Resepi Sambal Setan

July 08, 2014

Resepi Sambal Setan

Resepi Sambal Setan

Fenomena sambal setan menjadi hits di Pusat Sumber SMKTPG. Ini semua gara-gara sambal setan Cikgu Mahani yang hots dan menjadi glamer untuk resepi berbuka puasa. Apa itu sambal setan? Kenapa diberi nama sambal setan?

Nama sambal setan diberi kerana rasanya yang sangat2 pedas. Sambal ini menggunakan cili padi dan sangat sedap dimakan bersama nasi panas atau pun lempeng ! Kalau rasa tak berselara semasa makan sahur, cubalah resepi sambal setan. CN percaya ketika makan sahur pun akan bertambah-tambah nasi kerana kesedapan sambal setan ni ! Baiklah..meh CN share dengan anda pembaca tersayang Resepi Sambal Setan version CN.

Resepi Sambal Setan

Segenggam cili padi (dalam 20 batang, nak lebih pun boleh)
100g ikan bilis
Bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Blender cili padi, separuh dari ikan bilis dan bawang. Tapi takmo hancur sangat sebab kalau hancur tak sedap. Kalau anda rajin macam CN, tumbuk dengan lesung batu.
Goreng ikan bilis yang lebih tadi sampai garing dan asingkan.
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bahan blender tadi sehingga garing dan air kering. Kalau anda suka yang berkuah sikit macam CN, boleh tambah air sikit.
Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa serta ikan bilis goreng tadi. 
Tadaa..dah siap sambal setan version CN !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

17 comments

  1. aduhaii kecur dah wak nihh., uuHUuu

    ReplyDelete
  2. dua kali saya baca...betul ke sambal setan ni???? ;-)

    ReplyDelete
  3. salam
    oo isteri saya baru buat makan sahur pagi tadi...sedap makan ngan nasi panas

    ReplyDelete
  4. dengar nama jer dah takot..

    ReplyDelete
  5. Hadoi....takot nak makan pedas2....tp tgk mengiurkan

    ReplyDelete
  6. pasti berasap ni CN..kena sebut betul2 sebutannya tu...hehe

    ReplyDelete
  7. alamak, bagila nama lain, cam sambal gial pedas ke,sambal terlajak pedas ke...?

    ReplyDelete
  8. haaa..peberet ecah ni..dah terliur dah ni..ecah pon slalu masak cenggini..gaul ngan nasi panas2..aummm..

    ReplyDelete
  9. mesti pedas menyengat ni CN..

    ReplyDelete
  10. memang best sambal setan nie..hahaha...kalau pekena dengan nasi panas pun dah sedap dah...pedas tolak tepi

    ReplyDelete
  11. huih! tak rsa pon dah tau tahap ke'setanannya ;p

    ReplyDelete
  12. Pedas mcm setanlah ni eh huhu.. lain mcm je bunyinya.. :D

    ReplyDelete
  13. wah sedappp...leh try...nama.sambal nih menakutkan..setan..adehh

    ReplyDelete
  14. Macam best jer.. kalu tambah tempoyak dan petai lagi best rasanya...

    ReplyDelete
  15. SAMBAL SETAN? HAHAHA. sambal tempoyak cili api eh CN?

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.