10 Tips Menjadi Individu Menarik : Book Review

June 29, 2014

Buku Tips Menjadi Individu Menarik.

Buku Tips Menjadi Individu Menarik.

Hasil penulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar ni merupakan bacaan santai sesuai untuk semua golongan. Mengapa perlu menjadi individu menarik? Bagi seorang guru, jika guru tersebut berpesonaliti menarik, pelajar akan tertarik untuk belajar dan seterusnya memudahkan proses pengajaran & pembelajaran. 

Menarik bukan bermaksud cantik semata-mata. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan seseorang individu itu menarik :

  • faktor fizikal
  • faktor material
  • batu azimat & susuk (dosa tau !)
  • faktor jawatan
  • faktor luar biasa
  • faktor populariti
  • faktor pandai bercakap
  • faktor suara
  • faktor pendidikan
  • seksi untuk menjadi menarik
Bagi seorang lelaki yang mencari pasangan, penting untuk mengetahui apakah ciri-ciri lelaki yang menarik daripada pandangan wanita. Menurut buku Tips Menjadi Individu Menarik, ciri-ciri lelaki yang menarikdaripada pandangan wanita adalah :
  • kemas
  • kebijaksanaan emosi
  • seorang yang 'gentlemen'
  • berkeyakinan diri yang tinggi
  • berjiwa romantik
  • sifat seorang pendidik
Manakala bagi wanita pula, ciri-ciri wanita yang menarik daripada pandangan lelaki adalah :
  • lemah lembut
  • ada sifat kebudakan
  • manja
  • ada sifat keibuan
  • penyayang

Terdapat 10 Tips Menjadi Individu Menarik yang ingin CN kongsi bersama pembaca dari buku ni. Antaranya adalah :

1. Kecantikan dan ketampanan sosial : Bakat dan kelebihan diri adalah cara pertama supaya menjadikan diri kita seorang yang menarik. Kita sepatutnya melihat keindahan di dalam diri kita dan mengilap kelebihan tersebut untuk menjadi individu yang menarik. Tak perlu menjadi orang lain untuk menjadi menarik, be yourself !

2. Berjenaka : Jenaka yang baik adalah fungsi tersendiri menjadikan kita individu yang menarik. Cuba lihat seseorang yang pandai berjenaka, pasti mempunyai ramai kawan kerana orang suka berdamping dengan mereka. Pandai berjenaka juga merupakan antara faktor CN boleh jatuh cinta dengan Encik Suami ! Hehehe

3. Puji di khalayak ramai : Mereka yang pandai memuji orang lain merupakan antara ciri-ciri orang yang suka didampingi. Tapi jangan lak macam sesetengah kaki bodek sampai semua nak dipuji. Biarlah pujian yang relevan dan cuba puji mereka dikhalayak ramai. CN selalu menggunakan teknik memuji pelajar dalam kelas, memang berkesan untuk menarik perhatian pelajar. 

4. Nasihat dengan bijaksana : Untuk menasihati seseorang, mulakan dengan pujian dan jangan pulak menegur dikhalayak ramai. Contoh kalau CN tak puas hati dengan prestasi seseorang pelajar, CN akan jumpa pelajar tersebut personally dan tanya apa masalahnya. InsyaAllah, pelajar akan bercerita dengan anda dari a sampai z tentang masalahnya. 

5. Jangan cerewet : Cuba beritahu CN, ada tak orang suka dengan mereka yang terlalu cerewet sampai semua tak kena? Cerewet boleh, tapi biar berpada-pada.

6. Ucap terima kasih : Jadilah menarik dengan budi bahasa. Tak rugi pun mengucapkan 'Terima Kasih ".

7. Kemahiran mendengar : 2 proses dalam mendengar iaitu mendengar secara fizikal gelombang suara orang lain dan memproses maklumat. Mudah kan? Orang lelaki tolonglah menjadi pendengar yang setia sebab orang pompuan ni suka bercerita. Mudah jer, cuba dengar dan bagi respon sikit2 jer..hehe

8. Selalu bersetuju : Setiap orang ada pendapat masing-masing. Mereka yang disukai ramai sentiasa mengawal diri mereka daripada berhujah dengan orang lain. Biasanya orang yang suka berhujah dan sentiasa rasa diri mereka betul akan dijauhi rakan-rakan. Betul tak?

9. Senyum : Orang yang mengukir senyuman manis adalah orang yang menarik dan mengetuk pintu hati orang lain. Senyumlah yer, dapat pahala lagi tu !

10. Penampilan diri : Cara berpakaian individu menarik -  kemas & menyenangkan. Tak perlu pakai liplap2 tu, cukuplah kemas dan bersih. Pakaian perlulah sesuai dengan sesuatu majlis kerana imej berpakaian yang tidak sesuai akan menjadikan kita hilang menarik. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.