Selamat Tahun Baru 2015 dari kami Guru Malaysia !
Tahun ke-6 CN sebagai seorang GURU. Tahun baru, cabaran baru, azam baru ! Semoga CN serta rakan2 Guru Malaysia semakin cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendidik anak bangsa.
p/s : Gambar kenangan semasa menjadi Pengawas SPM 2014 bersama rakan2 Guru Malaysia yang BEST !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak cerita tentang bujang CN sorang ni. Hah ! CN ada rahsia tau, Irfan ni atau lebih glamer dengan #IrfanHensem takut katak ! Serius, kalau cakap ada katak dekat kaki dia, kelam kabut dia lari!
Sebenarnya Irfan ni mula kenal katak masa di rumah opahnya. Alkisah 1 hari, ada katak beso gedabak dekat pintu bilik mandi rumah opah. Si kecik ni tengok jela dari jauh, tak tahu benda apa kan. Tiba-tiba ! Si katak beso gedabak ni melompat dengan tinggi dihadapan Irfan ! Apa lagi, menangis la budak tu terkejut dengan reaksi si katak beso gedabak tu yang tiba-tiba.
Mungkin kerana terkejut yang amat bila tengok katak beso gedabak melompat di hadapannya, sejak hari itu, Irfan memang takutkan katak. Kalau tengok katak dari jauh, dia akan diam dan jalan ke belakang mengelak dari katak tersebut.
Itulah asalnya bagaimana Irfan boleh kenal katak dan takut dengan katak. Sampai sekarang, kalau dia takmo dengar cakap CN, best gak kenakan dia cakap ada katak, terus peluk CN tau minta didukung ! Hehehe...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29122014
Ranking Alexa untuk 29122014 menurun dengan teruk berbanding Ranking Alexa untuk 29112014. Nak share pun malu, tapi ini adalah cabaran untuk CN lebih konsisten dalam berblogging. Almaklumlah, cuti lama ni duk dekat umah mak, line tenet lak slow. Itulah suam2 kuku jer berblogging dan berblogwalking. Walau bagaimanapun, terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi singgah ke blog CN. Sayang sangat dengan komen2 membina dari rakan2 blogger yang sporting. Tanpa anda pembaca tersayang, siapalah CN.
Terima kasih kepada pembaca setia yang tidak jemu terus menyokong blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
"Bahagianya perhubungan bukanlah kerana sempurnanya percintaan.
Tetapi kerana kita tetap dalam susah & senang ! "
InsyaAllah, tetap bersama menyokong Encik Suami ketika susah dan senang..
Kita manusia sering diuji dengan pelbagai ujian dalam perhubungan. Apa yang penting, redha dan berusaha untuk mengharungi dugaan tersebut..
p/s : Mood stress tapi cuba positive..InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Revolusi Cikgu Norazimah
Alhamdulillah ! Dalam tak sedar, dah 5 tahun CN dalam Dunia Pendidikan di Malaysia. Harini 28/12/2014, genaplah 5 tahun CN bergelar seorang pendidik. CN mula posting pada 28/12/2009. Agak lambat untuk posting berbanding rakan2 coursemate kerana masalah tertentu. Walau bagaimanapun, CN bangga & seronok menjadi seorang guru.
Dalam tempoh 5 tahun berkhidmat ni, CN wajib menjadi guru kelas. Jom berthrowback bersama CN dengan gambar kenangan CN bersama ex-students sebagai guru kelas merangkap mama dorang !
2010 : 2A di SMK St Mary
# Bebudak ni dah habis sekolah pun, kebanyakan mereka sambung belajar di IPTA/IPTS.
Like mother like son ! Begitulah perumpamaan antara CN dan Irfan. Persamaan antara kami adalah suka berselfie ! Habis kamera CN penuh dengan gambo selfie Irfan. Bila dah amik gambo, siap cakap "Yes!" lagi tau ! Lepas tu sibuk tunjuk dekat CN gambo selfie dia..alahai anak.
Kalau hujung minggu, aktiviti wajib adalah bawak si kecik amik angin laut di Pantai Morib. Memang meriah hujung minggu di Pantai Morib. Sebenarnya tak ada idea nak buat entry, saja nak tunjuk gambo Irfan bersama Ucu di Pantai Morib jer..hehe
Tahun depan ucu Irfan nak amik PT3, doakan dia berjaya yer.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah ni, memang sentiasa berfikir aktiviti apa yang boleh dibuat. Bila cuti, perut pulak asyik lapar jer. Jadi CN bersama adik tersayang Cik Zaty & Dek Yah bertungkus lumus menyediakan Kek Coklat Karamel yang sedap serta gebus ! Yang penting penyediaan sangat mudah !
Kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa, jom la masak Kek Coklat Karamel sedap ni ye. Meh CN share resepi.
Resepi Kek Coklat Karamel Sedap
Hari ini merupakan hari untuk penyerahan pelaporan PT3 untuk SMKTPG. Khabar angin menyatakan bahawa 80 markah adalah A rupa-rupanya adalah benar belaka ! Serius, calon PT3 yang mendapat straight A memang betul2 berkualiti ! SMKTPG cuma memperoleh seorang sahaja calon yang mendapat straight A iaitu Tarshaleni dari Kelas KRK1 iaitu kelas CN dari 6++ calon !
Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada semua calon PT3 2014 especially kelas 3KRK1. Anda telah buat yang terbaik. Teruskan usaha yang lebih dasyat untuk SPM 2016. Tiada tahun honeymoon ye tahun depan !
Tarshaleni yang memperoleh straight A..satu2 nya wakil SMKTPG yang mendapat straight A
CN dan guru angkat 3KRK1 bersama antara calon cemerlang PT3. Helmi (yang duduk kanan sekali tu) miss 1 markah untuk dapat straight A je.. alahai..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kafein dalam minuman popular Malaysia
Hah ! Bukan kopi jer yang ada kafein yer, pelbagai lagi minuman faveret orang Malaysia juga mengandungi kafein. Paling surprise teh hijau mengandungi kafein lagi tinggi dari Milo ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Limit your durian intake if ... you have diabetis !
Durian has high sugar content; it contains simple sugars: sucrose, fructose and glucose.
What fruit do you have instead of Durian? Share with your loved ones.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara membina QUIZ dalam VLE FROG
Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget QUIZ boleh juga dijadikan sebagai medium untuk latihan kepada pelajar selain widget FORM dalam entry SINI. Penggunaan widget QUIZ sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina QUIZ di dalam site matapelajaran Geografi CN.
Selamat mencuba !
1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri.
Rezeki Berkat
Sedikitnya cukup banyak diagih-agihkan
Rezeki Tak Berkat
Sedikitnya tidak cukup, banyak tida puas.
Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Irfan yang kuat makan ! Alhamdulillah, anak bujang CN si Irfan ni memang seorang yang suka makan dan kuat makan ! Faktor dia bambam adalah kerana dia kuat makan. Lagi2 makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee yang lain. Memang dia takmo share dengan sesiapa tau !
Menikmati spageti sedap masakan mama tersayang ;)
Pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk membeli domain daripada mereka, bagi CN, pilihan yang terbaik adalah di NetKL!
Sebelum membeli domain di NetKL, CN pernah beli domain dengan MYNIC, tapi technical support sangat menghampakan. Ini adalah pendapat peribadi CN sendiri, mungkin rakan blogger yang memilih MYNIC mempunyai alasan tersendiri.
Untuk CN yang memang tak berapa terer part technical, memang tensen masa nak setup domain tu. Sebab tak terer dan give up, CN tukar ke domain yang dibeli di NetKL. Alhamdulillah, technical support sangat membantu. Mereka siap setup untuk CN lagi ! Hah ! Tak payah nak pening kepala nak setup, cuma bayar je domain tu setiap tahun !
Jadi untuk rakan blogger yang berminat nak beli domain, CN cadangkan anda beli di NetKL. Jangan runsing tentang setup, technical support di NetKL akan membantu anda. Klik banner di atas untuk keterangan lanjut.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1. Facebook : You are probably already on FB, Instagram all day. Instead of posting selfies, help manage the social media accounts of non-profit organisations.
2. Influence : Having a tonne of followers on your social media accounts or blog is a good opportunityfor you to help spread the word of positive messages and charitable campaigns.
3. Teach : Online classes are now as common as dirt. Pick something you're good at, be it FROG VLE or playing the guitar, and spread the knowledge.
4. Translate : If you are blessed with a gift of language, NGOs often need help with translating their materials into different languages.
5. Write : Contribute articles, manage a blog, write a report - there is always a need for good writes [For us blogger ! ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Drama Emergency Couple
Musim cuti sekolah ni, CN dengan sepenuh hati melayan cerita korea bersama-sama adik2 tersayang iaitu Cik Zaty dan Dek Yah. Cerita yang meninggalkan kesan dan boleh tengok berkali-kali adalah cerita bersiri Emergency Couple.
Emergency Couple diterajui oleh member tetap Running Man iaitu Song Ji-Hyo yang membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Jin-Hee. Pelakon lelaki utama pula adalah Choi Jin-Hyuk yang mempunyai senyuman manis yang menggoda membawa watak sebagai Doktor pelatih bernama Oh Chang Min.
Cerita Emergency Couple ni best sebab sangat2 kelakar tetapi berinformasi tentang dunia perubatan. Banyak yang CN belajar tentang ilmu perubatan dari cerita ni. Yang paling best, pelakon lelaki dan wanita utama cerita ni sangat serasi dan sweet sangat ! Cerita ni pun tak ada orang jahat ! CN tak suka cerita ada orang jahat...hehe
Kepada anda yang meminati cerita korea, jangan lupa tonton cerita Emergency Couple ! Anda pasti tidak mampu berganjak dari tempat duduk ketika menonton cerita ni....ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
FROG Revise : Aplikasi menarik di dalam FROG VLE
Berita baik untuk semua pelajar di Malaysia yang mempunyai akaun FROG VLE. Anda kini boleh ulangkaji dengan mudah di laman web FROG VLE dengan aplikasi Frog Revise.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Log in ke akaun FROG VLE menggunakan ID dan password yang telah diberi oleh guru anda.
2. Klik icon Quick Launch seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
3. Pilih icon The Pond seperti dalam bulatan merah pada gambar di bawah.
4. Klik banner seperti dalam gambar. Anda akan ke New Window dengan tajuk Frog Revise.
5. Pelbagai tips dan cara pembelajaran berkesan boleh didapati di Frog Revise ini.
Apa tunggu lagi. Jom mengulangkaji bersama FROG VLE !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Menegur jangan sampai menghina
Mendidik jangan sampai memaki
Meminta jangan sampai memaksa
Memberi jangan sampai mengungkit
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jangan KEJI anak orang, anak kita belum tentu lagi.
Jangan HINA masa depan orang, nasib kita belum tahu lagi
Jangan suka MENGATA orang, lebih baik perbaiki diri sendiri..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cara membina FORM dalam VLE FROG
Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget FORM boleh dijadikan sebagai borang soal selidik atau pun latihan kepada pelajar. Penggunaan widget FORM sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina FORM di dalam site PT3 Geografi CN di mana site ini CN berkongsi dengan pelajar cara-cara menyediakan kerja kursus Geografi untuk PT3.
Selamat mencuba !
1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri. Terdapat 3 column iaitu Page, Widgets dan Setting. Klik Widgets. Sebelum membina FORM, pastikan anda membina New Page di Site anda seperti di dalam bulatan di bawah.
#ProjekCutiSekolah : Handbag homemade
Hah ! Bosan duduk dirumah tiada aktiviti menarik? Meh kita ramai2 buat handbag homemade ni...kelas gituwww !
Dah tak payah nak beli beg baru bukak sekolah nanti..kretif sungguh ler mereka yang buat benda ni ;)
Abaikan mereka yang bersikap negatif,
ianya boleh berjangkit !
Setuju sangat !
Diri kita dipengaruhi oleh orang sekeliling. Jika kita dikelilingi orang yang bersifat positif, InsyaAllah, kita juga akan bersifat positif.
Perkara yang sama berlaku di tempat kerja. Kebiasaan kita akan melihat golongan yang berjaya dikelilingi oleh orang yang berjaya juga. Golongan yang suka dengki akan orang lain, kawan2 nya juga mempunyai minat yang sama iaitu dengki dengan kejayaan orang lain.
Bagaimana mengatasi orang yang sentiasa negatif ni?
Cuba elakkan diri !
Itu langkah terbaik. Kadang2 pening gak kepala dengar luahan rakan yang asyik berfikiran negatif jer. Semua orang buat salah, dia sorang yang betul ! Cubalah elakkan diri darinya. CN kadang2 buat2 sibuk dengan laptop bila orang tu datang, tak pun, buat2 on call then pergi darinya.
Serius, orang yang macam ni merupakan virus yang sangat bahaya !
Ingatlah, diri yang positif akan menghasilkan aura yang positif pada wajah dan dirinya. Jadilah seorang yang positif ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Senaman Otak
Tugas harian yang sibuk menyebabkan kita sering berasa letih, lesu dan stress kerana otak bekerja dengan ligatnya. Lagi-lagi tugas seorang guru yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum ! Seperti anggota badan yang lain, otak juga perlu bersenam untuk mengekalkan kecerdasan dan berfungsi dengan lebih baik.
Bagaimanakah caranya senaman otak ini?
Amat mudah ! Sediakan sehelai kertas dan 2 batang pen hitam dan biru. Pegang pen hitam dengan tangan kanan dan pen biru dengan tangan kiri. Conteng kertas dengan menggunakan kedua-dua tangan pada masa yang sama selama 3 minit. Apa yang anda rasa?
Percayalah selepas melakukan senaman otak ini, anda akan berasa tenang dan boleh kembali fokus kepada kerja. Sakit kepala akibat stress juga akan beransur hilang.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lee Dong Wok CN !
Hah ! Kemain lagi entry CN dekat sini duk awesome dengan Lee Dong Wok yang hensem tu. Tapi di hati CN tetap Encik Suami yang paling awesome ! Kalah Lee Dong Wok tau !
Nak jadikan cerita, disebabkan jeles dengan CN yang asyik dengan Lee Dong Wok, Encik Suami telah cuba mentransformkan diri dengan memakai sweater leopard CN dan menukar sedikit fesyen rambut ! Pergh ! Memang kalah la Lee Dong Wok ! Hehehe
p/s : Muat pulak Encik Suami sarung sweater CN yer, untungla badan kecik ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lee Dong Wok owh Lee Dong Wok
Cuti sekolah ni, selain berblogging dan berblogwalking..CN juga mengisi masa lapang dengan melayan cerita korea. Hah ! Ni nak cerita, dari zaman remaja dulu sampailah dah jadi mama Irfan, CN tetap meminati jejaka hensem bernama Lee Dong Wok.
CN terpikat dengan Lee Dong Wok ni masa tengok cerita My Girl. Alahai..sweetnyer dia dalam cerita tu ! Suka sangat ! Tengok banyak kali pun tak kisah tau..hehe
Sekarang duk layan cerita Hotel King. Lee Dong Wok gak berlakon...alahai....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Blogging : Memberi komen yang menyentuh jiwa
Jika berkelapangan, CN akan cuba blogwalking ke blog2 rakan untuk membalas komen. Tapi tahukah anda, dengan mengomen juga mampu menyentuh jiwa bukan sahaja si empunya blog tetapi juga si pembaca blog tersebut untuk singgah ke blog anda? Berikut merupakan tips memberi komen yang menyentuh jiwa dari Blogger Melastik Bintang yang CN ingin kongsikan bersama pembaca tersayang.
- Apabila anda meninggalkan komen, ambil masa untuk kenali nama penulis dan gunakan namanya semasa meninggalkan komen di artikel tersebut.
- Cuba berasa di 5 komen pertama. Jika komen anda mudah dilihat maka anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan respon kepada komen yang ditinggalkan.
- Sentiasa tinggalkan komen yang ada 'add value' kepada artikel tersebut. Anda boleh menanyakan soalan atau memberi pendapat.
- Mulakan pendebatan yang sihat di ruangan komen. Bertindak balas kepada komen orang lain. Dengan cara itu anda akan dapat menarik perhatian yang lain.
- Akhir sekali tanam sikap ikhlas semasa memberi komen.
Tidak lupa juga TERIMA KASIH tidak terhingga kepada anda yang rajin berkunjung dan mengomen di blog CN. Nantikan entry Pengomen Tegar Bulan November selepas ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Try by Colbie Caillat
Lagu baru kegemaran CN. Colbie Caillat ni antara faveret singer CN. Suka kebanyakan lagu2 dia yang santai dan bermotivasi. Bukan cinta semata-mata. Macam lagu Try ni, lirik ni simple tapi bermakna. Jom kita berkaroeke sama2 yer.
Try by Colbie Caillat
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~