Salam mesra..
Lastly dapat la CN siapkan entry terakhir tentang wedding angah iaitu adik ipar CN yang ke-2. Dah nama pun terakhir mestilah kisah di side lelaki iaitu majlis bertandang. Majlis bertemakan merah+hitam mmg gorges dan hot ! Lagi2 CN bersama bapa mertua mmg sedondon sampaikan ada kawan2 ayah tanya "bini baru ker" sebab arwah mak mertua dah tiada.
Kebiasaan bila kenduri di rumah, mmg tak sempat ler bergambo. Ni pun curi2 masa untuk bergambo sebab rugi lah dah pakai gorges2 tapi tak bergambo ! Hehehe
Untuk makluman semua, kenduri orang jawa ni ada 2 sesi. Sesi pertama pada sabtu malam ahad dan sesi kedua adalah pada siang ahad nya. Memang penat sebab 2 sesi. CN cuma menjaga kaunter pada sebelah malam jer, siangnya bagilah peluang dekat mak sedara yang ekcited nak menjaga kaunter.
Alhamdulillah, selesai juga majlis di sebelah kami. Semoga jodoh Angah & Ekin kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Meh le layan beberapa gambo yang sempat disnap oleh kamera murah CN...huhuhu