Tips pilih mascara

July 22, 2014


Tips pilih mascara : 

Salam Ramadhan, kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang tips memilih mascara. Walaupun CN ni jenis yang tak berapa bermakeup, tapi set make up CN boleh dikatakan ada semua. Kira kalau mood nak bermakeup datang, CN boleh pilih nak guna yang mana jer..

Ok, sebelum membeli mascara, pastikan ia sesuai dengan keperluan kita. 
Ada 2 jenis mascara iaitu :

1. Strong separate mascara : Digunakan untuk melentikkan bulu mata. Berusnya berbentuk kecil dan rapat sehingga kawasan sudut mata dapat dicapai dengan mascara jenis ini.

2. Curl long mascara : Digunakan untuk memanjangkan bulu mata. Berusnya elastik dan mampu membuatkan bulu mata melentik dan kelihatan panjang. (Ni pilihan CN)

Antara tips memilih mascara ialah :

1. Pilih mascara yang sesuai dengan aktiviti anda : Jika anda seorang yang aktif, mascara jenis waterproof amat sesuai. Tetapi jika anda hanya memakai makeup harian, pilihlah mascara yang boleh larut air kerana mudah untuk dibersihkann.

2. Pilih mascara yang sesuai dengan warna kulit dan rambut : Jika warna kulit dan rambut anda gelap, pilih mascara berwarna hitam atau coklat. 

3. Pilih mascara yang mengandungi vitamin : Selain untuk kelihatan cantik, mascara tersebut juga boleh berfungsi untuk merawat bulu mata. Sebelum membeli, teliti dahulu kandungan vitamin dan mineral yang terkandung di dalam mascara tersebut. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Tak pernah beli maskara he hehe..

    ReplyDelete
  2. salam
    bagus tips ni utk beli bagi kat wife :)
    TQ CN

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnyer la hubby belikan barang make up ;)

      Delete
  3. miza paling suka mascara ^_^
    mata nampak lawa je..hehee

    ReplyDelete
  4. Nice tips.. Tak pnh pakai maskara..

    ReplyDelete
  5. Klu saya yg pakai, lain jadinya hahaa... :D

    ReplyDelete
  6. Kiera suka pakai maskara. Tips yang berguna ni. TQ :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.