7 Tugas Setiausaha PIBG

April 20, 2014


Salam mesra..

Tugas Setiausaha PIBG tersesat sebagai salah satu search keywords dalam blog CN. Sebagai seorang Setiausaha PIBG sesi 2014/2015 yang telah diceritakan dalam entry SINI. Agak sukar tugas sebagai seorang setiausaha jika anda bukan pencinta komputer kerana semua kerja kesetiausahaan memerlukan penggunaan komputer ! Setiausaha PIBG juga mendidik anda untuk lebih bijak berkomunikasi sebab anda perlu berdepan dengan ibubapa dan orang ramai dalam menjalankan tugas sebagai seorang Setiausaha PIBG. Mujurlah CN pernah kerja part time dulu dalam bidang marketing dan pernah berkomunikasi dengan orang 'besar', itu merupakan bonus untuk CN! Hehe

Baiklah, berikut merupakan 7 Tugas Setiausaha PIBG seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 

1. Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
2. Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankusa PIBG
3. Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
4. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
5. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod persatuan.
6. Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
7. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

16 comments

  1. oh kalau bg bab mencatat kt lya mmg trs fail.hehe. pdahal amik course secretary zmn2 diploma

    ReplyDelete
  2. Banyak nya tugas sebagai cikgu ni ye CN..

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tugas sebagai cikgu ni ye CN..

    ReplyDelete
  4. Banyak juga keja2 yg perlu dilakukan tu..menuntut banyak masa

    ReplyDelete
  5. kalau CN seronok ngan keje sbg setiausaha rsnya xde mslh kut hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau taknk stres kenalah pupuk minat tu dear

      Delete
  6. menuntut kesabaran ni cikgu.. hihi

    ReplyDelete
  7. Huhu... Bab kesetiausahaan ni x berapa minat sungguh tapi ttp x blh lari.. Thn ni dua jwatan su sy pgg...

    ReplyDelete
  8. Akak dulu setiausaha mcm2... best sebab melatih kecekapan minda mengolah ayat dan kecekapan menaip. Cuma S.U PIBG je tak pernah lg ^__^

    ReplyDelete
  9. Saya baru tahun ni dilantik sbg SU PIBG.Sebelum ni dah 14 tahun berkhidmat sbg cikgu,.. tak pernah jadi mana-mana Su.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.