Bookmark dan Sticker untuk Terbaik Geografi

April 15, 2014


Salam mesra..

Ujian Bulanan 1 Tingkatan 3 telah berlangsung selama 3 hari dari 1 hingga 3 April 2014. Sebagai guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3, CN telah berjanji dengan pelajar untuk memberi hadiah bookmark kepada mereka yang telah berjaya memperoleh markah tertinggi dalam kelas. Bila belek2 hadiah giveaway dari blogger, terjumpa sticker comey girl pakai tudung sekolah. So CN beri sticker comey ni kepada pelajar perempuan yang mendapat markah tertinggi dalam kelas. Kalau diberi kepada pelajar lelaki, agak tidak sesuai disitu... hehe

Bookmark wordmania ni adalah free gift dari FROG Asia kepada pihak sekolah. Jadi CN ada banyak koleksi bookmark ini. Dengan senang hati, hadiah bookmark diberi kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam kelas !

CN berharap semoga hadiah bookmark dan sticker yang tak seberapa ni mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk mendapat markah yang lebih cemerlang dalam peperiksaan seterusnya. InsyaAllah. 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

18 comments

  1. Semoga semangat pelajar bertambah mendapat bookmark comeh ni.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Comel2.. Mst budak2 suka... Ingt nk design bookmark juga utk budak2 tu nnt.

    ReplyDelete
  3. Sekolah saya takde lak bookmark tu... mcm comel je...

    ReplyDelete
  4. Idea brilliant gak nih.... memang sedamg terfikir nk beri hadiah apa untuk yg berjaya... thanks sharing ^__^

    ReplyDelete
  5. bestnya cikgu ni... heee...semuga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
  6. memang cute la..nak satu cikgu..hihihi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.