PERTUKARAN GURU : Surat Rayuan

September 20, 2014

PERTUKARAN GURU : Surat Rayuan



Dalam entry SINI, CN telah berkongsi dengan anda Surat Sokongan Pengetua. Kali ini, CN berkongsi dengan anda pula Surat Rayuan yang merupakan dokumen sokongan semasa rayuan pertukaran guru selepas keputusan keluar jika anda gagal. Dokumen yang perlu ada dalam rayuan anda adalah :

1. Salinan borang permohonan pertukaran online 
 : Sertakan sekali surat izin suami, sijil nikah, geran rumah (jika ada) sebagai bukti anda ada rumah di tempat dipohon, salinan laporan polis jika ancaman keselamatan macam CN
2. Surat rayuan pertukaran beralamat KPM di Putrajaya
3. Surat sokongan Pengetua kepada KPM di Putrajaya

Ini adalah perkongsian CN setelah 7 kali memohon. Dan permohonan ke-7, CN telah berjaya. Alhamdulillah. 

SURAT RAYUAN

(letterhead sekolah)
                                                                       

Rujukan Kami             :
Rujukan Tuan              :
Tarikh                          :

Tn. Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA                                                                                                               

Melalui,
Pengetua
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH

Tuan,

RAYUAN PERPINDAHAN BAGI nama anda (no. kp), PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas.

2.         Untuk makluman pihak tuan, saya merupakan guru yang telah bertugas di sekolah ini         sejak 28 Disember 2009 dan telah momohon pertukaran sebanyak 6 kali. Berikut          dinyatakan beberapa sebab saya memohon berpindah :

2.         Untuk pengetahuan pihak tuan, permohonan pertukaran saya adalah kerana :

2.1              Saya ingin mengikut suami yang menetap di daerah xxxx, Selangor.

            Berikut ialah butir-butir peribadi suami :
                        Nama Suami                : 
            No.K/P                        : 
            Alamat Rumah            : 

( Alasan anda)
2.2          Ancaman keselamatan kerana rumah yang didiami saya beralamat xxxxxxx telah sering kali di pecah masuk. Saya telah mengalami kerugian harta benda mencecah lebih dari RMxxxx. Selain itu, saya khuatir perkara yang sama akan berulang kerana kawasan tersebut memang sering menjadi sasaran pencuri seperti yang dikata oleh pihak polis dan sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan.~

2.3              Mempunyai anak yang masih menyusu badan (10 bulan) dan saya sering mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan tekanan emosi kerana terpaksa berulang-alik dari xxxx ke xxxx.

2.4              Telah berkhidmat hampir 4 tahun di (daerah sekolah sekarang).  

4.         Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk perhatian dan tindakan   pihak tuan selanjutnya.

            4.1       Borang Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas (No. Permohonan Wxxxxxxx)
            4.2       Surat Sokongan Pengetua

6.         Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan pertukaran saya ini.          Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

_______________________________
(nama anda)
No. kp

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Salam singgah,

    Baca entri ni teringat pulak kat seorang rakan blogger yang tak lepas-lepas lagi nak pindah ikut suaminya. Kesian pulak rasanya ...

    ReplyDelete
  2. eh, header CN da tukaq vector..hehe..

    ReplyDelete
  3. semoga ada kebaikkan kepada yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  4. bagus, mungkin ada guru yang mencari surat pertukaran contoh ini

    ReplyDelete
  5. Semoga memudahkan kpd yg memerlukan...

    ReplyDelete
  6. bagus.. free template haaa cikgu cikgi mai copy paste sajaa

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.