PERTUKARAN GURU : Surat Sokongan Pengetua

September 17, 2014

PERTUKARAN GURU : Surat Sokongan Pengetua



Dalam entry SINI, CN telah berkongsi dengan anda Surat Izin Suami yang merupakan antara dokumen wajib dalam permohonan pertukaran guru. Kali ini, CN berkongsi dengan anda pula surat sokongan pengetua yang merupakan dokumen sokongan semasa rayuan pertukaran guru selepas keputusan keluar jika anda gagal. Dokumen yang perlu ada dalam rayuan anda adalah :

1. Salinan borang permohonan pertukaran online 
 : Sertakan sekali surat izin suami, sijil nikah, geran rumah (jika ada) sebagai bukti anda ada rumah di tempat dipohon, salinan laporan polis jika ancaman keselamatan macam CN
2. Surat rayuan pertukaran beralamat KPM di Putrajaya
3. Surat sokongan Pengetua kepada KPM di Putrajaya
Ini adalah perkongsian CN setelah 7 kali memohon. Dan permohonan ke-7, CN telah berjaya. Alhamdulillah. 

SURAT SOKONGAN PENGETUA



( Letterhead sekolah )


Rujukan Kami : 
Rujukan Tuan  :
Tarikh              : 

Tn. Pengarah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA                                                                                                   


Tuan,

SOKONGAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH ANTARA NEGERI BAGI nama anda (no. kp)

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas .

2.         Untuk makluman tuan, pihak sekolah menyokong permohonan pindah pegawai tersebut    berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di bawah :

            2.1       Pegawai mengikut suami yang menetap di xxxxx, Selangor.
            Nama Suami               : 
            No.K/P                        : 
            Alamat Rumah            : 
            2.2       Alasan anda

3.         Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara tersebut amat kami harapkan dan          didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NAMA PENGETUA DAN COP RASMI)





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

12 comments

  1. huuurm.. bukan CN kan yang nak pindah..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN dh dpt tukar pun,saja share dgn rakan2 guru lain ;)

      Delete
  2. Wah, bagusnyaa blog ni. Sesuai untuk bakal cikgu :)

    ReplyDelete
  3. sebelum dpt TT pengetua / GB mestia ada sesi soal jwb kan? ;-)

    ReplyDelete
  4. THANK YOU VERY MUCH CIKGU NOR~<3

    ReplyDelete
  5. tq,,post CN sangat bagus.kebetulan saya mmg tgh mencuba nasib eg tukar..post ini sangat sangat membantu saya.terima kasih atas perkongsian CN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga membantu dan all the best untuk permohonan kali ini ;)

      Delete
  6. thank you sharing..all the best semua, semoga yang memohon dpt pindah..doakan sy dan juga yg ain

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    saya minta kebenaran untuk pakai artikel surat

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.