5 Teknik Pengajaran Paling Menarik

October 14, 2014

5 Teknik Pengajaran Paling Menarik

Salam mesra..

Pejam celik hampir 5 tahun CN bergelar seorang CIKGU. Dalam tempoh 5 tahun ni, banyak yang CN belajar. Perbezaan budaya kerja antara 2 sekolah yang CN mengajar iaitu SMK St. Mary dulu dan kini SMK Telok Panglima Garang telah memberi banyak pengalaman kepada CN untuk takle pelajar. CN cuma ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 5 Teknik Pengajaran Paling Menarik yang boleh sahaja berlaku di mana-mana. Bukan berfokus kepada sekolah kerana pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana-mana. CN bukan lah seorang guru cemerlang apatah lagi guru yang hebat dengan APC tiap-tiap tahun. CN cuma seorang guru biasa yang suka berkongsi pengalaman dengan pembaca blog cekgunorazimah.com

5 Teknik Pengajaran Paling Menarik

1. Teknik kecindan

: Kecindan bermaksud jenaka, lawak dan kelakar. Mengapa seorang guru perlu mengamalkan kecindan dalam kelas? Sebab hidup tanpa jenaka amat membosankan. Anda bayangkan belajar Sejarah tanpa jenaka dari seorang guru, tentu kelas akan bosan dan suram kan? Matematik pun sama, bukan semua pelajar sukakan Matematik. Tetapi, jika seorang guru menggunakan teknik kecindan ketika menghafal formula, CN percaya pelajar akan lagi mudah mengingat formula tersebut. Perkara yang sama CN amalkan ketika menghafal dalam Geografi, pelbagai formula kelakar tetapi mudah diingat dan Alhamdulillah, pelajar memang sukakan cikgu yang kelakar dan 'mesra alam'. 

2. Teknik bercerita

: Teknik yang paling sesuai untuk mengajar matapelajaran Geografi dan Sejarah. Ingat yer, bercerita bukannya membebel ! Pelajar paling tak suka cikgu yang suka membebel. Sambil mengajar Geografi, CN akan bercerita dengan pelajar tentang isu semasa berkaitan dengan topik yang diajar. Dalam kes ni, cikgu perlu banyak membaca dan sentiasa tahu isu semasa.
Untung jadi blogger sebab sentiasa update dengan isu semasa dari rakan-rakan blogger tersayang..hehehe

3. Teknik soal-jawab

: Teknik ini mesti digunakan ketika proses pengajaran tengah berjalan di mana salah satu cara interaksi antara guru dan murid. Guru perlu menyoal pelajar untuk mengetahui sejauh mana pelajar memahami topik yang di ajar. Selain itu, teknik ini juga adalah teknik terbaik untuk mengelakkan pelajar tidur di dalam kelas ! Heheheh

4. Teknik sumbangsaran

: Satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Dikenali juga sebagai percambahan fikiran dimana pelajar diminta untuk menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Teknik ini boleh digunakan untuk penyelesaian soalan Band 5 dan Band 6 dalam PBS

5. Teknik tunjuk cara

: Teknik paling sesuai untuk mengajar Matematik dimana guru menunjukkan cara pengiraan kepada pelajar. Selepas guru menunjukkan cara, pelajar pula cuba untuk buat latihan dengan cara yang sama tetapi soalan yang berbeza. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. hu3.. teringat zaman KPLI, dok belajar segala teknik2 pengajaran pedagogi nih.. tapi bila dah masuk sekolah, pengalaman adalah guru terbaik.. ye dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,pengalaman lg berharga,teori tu on paper jer ;)

      Delete
  2. Cg azimah n cg hailmi..dua org ni mmg hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu hailmi mmg hebat, tapi cikgu norazimah ni cikgu junior..byk lagi kena belajar ;)

      Delete
  3. kdg2 guna gak...tetapi biasanya tgok kpd mood pelajar n guru pd hari tu..janji objektif pembelajaran tercapai..

    ReplyDelete
  4. teknik kecindan tu 1st time dgr
    ooo teknik lawak jenaka
    mmg pun teknik ni sgt2 penting..tuk murid2 x rasa boring dan menambah minat pada sesuatu subjek

    ReplyDelete
  5. Pernah guna semua cara nih.. Plaing diorg suka teknik bercerita.. Adehh... X larat nk cite..

    ReplyDelete
  6. tak ada cara yg tepat, bergantung pada keperluan pembelajaran...cikgu skrg harus kreatif kan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.