Resepi Kek Coklat Karamel Sedap

December 23, 2014



Cuti sekolah ni, memang sentiasa berfikir aktiviti apa yang boleh dibuat. Bila cuti, perut pulak asyik lapar jer. Jadi CN bersama adik tersayang Cik Zaty & Dek Yah bertungkus lumus menyediakan Kek Coklat Karamel yang sedap serta gebus ! Yang penting penyediaan sangat mudah ! 

Kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa, jom la masak Kek Coklat Karamel sedap ni ye. Meh CN share resepi.

Resepi Kek Coklat Karamel Sedap

Lapisan 1 :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..

Lapisan 2 : Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

Lapisan 3 : Kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di blend...

1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak ke dalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...
tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...

Dah siap Kek Coklat Karamel Sedap

Selamat mencuba !

Kalau guna tepung naik sendiri, dah tak perlu serbuk penaik yer, CN guna gula perang, rasa lagi sedap ! 

Ini percubaan pertama, lapisan 1 tak jadi buat, tapi yang penting kek gebus ! hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. waa..siap ada lapisan2 lagi ni,
    cam best!hehe

    ReplyDelete
  2. boleh buat ni... bookmars senang nak tengok lain kali....

    ReplyDelete
  3. yg ni lah k.el nak buat ..tp x buat2 lagi
    sbb ada karamel kat atas tu kan
    sedapnya CN bak mai la nak rasa haha

    ReplyDelete
  4. Wauw..macam sedap jer..nak try nanti la...☺

    ReplyDelete
  5. wah.. sedapnya... bak sikit.. :p

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.