Salam Aidilfitri : Kosong-kosong yer..hehe
~ Salam Aidilfitri dari Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29072014 : Masih dalam mood raya. Tetapi CN tetap tidak lupakan blog tersayang. Ranking Alexa untuk 29072014 meningkat berbanding Ranking Alexa 29062014.
Alhamdulillah, walaupun CN sibuk dengan PT3 dan blogwalking ala kadar jer. Blog cekgunorazimah.com masih menerima bilangan pengunjung yang konsisten. Terima kasih kepada mereka yang tetap setia menyokong blog cekgunorazimah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy birthday Dek Yah yang ke 14 !
Dah beso adik bongsu CN ni..dah jadi anak dara pun... Dek Yah mmg hepi sambut birthday tahun ni sebab bersamaan dengan raya pertama ! Ok la, jimat belanja nak buat majlis, menu sambutan birthday sama dengan menu raya, 2 in 1 !
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog cekgunorazimah.com yang tersayang !
CN memohon beribu-ribu kemaafan jika ada TERSALAH, TERSILAP, TERSINGGUNG dengan kata-kata @ ayat-ayat CN sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Kosong-kosong yer ...
~ Salam Aidilfitri dari CN sekeluarga ~
Gambar Google
Tips hilangkan jeragat dan bintik hitam : Jeragat dan bintik hitam merupakan benda yang paling dibenci oleh wanita. Alhamdulillah, wajah CN masih lagi terhindar dari jeragat. Cuma bintik hitam susah nak hilang. Agak menyibuk bintik2 hitam di hidung CN. Jadi di sini CN ingin berkongsi dengan anda cara CN kurangkan bintik hitam di wajah secara semulajadi.
Cara-caranya :
Sediakan daun betik, beras dan kulit kayu manis. Rendamkan beras semalaman sehingga kembang. Setelah itu kisar atau tumbuk bersama daun betik serta kulit kayu manis. Jangan lupa tambahkan sedikit air. Sapukan pada kulit dan biarkan kering selama 30 minit. Ketika masih lembap, gosok seperti scrub dan barulah dicuci. Bilaskan dengan air suam. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar sumber Google
Khasiat bilberry untuk mata anda : Tahukah anda bahawa buah bilberry mampu memperbaiki penglihatan pada waktu malam? buah bilberry adalah kelompok yang sama dengan blueberry. Ada kajian menyatakan bahawa dengan mengambil kira-kira 25 hingga 50 mg ekstrak buah bilberry, kesannya akan kelihatan pada masa setengah jam ! Jadi untuk anda yang akan balik kampung pada waktu malam, cubalah mengambil ekstrak buah bilberry sebelum memulakan perjalanan. Lagi best kalau beli buah bilberry dan buat kudapan masa tengah drive, selain rasanya yang masam yang boleh menghilangkan mengantuk, ia juga bagus untuk penglihatan kita pada waktu malam, 2 in 1 !
Selamat pulang ke kampung halaman dan hati-hati semasa memandu ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN memang respect dekat SURIRUMAH sepenuh masa. Sangat besar jasamu wahai surirumah sepenuh masa. Kepada Encik Suami di luar sana, sila hargai jasa isteri anda....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jom berhari raya dengan Emas Sri Pinang
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
Malaysia menduduki tempat pertama di Asia untuk penguasaan Bahasa Inggeris.
Sumber : Laporan Education First
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips pilih mascara :
Salam Ramadhan, kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang tips memilih mascara. Walaupun CN ni jenis yang tak berapa bermakeup, tapi set make up CN boleh dikatakan ada semua. Kira kalau mood nak bermakeup datang, CN boleh pilih nak guna yang mana jer..
Ok, sebelum membeli mascara, pastikan ia sesuai dengan keperluan kita.
Ada 2 jenis mascara iaitu :
Menurut data yang di ambil dari US Social Security Administration (2013), rakyat America menamakan anak mereka sebagai Malaysia ! Malaysia merupakan nama yang glamer tau !
Orang Amerika ni memang dasyat, nama negara pun leh buat nama anak. Kita yang orang Islam ni pastikan nama anak ada maksud ye..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Nasi Arab Segera
Kunyit hidup : Sumber Google
Tips Bibir Merah Bak Delima : Bertuahnya badan jika mempunyai bibir merah bak delima secara semulajadi. Tapi bagi orang yang memiliki bibir tak berapa merah macam CN ni, pelbagai kaedah yang digunakan untuk memerahkan bibir. Paling mudah adalah menyapukan mentega pada bibir. Tapi kali ni CN nak berkongsi dengan anda cara lain untuk memerahkan bibir secara semulajadi tanpa menggunakan Lipstik Mary Kay ! Hehehe
Cara-caranya :
Tumbuk kunyit hidup sehingga hancur. Setelah itu, campurkan dengan pati santan dan gaulkan bersama. Ambil sedikit demi sedikit dan sapukan pada keseluruhan bibir. Petua ini sebaik-baiknya diamalkan 3 kali seminggu. Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2014 :
Tamat sudah tempoh masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan Kajian Kes untuk Geografi PT3 2014. CN mengucapkan semoga calon PT3 beroleh markah yang terbaik setelah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah jemu berkunjung ke blog CN untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan PT3 Geografi 2014. Kini tibalah masa untuk CN dan rakan-rakan guru Geografi seluruh Malaysia untuk mentaksir hasil kajian kes calon PT3 Geografi 2014. Doakan kami guru-guru Geografi sentiasa bersemangat untuk menanda folio-folio ini dalam mood nak raya ni..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sokong produk Brahim's.
Cukup bertahan lebih 20 tahun dipasaran.
Cukup bertahan lebih 20 tahun dipasaran.
Tahniah Dewina Food
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
Takwim Peperiksaan 2014 : Di sini CN berkongsi dengan anda Takwim Peperiksaan 2014 dari lamanweb Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk rujukan bersama. CN tengah merangka cuti hujung tahun sebab macam confirm jer tahun ni pun kena jadi Pengawas SPM lagi..huhu
PEPERIKSAAN | TARIKH | |
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU)
| Bertulis |
9 - 12 Jun 2014
(Isnin - Khamis)
|
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
| Bertulis |
9 - 11 September 2014
(Selasa - Khamis)
|
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
| Ujian Bertulis |
12 - 17 Oktober 2014
|
Ujian Lisan | 6 - 29 Ogos 2014 | |
Ujian Pelbagai Instrumen |
1 - 18 Julai 2014
| |
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
| Lisan |
7-11 Julai 2014
(Isnin - Jumaat)
14-18 Julai 2014
(Isnin - Jumaat)
|
Bertulis |
13-15 Oktober 2014
(Isnin - Rabu)
20-21 Oktober 2014
(Isnin - Selasa)
| |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
| Bertulis |
3 November - 2 Disember 2014
|
*Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa minat cerita Kuch Kuch Hota Hai sila angkat tangan ! Yeah ! Kita geng ! CN memang suka sangat cerita ni, tengok banyak kali pun tak kisah, lagi2 part lagu2 nya yang memang happening....
Tapi pernah tak korang terfikir bagaimanakah rupa Anjeli iaitu anak kepada Rahul (Shah Rukh Khan) yang comey tu bila dah besar? Cerita tu hits masa CN form 1, sah2 Anjeli tu dah jadi anak dara kan? Jadi, CN ingin berkongsi dengan korang wajah Anjeli bila dewasa. Cantik kan?
Yeah, akhirnya pasukan kesayangan CN,
German menang FIFA World Cup 2014 !
Sori Messi, walaupun awak hensem, CN tetap sokong German ! Hehehehe
~ Entry penyokong setia German dari Cikgu Norazimah ~
PT3 2014 memang bikin hidup warga pendidik, pelajar2 serta ibubapa berserabut. Tapi alhamdulillah, walaupun finalis pada bulan April 2014, warga pendidik serta pelajar2 memang cepat adapt dengan sistem terbaru ni. Bak kata CN kepada pelajar2, "Relax la, bukan korang jer calon PT3, beribu-ribu lagi calon PT3 seluruh Malaysia, just follow arahan LPM(Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan buat apa yang LPM nak, lagi 1, dengar arahan cikgu & buat apa yang cikgu suruh buat ! InsyaAllah, korang akan score A dalam PT3 !"
Program Masih Ada Yang Sayang : Chewah ! Suka hati jer CN bagi nama! Sebenarnya ni program bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dan anak yatim sempena Ramadhan Al-Mubarak anjuran JKKKP Kampung Jenjarom, NGO serta orang perseorangan. Alhamdulillah, program bantuan ini merupakan program tahunan JKKKP Kampung Jenjarom. Sebelum ini, arwah mak mertua antara yang paling sibuk pada bulan puasa dengan pelbagai program anjuran WANITA UMNO. CN tak dapat ikut program2 tu sebab duduk kat KL, tapi alhamdulillah, tahun ni dapat tukar sekolah, berpeluang ler CN join program2 yang pelbagai dalam Kampung Jenjarom.
Sokong santan sawit jenama Khalis. Milik bumiputera Islam.
Rujuk : http:// www.khalissantan.com
JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN
~ Segmen JOM SOKONG PRODUK TEMPATAN dari Cikgu Norazimah ~
[ Sumber : SINI ]
You need to wrap your precious child so that he doesn't roll around and fall
You haven't eaten all day, yet you need to put your baby to sleep. You might as well kill two birds with one stone.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jawatan Kosong dari SPA ! Sila layari lamanweb www.spa.gov.my.
Tarikh tutup adalah pada 18 Julai 2014.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Klik banner untuk terjah
2014 FIFA World Cup : football.says.com merupakan lamanweb yang khusus untuk peminat bola yang tak sanggup berjaga pagi tapi masih mampu untuk mengetahui perkembangan pasukan kesayangan masing-masing macam CN ! Hehehe.. sekarang korang tahulah rahsia CN macam mana boleh tahu perkembangan pasukan German kesayangan CN walaupun tak berjaga pagi ..kan2?
7 - 1
Hai, ceria jer pagi ni bila German dapat pegi final ! Go Go German !
~ Entry penyokong setia German dari Cikgu Norazimah ~
2014 FIFA World Cup : Germany vs Brazil
Wah ! Kejab jer dah separuh akhir..tak sabar tunggu result ! Go go German !
~ Entry penyokong setia German dari Cikgu Norazimah ~
Klik banner untuk DOWNLOAD
Soalan Percubaan UPSR : Kepada pembaca blog CN yang mempunyai anak/adik/anak sedara/anak kawan dan sebagainya boleh lah DOWNLOAD Soalan Percubaan UPSR di SINI.
Kenapa Soalan Percubaan UPSR penting? Ini sebagai persediaan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Apabila pelajar terbiasa dengan format soalan UPSR sebenar, InsyaAllah mereka akan mudah untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Semoga dapat membantu & Selamat Menghadapi UPSR untuk calon2 2014 !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Sambal Setan
Nama sambal setan diberi kerana rasanya yang sangat2 pedas. Sambal ini menggunakan cili padi dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas atau pun lempeng ! Kalau rasa tak berselara semasa makan sahur, cubalah resepi sambal setan. CN percaya ketika makan sahur pun akan bertambah-tambah nasi kerana kesedapan sambal setan ni ! Baiklah..meh CN share dengan anda pembaca tersayang Resepi Sambal Setan version CN.
Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni, CN menang Lipstik Mary Kay ! Giveaway anjuran blogger Alyani dari Sabah ni telah berakhir bulan lepas. Untuk pertama kalinya CN memang Hadiah Utama iaitu Lipstik Mary Kay beserta hadiah sampingan yang lain iaitu sample liquid foundation, mineral cheek color, mineral eye color & keychain Sabah. Serius Lipstik Mary Kay ni memang sangat cantik kalernya ! Boleh la CN melaram di hari raya dengan lipstik baru ! Hehehehe
Kepada pembaca tersayang, meh la kita terjah blog Alyani yang baik hati ni. Kot2 la lepas ni akan ada lagi giveaway barangan Mary Kay, boleh la join ramai2 yer..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam ceria..
Tiba-tiba teringat lak lagu-lagu lama, layan kan je..
Tiba-tiba teringat lak lagu-lagu lama, layan kan je..
Bagaimana proses nebulizer?
Jom sertai 8share : Cuma klik banner di atas dan berdaftar la sebagai ahli 8share Malaysia !
CN tak sabar nak cash out lagi, boleh beli baju raya ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
PT3 Geografi 2014 : Susunan Laporan
Tibalah masa untuk proses akhir iaitu susunan laporan. 3 markah bonus akan diberi jika anda menyusun laporan dengan betul serta laporan anda menggunakan tatabahasa yang tepat.
Susunan Laporan
1. Borang Pentaksiran Individu
2. Borang Akuan Pengesahan
3. Jadual Kerja
4. Objektif & Kaedah kajian
5. Laporan Akhir merangkumi :
Konsep
Faktor/Punca
Kesan
Langkah/Cadangan mengatasi
Bahan Grafik
6. Bahan Lampiran : Borang soal selidik
7. Senarai Rujukan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 TIPS Jaga Kesihatan OTAK : Macam mana puasa hari ni? Hokay? Tak leh type panjang2 sebab banyak keje nak dikejarkan. Cuma berkongsi tentang tips penjagaan otak sebab kita sekarang ni senang benor mengalami penyakit LUPA. Sebab LUPA la banyak keje yang yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat sebab due hampir tiba. Tapi perlu diingat, LUPA bukan penyakit orang tua, LUPA melanda setiap orang walaupun kanak2 ! Meh belajar sama2 cara menjaga OTAK kita yang sangat penting tu..
PT3 Geografi 2014 : Bahan Grafik
Bahan grafik merupakan bahagian yang paling mudah untuk mendapatkan markah penuh iaitu 10 markah. Pelajar hanya perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu bahan grafik yang mempunyai tajuk, idea utama dan maklumat. Perlu diingat, bahan grafik mestilah dimasukkan di dalam bahagian proses akhir iaitu di antara konsep, faktor, kesan dan langkah mengatasi. Berikut merupakan cadangan untuk bahan grafik sebagai panduan kepada pelajar.