Trip Kuala Langat ke Kuala Terengganu (FULL)

June 17, 2014

Trip ke Kuala Terengganu

menyandat sotong, Trip Kuala Terengganu,

Trip Kuala Langat ke Kuala Terengganu : Lagi2 kisah di Terengganu. First timer katakan.. Ok, trip 4 hari 3 malam ni merupakan hadiah birthday Encik Suami untuk CN. Yela, cuma 2 negeri jer yang CN tak pernah pegi iaitu Terengganu & Kelantan. Ikutkan plan, balik mmg nk singgah Kelantan untuk melengkapkan misi CN utk jelajah semua negeri di Malaysia, tapi ada masalah tertentu yang terpaksa menangguhkan misi CN. Its ok, lain kali yer Kelantan..next time i singgah sana..hehe

Ok, berbalik kepada Trip Kuala Langat ke Kuala Terengganu , perjalanan pegi yang mengambil masa lebih kurang 8 jam tidak begitu memenatkan sebab bukan CN yang drive ! Cuma agak sakit pinggang sebab memangku si Irfan bambam yang banyak kali tidur sebab kebosanan. Last2 masa dekat Paka baru dia buat perangai kejab ke belakang dan kejab ke depan. Suka hati kamulah..

Masa pegi cuma berkonvoi 2 kereta jer dengan bff Encik Suami sebab geng2 lain nk bergerak malam. Kami decide utk sampai awal semalam untuk berehat2 sebab Encik Suami nak mengumpul tenaga utk misi mencandat sotong. Mengikut Encik Suami, kalau gerak malam then akan sampai awal pagi, lepastu akan tidur smpai tengahari, lepastu mlm pulak nak mencandat sotong, memang akan lesu. Kalau sampai awal sehari, insyaAllah, ada rehat yang secukupnya utk mencandat sotong dan memang betul, masa mencandat sotong, Encik Suami antara penyumbang tertinggi hasil candatan sotong yang melibatkan 2 bot ! 

Terengganu memang negeri yang cantik dengan pantai yang bersih dan jernih. Aktiviti wajib pagi dan petang adalah mandi laut ! InsyaAllah, lain kali CN akan ke sini lagi. Takmo cerita panjang2..layan jela gambo yang pasti wajib ada dalam entry2 CN...

Trip Kuala Terengganu,
Penyokong setia German sebab mama yang 'paksa' memang seronok main air..muncung mulut asyik telan air laut jer..hehe

menyandat sotong
Tak habis di pantai, dalam bilik pun nak berendam gak ! Menjerit-jerit dia takmo keluar dari bilik air, last2 CN tutup lampu baru dia mengalah..hahahaha !

menyandat sotong
Sotong celup tepung yang sangat2 terbaik di sini ! Sila telefon untuk tempahan yer

menyandat sotong
Encik Suami bersama hasil candatan sotong dan ikan 'sesat'..

menyandat sotong
Tempat wajib pergi adalah Pasar Payang. Tapi bila ke sana, CN agak terkedu dengan keadaan yang kotor dan berbau. Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab Pasar Payang adalah tempat utama destinasi pelancong.. bagi pengunjung pertama kali seperti CN, bila tengok keadaan macam ni, kemungkinan utk ke sana lagi memang tidak...

menyandat sotong
Irfan bersama hasil borong bff Encik Suami. CN cuma grab sehelai batik cotton jer sebab mood hilang utk shoping disebabkan penat mengejar si bambam ni..harga pun lebih kurang macam dekat fb jer..baik shoping online ! hehe

menyandat sotong, Trip Kuala Terengganu,
Budak bambam kena kurung ! 

menyandat sotong,
Aktiviti bbq ! Siap ada camp fire..memang best dan meriah ! Tapi CN tak boleh lama2 join bbq sebab si kecik mengantuk nak tidur. Penat sangat berlari2 dekat Pasar Payang tulah, bila malam mengamuk ! huhu

menyandat sotong,
Sebelum balik, perlu membahagi hasil candatan sotong..gemuk2 kan? 

menyandat sotong, Trip Kuala Terengganu,
Singgah kejab di Perniagaan Keropok Keluarga Dani yang tidak jauh dari chalet. 

menyandat sotong, Trip Kuala Terengganu,
Encik Suami sibuk membeli keropok, Irfam bambam lak sibuk nak naik benda ni..layankan jela..

Antara kereta2 yang berkonvoi balik. Sebab banyak sangat kereta, balik tu perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam ! Asal tempat best jer mesti singgah..paling awesome masa singgah lunch dekat Pantai Rantau Abang, tandas awam dekat sana sangat bersih ! CN tak pernah lagi jumpa tandas awam dekat pantai yang bersih macam dekat Pantai Rantau Abang. Mujurlah masa masuk ke tandas tak bawak hp, kalau tak mesti CN dah snap gambo dan share dalam blog..hehehe

menyandat sotong, Trip Kuala Terengganu,

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

18 comments

  1. Satu2nye negeri dlm malaysia yg saya belum sampai ialah terengganu.. Bestnyaa cn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best ke sini, tak sabar pulak nk pegi ke kelantan untuk melengkapkan misi jelajah malaysia ;)

      Delete
  2. terigin jugak nak berkonvoi macam nih. best aje sbb ada kawan2 boleh sembang2..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best berkonvoi, hilang ngntuk dan penat sebab ada kawan2 leh borak2 ;)

      Delete
  3. kotor kan pasar payang? tanjat msa tgok tu....meriahnya hasil sotong tu besar2 plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, mmg terkejut masa tgk tempat tu, sayang kn?

      Delete
  4. besarnya sotong tu kan...seronok berkonvoi..

    ReplyDelete
  5. Wahhh..seronoknya berkonvoi..teringin jugak..mesti seronok.. :)

    ReplyDelete
  6. cikgu jimah!!! lama tak nyinggah sini.waduh2...mcm mana rasanya candat sotong tu.iman teringin beno la nk try. sotong nya besar2 plak 2.kalau buat masak kicap sedapnya

    ReplyDelete
  7. Saya ke pantai kuala abang ritu. Best sgt. Salam singgah http://irrayyanjourney.blogspot.com/2014/06/pantai-kuala-abang.html?m=1

    ReplyDelete
  8. KN pun macam teringin je nak candat sotong tapi masih tak berkesempatan. Takut tak tahan mabuk laut je... hehe

    ReplyDelete
  9. aduhhhh melelh sy tgk sotong2 tu

    ReplyDelete
  10. Wahh sotong fresh tu... best..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.