7 Tips Penjagaan Kulit Wajah

November 10, 2014

7 Tips Penjagaan Kulit Wajah
~ Wajah kami berseri tanpa make up ~

7 Tips Penjagaan Kulit Wajah : Mempunyai kulit wajah yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Amat bertuah untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang cantik sejak kecil. Alhamdulillah, CN mewarisi gen ibu&ayah yang tidak mempunyai masalah kulit yang kritikal. Apa yang perlu dilakukan adalah maintan penjagaan kulit wajah sebab jika tidak dijaga, pelbagai masalah lain akan timbul. Berikut merupakan 7 Tips Penjagaan Kulit Wajah khas buat pembaca blog CN tersayang. 

1. Cuci muka dengan pembersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari
: Setiap orang mempunyai jenama pembersih muka yang sesuai dengan kulit masing2. Macam CN, dari zaman anak dara sampai beranak pinak (macam ramai je anak) setia ke hujung dunia dengan Loreal White Perfect Milky Foam

2. Buang segala jenis make up sebelum tidur
: Make up ni ada banyak bahan kimia, sebab tu kena buang sebelum tidur untuk merehatkan kulit muka u all tu ..

3. Pastikan bangun tidur jer sebelum gosok gigi terus minum air kosong
: Macam entry CN dekat SINI berkenaan kepentingan minum air kosong ni. Nak kulit yang cantik memang kena minum air masak untuk memastikan kulit tidak kering.

4. Bila korang bangun tidur tu, mesti duduk dulu kan? Sambil duduk tu, gosok muka sambil berselawat. 
: Ni CN amalkan dari zaman sekolah sebab pernah baca majalah Mangga, Mama Juwie bagi tips ni..hehe

5. Biasa bagi pompuan, setiap bulan mesti ada bff akan datang kan? Masa tu kan mesti Mr. Jerawat pun datang singgah gak kan? Ingat yer..JANGAN picit jerawat !!
: Apa yang CN wat, sabor je tunggu jerawat tu hilang sndiri. Kalau degil gak, guna je krim Oxy..memang hokayy!

6. Sekurang-kurangnya sebulan sekali manja kan kulit muka dengan mask
: Favourite mask CN adalah Garnier Light peel-off mask..dengan bau lemon, memang heaven.. kalu nak jimat, boleh guna putih telur, just sapu jer putih telur kat muka, tunggu sampai 15 minit, lepastu cuci dengan pencuci muka sebab putih telur ni hanyir sikit, hasilnya..kulit muka anda akan terasa lebih tegang, licin dan berseri..

7. Amik supplement untuk penjagaan kulit dari dalam
: Ada banyak jenama tentang supplement untuk mencantikkan kulit wajah. Macam CN, sejak minum ESP ni, alhamdulilah, Mr. Jerawat dah tak datang melawat. Kulit pun makin cerah berbanding anak dara dulu.

===========================================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

===========================================================================================

CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak berapa rajin la nak bermask..tapi kalau terlebih rajin, tiap2 malam pulak pakai...amalan minum air suam sebelum gosok gigi tu amalan Rasulullah...bagus untuk awet muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput join...tak payah buat entri pun

      http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.