2 jenis makanan seperti jagung, soya, coklat dan lain2. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

12 comments

  1. betul tu, setuju dengan entri cikgu, anak mama makan nasi, berak tak boleh, sembelit.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kdg2 kalau cn mkn pedas..anak cn yg terberak2 sebab bf..dia mmg tak boleh dgn kari ;)

      Delete
  2. nice sharing CN, sy pun amt pntingkn bab pemakanan ni... tpi dok dgn pengasuh.. faham-faham je lah kn... tawakal je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kalau dgn CN mmg jaga pemakanan..tp ngn pengasuh..redha je..asalkan anak CN tak kelaparan ;)

      Delete
  3. Assalamualaikum CN, thanks sharing. comelnya anak. mata dia cute gila. sheila nak mohon share dekat fanpage sheila boleh? takut lepas ni tak ingat kat mana baca info berguna ni. hihi.

    ReplyDelete
  4. kdg2 bg gak..just nk bg rasa takut besaq milih plak hehe

    ReplyDelete
  5. amboi mata dia..comelll gila..haha..nice info CN..utk pengetahuan niesa jugak wpn blm ada anak..hehe..nak kena tunggu anak buah la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..mata budak ni mmg cntik..tu yg CN jeles

      Delete
  6. bagus sharing nie CN :)

    ReplyDelete
  7. comey laa... btw, singgah sini bls jejak.. salam kenal yer cikgu... teringat pulak dulu school ada cikgu nama norazimah.. dia ajar maths.. hee

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.