Kereta GURU TERbakar bukan DIbakar

August 21, 2014

Kereta GURU TERbakar bukan DIbakar



Agak ngeri menyaksikan kereta waja milik seorang rakan guru terbakar di di tepi padang sekolah. Kebetulan masa kejadian CN baru habis kelas. Memang kecoh sekolah dgn announcement mengarahkan cikgu yg mempunyai kereta berdekatan supaya mengalihkan kereta. Mujur ketika kereta tersebut terbakar, mangsa yang merupakan seorang cikgu tiada dalam kereta. Memang rentung kereta tu. Ngeri tengok. Sebab terbakar adalah masalah teknikal pada kereta tersebut, kemungkinan short circuit. Yang pasti kereta tersebut adalah TERbakar dan bukan DIbakar. Encik Suami kemain nyibuk pagi2 dah msg tanya kereta ckgu terbakar or dibakar, kemain cepat reporter menyampaikan berita kan? 

CN cuma terkilan dengan beberapa individu yang sengaja menyebarkan berita bahawa kereta cikgu tersebut DIbakar. Alahai..kalau tak tahu cerita, tak payah la menyebarkan berita yang tak sahih. Confirm kan dulu. Tak pasal2 satu Malaysia dapat berita tak betul yang kereta cikgu SMKTPG dibakar oleh pelajar. Tak patutla macam tu. Walaupun CN masih baru di sekolah ni, CN percaya pelajar SMKTPG takkan buat benda macam tu. Nakal2 budak ni cuma nakal2 budak kampung jer. Budak2 ni tak sehardcore sampai sanggup bakar kereta cikgu. 

Selaku seorang guru SMKTPG merangkap Blogger Malaysia, CN ingin menerangkan kembali bahawa Kereta Waja Milik salah seorang Cikgu SMKTPG tersebut adalah TERBAKAR dan bukan DIBAKAR. Ini bukan untuk cover sekolah, ini adalah FAKTA ! Kepada individu terbabit yang telah menyebarkan berita yang tidak betul, sila mohon maaf kepada pihak sekolah kerana anda telah memburukkan nama sekolah kami. Ingatlah, berdosa besar jika anda menyebarkan fitnah!. Wassalam...

Antara berita yang tidak betul. Sakit hati pulak baca komen2 dekat facebook yang menyatakan pihak sekolah nak cover cerita..alahai...

Semasa kejadian, gambar di ambil dari Pusat Sumber Sekolah

Lagi gambar semasa kejadian.

Kereta Waja yang telah rentung. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

13 comments

  1. diorang nie suka lah menyampaikan cerita yang tak sahih lagi...lebih dari kerja reporter pulak...

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum CN
    teperanjat juga semalam bila terima wasap macam tuh, tapi sangkaan pertama saya sememangnya wiring problem pada kereta berkenaan

    ReplyDelete
  3. selamat pagi CN, kejadian ni berlaku di sekolah CN lah rupanya, itulah sekarang ni jari2 yang menaip suka sangat menyampaikan sesuatu yang tidak sahih,mudahnya tersebar fitnah...moga dijauhkan dari segala yang buruk..

    ReplyDelete
  4. haa..ni dah ada penjelasan dari cikgu sekolah situ ok lah ;)

    kat kelang kan?

    ReplyDelete
  5. pastikan dulu baru bercerita kann???

    ReplyDelete
  6. tak elok la org yg menyebar fitnah tu...nk lariskan cerite je.

    ReplyDelete
  7. syukur x de sape yang cedera....

    ReplyDelete
  8. Alahain... Cepat betul berita tak betul tu tersebar... Ye lah kn.. Kita knl ank didik kita cmne kn..

    ReplyDelete
  9. suka sangat orang kita ni sebar benda yang tak betulll.. ish ish. nasib baik tiada yang cedera

    ReplyDelete
  10. Sedap2 dia jr wat cerita tanpa usul periksa...

    Syukur tiada myawa terkorban

    ReplyDelete
  11. oh , nie la yg hg ckp ary tu ?
    sympathy for the teacher :'(

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.