Lakukanlah segala kebaikan sekecil apa pun kerana kamu tidak tahu kebaikan mana yang menghantarkan mu menuju ke syurga...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Ranking Alexa untuk 29012015
Ranking Alexa untuk 29012015 menurun dengan teruk. Mana tak teruk, terus No Data untuk traffic rank di Malaysia ! Pernah jadi dulu masa CN bertukar domain. Tapi sekarang tak tahulah apa masalah pulak..alahai..
Walaubagaimanapun, Terima kasih kepada pembaca setia yang tidak jemu terus menyokong blog blog cekgunorazimah.
I LOVE U ALL !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila ada bakat, pastikan ada usaha
Tanpa usaha...bakat itu sia-sia
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fikir dulu sebelum berkata-kata
Kebijaksanaan seseorang terlihat pada kata-kata
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dah siap homework math ke belum?
Esok dah sekolah yer, jangan lupa buat homework math ye adik2. Takmo nangis2 tau buat math..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengenalkan perkataan baru kepada anak
Arwah mak mertua pernah cakap kepada CN dulu yang ibubapa dilarang untuk menggunakan bahasa pelat (baby talk) kepada anak. Apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan bahasa kita untuk mengenalkan perkataan baru kepada anak. Memang dia akan bercakap dengan pelat, tapi InsyaAllah, lama-lama pelat tu akan hilang.
Alhamdulillah, Irfan sekarang makin petah berkata-kata mudah untuk ikut apa yang diajar. Cuma menjadi masalah buat CN kini adalah mendidik Irfan untuk tidak pakai pampers di rumah. Umur Irfan sekarang dah 2 tahun 5 bulan, memang merupakan masa yang sesuai untuk toilet training. Apa yang penting adalah kesabaran ibu/ayah untuk mendidik anak. Fuh ! Target CN sebelum Irfan 3 tahun, dia dah boleh pergi toilet sendiri dan tak perlu pakai pampers/cloth diaper di rumah. Kos hidup makin tinggi, kenalah berjimat dari beli pampers yang makin mahal ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Fikir Yang BAIK-BAIK
Cakap Yang BAIK-BAIK
Minta Yang BAIK-BAIK
Sangka Yang BAIK-BAIK
InsyaAllah..
Yang Datang Nanti
Semua Yang BAIK-BAIK
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Berikan usaha yang terbaik hari ini
Untuk mendapat pulangan yang terbaik pada hari esok
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Biar jatuh berapa kali pun
Tekadkan untuk bangun semula
Itulah rahsia kejayaan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cik Wany ataupun nama penuh NORZAWANI BT ABD TALIB adalah adik CN yang ke-3.
Harini ni genaplah umor budak 'besor' ni 24 tahun..dah tua adik CN rupanya ! Ahaks..
Masih single dan masih mencari pasangan hidup. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UITM Machang, Kelantan. Orangnya COMEL & ramai cakap kitorang kembar. Cuma part tinggi tu CN agak kurang..hehe
3 Langkah Menarik Perhatian Anak Untuk Mendengar
Jika permintaan atau cakap kita tidak dipedulikan oleh anak-anak, cuba perhatikan samada ketika kita meminta anak membuat sesuatu di waktu dia sedang khusyu’ membaca buku cerita dan sebagainya. Berikan sedikit waktu untuk mereka seperti..“Selepas Syafiq habis baca bab 5 tu.. tolong mama keluarkan sampah ye”. Jika anak masih tidak melakukan seperti yang kita suruh selepas habis bab 5, datang dekat kepadanya, buat hubungan mata, katakan dengan tenang dan ringkas. “Syafiq, sampah”. Mungkin pada ketika itu anak akan teringat apa yang harus dilakukannya.
.
Perhatikan juga samada anak berkemampuan atau tidak melakukan seperti yang disuruh. Adalah tidak logik meminta anak yang berusia 5 tahun mengangkat tong sampah yang berat yang hanya mampu dilakukan oleh anak-anak yang lebih besar.
.
Kadang-kadang untuk memudahkan anak-anak mendengar dan melakukan apa yang kita suruh, pertimbangkan untuk memberi pilihan kepadanya. “Syafiq boleh tolong mama siramkan pokok itu sekarang atau Syafiq boleh lakukannya selepas bermain bola nanti.” Jika anak membuat pilihan kedua, maka selepas bermain bola, kita wajar mengingatkannya sekali lagi. Jangan membebel kerana anak-anak mudah terleka dan terlupa lebih-lebih lagi apabila ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.
.
Sumber : Ibubapa Cemerlang
p/s : CN tengah cuba kurangkan sikap suka membebel, anak laki memang tak suka dibebel ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Mengajak lebih baik dari memberi arahan
Elakkan dari memberi arahan kepada anak-anak sebaliknya mengajak mereka melakukan bersama-sama. Anak-anak kecil akan menjadi lebih teruja dan lebih bersemangat jika ibu bapa sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka lakukan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry SINI, CN telah berkongsi tentang 27 Panduan Menjadi Guru Abad ke 21. Kali ini, CN berkongsi dengan anda apakah itu Pendidikan Abad ke 21.
Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21, Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu.
Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happiness is a reward of creative thoughts, so if you want to be happy, set about creating happiness.
Ok. jom layan lagu Happiness by Red Velvet ! Cheer !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minda Orang Kaya VS Orang Susah
Mulakan langkah pertama bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN BERIMAN KAYA & BERJAYA . Kita yang tentukan siapa diri kita.
Mulakan langkah pertama bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN BERIMAN KAYA & BERJAYA . Kita yang tentukan siapa diri kita.
1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya" vs Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
2: Orang kaya berbisnes untuk menang vs Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
Tenang itu terletak pada keredhaan kita pada apa sahaja ketentuan Allah.
Sukar.
Tapi itulah maharnya..
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Biarkan orang pandang rendah..
Asalkan kita mempunyai cita-cita tinggi
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Did you take the stairs or the elevator today?
CN : Stairs ...hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Si kecik kebiasaannya sangat memilih makanan. Irfan tak ada masalah untuk makan buah sebab dia memang suka makan buah. Masalahnya cuma sayur ! Memang confirm ikut gen CN sebab masa kecik pun CN tak suka makan sayur ! Hehehe
Apa yang boleh dibuat adalah cuba jadikan sayur sebagai desert yang menarik. Contoh, kacang panjang celup tepung. Sedap dan rangup tau !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hari pertama persekolahan untuk tahun 2015. Tugas sebagai guru tingkatan masih tetap dan berpencen. Tahun ini CN ditugaskan sebagai guru tingkatan 3 Progresif. Jumlah pelajar adalah 30 orang. 2/3 adalah pelajar lelaki.
Hari pertama persekolahan, CN mesti kena jadi cikgu garang ! Kalau tak, jenuh la nak takle budak2 ni..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kredit kepada Cikgu Suriati kerana berkongsi file word yang boleh diedit berkaitan dengan Buku Pengurusan Peribadi.
Tahun 2015 merupakan tahun ke-6 CN berkhidmat sebagai guru. Jadi CN kena prepare segala dokumen penting dalam 3 tahun untuk kenaikan pangkat ke DG44. Buku Pengurusan Peribadi ni antara langkah terbaik untuk penyimpanan dokumen2 penting tu.
Rakan-rakan pembaca boleh dapatkan Buku Pengurusan Peribadi di SINI yer.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Setuju sangat, jika dulu masa single byk gambar selfie dan gambar bukan2, tp lepas ada anak, henfon penuh gambar si Irfan jer. Ada video la, bila bosan mesti nak tengok gambar2 dan video lama. Seronok tengok perbezaan Irfan dulu dan kini. Anda pula bagaimana?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Orang yang HEBAT tidak akan melenting bila dicaci bahkan ia terus TERSENYUM, BERSABAR & MENDOAKAN yang baik-baik sahaja.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Bila gagal...sememangnya akan kecewa.
Pastikan ia tidak lama...
Just move on .............
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila orang kata tidak boleh..
Buktikan bahawa anda boleh !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jangan nak cakap besar yer, nanti memakan diri...
p/s : Tapi kalau bergurau suami isteri apa salahnya..selalunya yang mulakan gurauan macam ni Encik Suami, kemain eksyen cakap ex dia cun2 macam model..last2 kawin dengan cikgu comey ni gak ! Hahahaha
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Philips PerfectCare Aqua
Promosi Philips PerfectCare Aqua
Hari Isnin pertama di tahun 2015. Sepatutnya sesi persekolahan bermula pada hari ini, tetapi ditangguhkan ke minggu hadapan. Jadi CN pulun sepenuh hati meng'iron' baju untuk stok 2 minggu ! Pergh ! Memang marathon iron baju. CN tak suka iron baju hari2, membazir elektrik dan memenatkan. Biasanya CN iron baju untuk stok seminggu, kalu terlebih rajin, memang boleh sampai 3 minggu ! Hehehe
Lakukanlah segala KEBAIKAN sekecil apa pun kerana kamu tidak tahu KEBAIKAN yang mana menghartarkanmu menuju ke Syurga
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
2015 kini menjelma
Semoga menjadi tahun yang bermakna untuk kita semua.
[ Selamat Tahun Baru 2015 dari cekgunorazimah.com ]