Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat

April 10, 2014

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Gambar Sumber SINI
Salam mesra..

Pertandingan Drama KOMSAS peringkat Daerah Kuala Langat telah diadakan pada 7 April 2014 yang lalu. CN diberi tugas sebagai AJK Buku Program (tetap&berpencen) dan AJK Hadiah. Alhamdulillah, buku program telah disiapkan dengan omel dan gorjes tanpa complain. Senang hati hasil kerja diberi pujian, confirm CN akan menyediakan buku program yang lagi omel dan gorjes lepas ni ! Hehehe

Ok, Pertandingan Drama KOMSAS peringkat Daerah Kuala Langat ini hanya melibatkan penglibatan dari 4 buah sekolah iaitu SMK Telok Panglima Garang, SMK Telok Datok, SAMT Tengku Ampuan Rahimah dan SMK Bandar Banting. Berikut merupakan keputusan penuh Pertandingan Drama KOMSAS peringkat Daerah Kuala Langat  :


Pelakon Lelaki Terbaik :
Watak Zaman dari Drama Cempaka Berdarah (SMK Telok Panglima Garang)

Pelakon Wanita Terbaik :
Watak Siti dari Drama Inflakasta (SMK Telok Datok)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
Watak Malik dari Drama Cempaka Berdarah (SMK Telok Panglima Garang)

Pelakon Wanita Lelaki Terbaik :
Watak Mak Jah dari Drama Cempaka Berdarah (SMK Telok Panglima Garang)

Pengarah Terbaik
SMK Telok Panglima Garang

Sinematografi Terbaik
SMK Telok Panglima Garang

Tempat Ketiga :
Tiang Cengal Dinding Sayung dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah

Naib Johan :
Inflakasta dari SMK Telok Datok

Johan :
Cempaka Berdarah dari SMK Telok Panglima Garang

Tahniah buat pasukan SMK Telok Panglima Garang kerana berjaya merangkul hampir keseluruhan hadiah individu dan johan dalam Pertandingan Drama KOMSAS peringkat Daerah Kuala Langat. Teruskan kecemerlangan ini di pertandingan Drama KOMSAS peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Mei di Sepang. Ok, macam biasa, dah nama pun Blog Cikgu Norazimah, meh la layan beberapa gambo yang sempat CN snap. 

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Inilah rupa cover depan buku program Pertandingan Drama KOMSAS peringkat Daerah Kuala Langat

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Persembahan pertama dari SMK Telok Panglima Garang

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Persembahan kedua dari SMK Telok Datok

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Persembahan ketiga dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Persembahan keempata dari SMK Bandar Banting

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Pembantu AJK Hadiah dari kiri Chara, Aqeela dan Tarsha. Semua dari kelas 3KRK1. Selaku 'kakak' kelas ni, of course la kalau nk cari pembantu, ambil budak sendiri ! Hehehe

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
Hadiah-hadiah yang awesome !

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Kuala Langat
CN bersama Cikgu Syuhaida (AJK Dokumentasi). Omel tak kitorang ? Ahaks ~


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

14 comments

  1. wah.. ada pertandingan drama komsas ye skrg.. zizie dulu pernah la join english drama.. hehe..

    ReplyDelete
  2. wow,hebat2!
    tengok gmbr tu pun cam real2 je..
    hihii..taniah2 :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wahh bestnya. rindu nak join pertanding camni masa zaman sekolah dulu.. hehe singgah menabung schick sini~~~

    ReplyDelete
  4. Lama x tgk pertndingn mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah lama CN pun tiap2 thn buat pertandingan drama, tapi bukan komsas la, pertadingan bm jer ;)

      Delete
  5. Berbakat pelajar sekarang ye CN..

    ReplyDelete
  6. dulu susah sangat komsas ni. sekarang ada drama lagi, senang la kan. heehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, bila buat drama baru la student lagi faham ;)

      Delete
  7. Tahun lepas Daerah Hulu Selangor ada buat Pertandingan Teater, tapi tahun ni dah tak ada sebab tak ada penyertaan yang menggalagakkan kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu, ni pun cuma 4 skola jer yg join ;)

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.