Hiking di Gua Tempurung

December 04, 2014

Gua Tempurung

Hiking di Gua Tempurung

Destinasi terakhir untuk Class Trip 3KRK1 adalah ke Gua Tempurung di Gopeng, Perak. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Sebab itu, apabila anda menjelajah ke dalam Gua Tempurung, ada dipamerkan alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.

Terdapat 4 pakej yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu : 

Pakej 1 : Golden Flowstone
Bayaran : RM6
# Diberi nama Golden Flowstone kerana apabila hujan, sungai yang mengalir akan melalui bukit membentuk air terjun. Dan istimewanya air terjun tersebut akan berkilau keemasan di dalam gua. 

Pakej 2 : Top of the World
Bayaran : RM9
# Pakej pilihan kami merangkumi laluan pejalan kaki yang kering sehingga ke hujung gua. Tangga yang dipanjat pulak dalam tak sedar rupa-rupanya 640 anak tangga ! Double dari Batu Cave! Memang best ! CN paling suka dekat Wind Tunnel dimana rasa angin yang damai even kita di dalam gua. Memang ajaib, dari manalah angin tu datang sebab Wind Tunnel ni di tengah2 gua..kena tengok National Georaphy untuk tahu jawapannya ! Hehehe

Pakej 3 : Top of the World & Short River Adventure
Bayaran : RM11
# Pakej basah dimana perlu merentasi anak sungai di dalam gua. Ramai kawan yang dah pergi cakap memang best merangkak-rangkak di dalam gua ! Pergh ! Kena repeat lagi ke Gua Tempurung ni.

Pakej 4 : Grand Tour
Bayaran : RM22
# Pakej paling best merangkumi laluan2 yang adventure. Keluar daripada tour ni melalui anak sungai di bawah jambatan tempat entrance. Sebab kitorang tak amik pakej ni, keluar jer dari gua, terjun gak ke dalam sungai ! Last2 basah gak baju budak2 ni duk main air,,hehehe

Sempena cuti sekolah ni, apalah salahnya membawa anak2 hiking di Gua Tempurung. Selain banyak ilmu yang dapat berkaitan bentuk muka bumi (cikgu Geografi la katakan), kepuasan pasti terpamer di wajah anak2 kerana hiking di Gua Tempurung tak sama dengan hiking di shoping complex! Ahaks ~

Hiking di Gua Tempurung
Peringatan buat pengunjung

Hiking di Gua Tempurung
Muka hepi sebelum jelajah ke dalam Gua Tempurung

Hiking di Gua Tempurung
Hiking di Gua Tempurung
Pemandangan di dalam Gua Tempurung

Hiking di Gua Tempurung
Berposing sebentar di dalam Gua Tempurung

Hiking di Gua Tempurung
Pemandangan dari luar jalan masuk ke Gua Tempurung

Hiking di Gua Tempurung
Berendam kaki setelah penat hiking

Hiking di Gua Tempurung
Fawwaz yang duduk di atas batu fefeeling mcm princess main air

Hiking di Gua Tempurung
Budak kecik beyak dalam bas..selamat di Gua Tempurung toilet nya ok


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. gembira jer anak2 murid tu dpt teroka gua tempurung ... nasib baik pakai pampers kan .

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing CN..Harga pun berpatutan.nak pergi jugak! !

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.