JJCM : Restoran Juvita

February 09, 2014

Restoran Juvita 

Restoran Juvita

Salam mesra..

Agak lama CN tak buat segmen JJCM kan? Hokay la, kali ni CN nak berkongsi dengan anda semua 1 tempat makan BEST di Banting iaitu Restoran Juvita yang terletak di Kanchong Darat. Jika anda dari pekan Banting,  Restoran Juvita terletak di sebelah kanan anda. Tak jauh dari rumah Haji Sidek bapa kepada jagohan badminton kita tu. 

Hokay, apa yang best di Restoran Juvita ni ? Semestinya hidangan MESTI cuba adalah Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce. Dihidangkan panas2 berasap sampai kena jauhkan Irfan dari benda ni takut mengercik ! Sauce pedas dan pekat. Portion besar dan mengeyangkan. Selain hidangan western, Restoran Juvita gak ada menyediakan pelbagai menu berasaskan seafood, ikan bakar dan goreng. CN pernah gak try siakap masak 3 rasa, sedap ! 

Selain di Kanchong Darat, Restoran Juvita gak ada cawangan lain yang terletak di Telok Panglima Garang, dalam bangunan pasaraya SEGI. Kalau balik sekolah tu, selalu gak ler singgah makan dekat sini. Tapi kalau siang2 takde western food. CN selalu order Sizzling Yee Mee dekat cawangan sini. Memang sedap !

Jadi kepada anda yang selalu berhujung minggu ke Morib, jangan lupa singgah ke Restoran Juvita yer ! 

Restoran Juvita
Coconut shake untuk CN & tembikai laici untuk Encik Suami. Coconut shake ni dah sedap tapi dorang letak kacang, mmg merosakkan rasa...huhu

Restoran Juvita
Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk Encik Suami

Restoran Juvita
Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk CN. Nampak tak asap tu ? Menggelegak lagi tuh..hehe. Irfan ? Dia share ngn kitorang, banyak ni ! Ahaks 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.