Restoran Jombali
Salam mesra..
Lama CN tak bercerita mengenai tempat makan best kan? Hokay.. rasa teringin lak nk mempromote tempat makan best sampai jadi regular customer ke sini iaitu Restoran Jombali. Sebelum ni kalau shoping ke Carrefoure Wangsa Maju atau nama baru nya AEON Big, mesti singgah makan ke Jombali ni. Tapi Jombali kat sini kecik sikit dan selalu ramai orang. Kalau nk tempat yang best dan santai boleh ke Jombali cawangan Setapak. Dekat sini, menawarkan ruangan makan yang luas sama ada open air atau berhawa dingin siap ada rak majalah untuk u all selak2 majalah sambil tunggu makanan.
Kenapa Jombali? Sebab portion banyak dan berbaloi dengan harganya ! Selalu kalau makan kat Jombali ni, pastikan perut u all memang betul2 lapar supaya tiada makanan yang dibazirkan sebab kalau tak berapa lapar gi makan ke sini, alamat memang tak habis ler makanan yang sedap tu ! Hehehe