Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis !
Resepi Kek Lumut Lapis Cheese
Kek Lumut Lapis Cheese memang menggoda masa mula-mula CN tengok di Group Resepi Kita. Kredit gambar di ambil dari group tersebut. Gambar CN lupa nak snap..hehe
Bahan-bahan kek ni mudah dan caranya ringkas. Cuma masa agak lama untuk mengukus kerana Kek Lumut Lapis Cheese ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Rasanya ? Mestilah sedap !!
Bahan-bahan Kek Lumut Lapis Cheese
1 cawan tepung
250g butter
4 biji telur
3/4 gula halus
4 sudu besar kaya
1/4 susu pekat
Pes pandan dgn pewarna hijau
* Untuk lapis putih
250g cream cheese
Sebiji telur
3/4 gula halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air masak
Cara-cara membuat Kek Lumut Lapis Cheese
Mixer butter dan gula sampai sebati
Masuk telur sebiji sebiji
Masukkan susu, kaya, pes dgn pewarna hijau. Dah sebati masukkan tepung gandum sampai sebati lagi.
Bahagikan kepada 2 kukus separuh. Sementera kukus selama 30 minit bolehlah mixer cream cheese tadi.
Mixer cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, air dgn tepung. Kukus selama 15 minit. Kemudian lapiskan adunan tadi dan kukus sehingga 45 minit. Sejukkan baru potong.
Dah cuba Kek Lumut Lapis Cheese?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN tak berapa suka kaler kuning. Tapi disebabkan kaler kuning, menjadikan muka CN berseri-seri, jadi CN pun pakailah tudung kaler kuning sikit ! Boleh gituw ?? Ahaks ~~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kepada ibu bapa/penjaga anak-anak yang bersekolah di SMKTPG, jangan lupa datang beramai-ramai ke Mesyuarat Agung PIBG SMKTPG kali ke - 35 !
Bulat air kerana
pembentung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk kecemerlangan SMKTPG.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ber 'i-Think' di luar kelas adalah satu aktiviti pdp yang menarik. Paling best, di tapak perhimpunan sekolah CN adalah lukisan mural tentang i-Think. Dah la dekat situ ada kipas,memang selesa la student sambil belajar sambil menikmati udara luar.
Rehat sebentar dengan selfie
Minggu ni CN busy sangat dengan persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG. Memang banyak benda yang kena settle. Lagi2 nak siapkan buku program ni...fuh! Bila penat dengan kerja, meh kita berselfie sebentar sambil dengar lagu Shake it off by Tailor Swift !
Katakan tidak untuk stress ! Weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat kembali bertugas setelah berseronok bercuti sempena CNY ! Mood bekerja kembalilah....banyak keje nak kena setle ni..huhu
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Adakalanya....
Orang yang memiliki masa silam paling buruk akan jadi paling baik pada masa depan !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Inilah gayanya bila sepupu berjumpa ! Budak sekarang kan, bila penat bermain ... gadget la yang dicari...isy...isy
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kempen Bumi Hijau kembali lagi ! Selaku Guru Geografi yang cintakan alam sekitar. CN sekali lagi menjayakan mini Kempen Bumi Hijau bersama Pengawas Pusat Sumber SMKTPG.
Jika sebelum ini, Projek Lets Go Green bersama 3 KRK1 tahun lepas berjalan dengan jayanya. Kali ini CN bersama beberapa orang sukarelawan Pengawas Pusat Sumber mengitar semula bahan evidens PBS Geografi tahun lepas yang penuh di bawah meja CN.
Tak sangka, bila ditimbang semua evidens tu berjumlah 36 kg ! Pergh ! Memang berbaloi kitar semula @ Kempen Bumi Hijau ni, selain kertas-kertas tersebut di proses semula, kita juga dapat duit ! Hah ! Dah boleh belanja sukarelawan Pengawas Pusat Sumber CN ni air milo ais ! Hehehe
Spek kpop Irfan tu dah patah, kena la beli baru dekat GM Klang. Best spek macam ni, 3 RM10, tak ada cermin,kira selamat untuk si kecil.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Did You Know?
Malaysia ranks sixth in the Asia-Pacific region for obesity and first in South-East Asia for both obesity and diabetes.
So, what steps are you taking to be healthy?
" Saya suka makan kepci ! Kepci ni depan sekolah mama jer ! "
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
#HealthTip
Is your child a fussy eater?
Give them variety with food and serve food creatively to keep their appetite strong.
And don't forget, give them MEALSHAKE !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Diam tak diam dah 2 tahun 6 bulan Irfan Bambam ni !! Sekejab jer masa berlalu..rasanya macam baru semalam CN preggy kan dia. Sekarang ni Irfan makin keletah bercakap. Siap pandai merungut lagi taw!!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ayah CN yang tersayang iaitu Encik Abd Talib bin Sulaiman menyambut hari ulangtahun yang ke??.
Dah tua ayah CN ni. Alhamdulillah, masih sihat dan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti. Ada jer yang dibuatnya..hehe
Alhamdulillah.. CN antara insan terpilih menjadi seorang GURU.
Saya bangga menjadi seorang GURU
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apabila tekak omputih menyerang, inilah padahnya ! Dah siap spageti bolognise bercili padi satu ! Irfan kemain suka spageti ni walaupun pedas sikit, anak jawa katakan, pedas cili padi tu small matter la ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kusyuknya Irfan tengok cerita Upin Ipin !! Tangan tu yang mahal ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Clan of Clash (COC) menjadi fenomena terhangat masa kini. Encik Suami tidak terkecuali. Sempena birthday Encik Suami harini, CN belikan kek COC special untuknya. Terharu Encik Suami tengok kek birthday dia. Siap amik gambo show off dekat kawan2 dia ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy Birthday my dear KK !
An awesome husband like you
Is rare & uncommon
A perfect husband like you
Can be only one
An amazing husband like you
Is unique & exclusive
A wonderful husband like you
Makes life fun to live
To such a husband who is
Perfect in every way
With lots of love I wish
A fabulous birthday
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah Putera Selfie CN, Irfan ! Habis hp penuh jer gambo selfie dia. Bila berjaya amik gambo, siap cakap, Yesh !
Entry CN "Gadget penting untuk kanak-kanak?" ada menyatakan bahawa CN akan memberikan Irfan hp untuk mengalihkan perhatian dia dari buat perangai. Contoh macam dalam kereta atau pun ketika makan di luar. Tapi yang tak best, Irfan boleh konfiden mengaku tu hp dia ! Kalau orang call, dengan relax dia cancelkan sambil cakap "Acau!" (kacau) ..... waaa
Wall's Selection Hershey's Loaded yang sangat menggoda ! Tengok gambar dekat bekasnya pun dah tergoda, belum makan lagi. Disebabkan CN berjaya menyiapkan beberapa tugas yang penting, CN reward diri sendiri dengan Wall's Selection Hershey's Loaded yang sangat menggoda ! Serius boleh habis makan sorang tau. Selamat fikir diet, kalau tak, pejam mata jer habiskan aiskrim ni...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Contoh Surat Memohon Sumbangan LCD Projektor
Sebagai Setiausaha PIBG, sememangnya pelbagai surat yang perlu dibuat. Ini merupakan contoh surat memohon sumbangan LCD Projektor kepada pihak swasta. Semoga bermanfaat untuk semua.
Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG
Sebagai Setiausaha PIBG, pelbagai surat perlu dibuat. Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ni, CN sukacita berkongsi dengan anda Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG untuk Mesyuarat Agung tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi
Sebagai Setiausaha PIBG, pelbagai surat perlu dibuat. Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ni, CN sukacita berkongsi dengan anda Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi untuk Mesyuarat Agung tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Alahai Arjuna Beta..bilakah agaknya kamu mahu tidur??
Hari-hari Irfan tidur pukul 11 lebih. Bila CN ada stayback untuk sukan, malamnya memang flat. Plan nak tidur awal. Tapi Arjuna kesayangan CN ni takmo tidur lagi ! Waaaa
Siap buat syhhh lagi suruh diam ! Padahal dia yang kecoh tak tidur lagi.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ramai orang bercakap tentang Allah, tetapi tidak ramai bercakap kepada Allah.
Banyakkan tahajud, banyakkan doa..
Bercakaplah kepada Allah
~ Salam Jumaat dari Cekgu Noraizmah ~
Satay Station
Dating bertiga kali ni ke KL, yeah ! Lama x jejalan ke KL lepas CN dapat tukar ke Kuala Langat. Kali ni Encik Suami teringin nak tengok wayang di Wangsa Walk Mall. Disebabkan kami pergi masa hari cuti Thaipusam, cerita banyak yang lewat petang. Jadi cerita pilihan kami adalah Into the Woods.
Alhamdulillah..harini 4/2/2015, genap la usia perkahwinan CN & Encik Suami yang ke-EMPAT. Diam tak diam, dah 4 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama sebagai suami dan isteri.
CN bersyukur sangat mendapat seorang SUAMI yang penyayang even luaran nampak sempoi dan kasar, tapi sangat romantik dan memahami. Almaklumlah, siapa lagi nak puji SUAMI kalau bukan ISTERI kan?
Sambutan ulangtahun ke-EMPAT ni jika tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti ke tempat RAHSIA. Seperti tahun-tahun lepas, CN dan Encik Suami akan cuba mencari masa untuk bercuti sempena meraikan anniversary kami. Biar lambat, tapi tetap bercuti bersama untuk kembalikan mood romantik semasa honeymoon. Cuma sementara tunggu hari tersebut, kami cuma dating ke tempat candle light dinner masa couple dulu. Tapi kali ini dating bertiga sebab tak sanggup tinggalkan si comel bersama atuk. Rasa tak sedap hati jer kalau keluar tak bawak budak comel tu.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & Encik Suami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Top Pengomen Bulan Januari 2015 : Mari ramai-ramai kita terjah blog pengomen tegar cekgunorazimah.com yang sporting ni. Terima kasih kepada pengomen-pengomen yang senantiasa menceriakan blog CN. Tanpa anda siapalah CN. Sayang anda pengomen-pengomen di blog cekgunorazimah.com . Sebagai menghargai jasa pengomen tegar bulan Januari, CN sediakan senarai khas [ Blog Pengomen Tegar Jan'] di sidebar kanan blog ini.
Aktiviti biasa hujung minggu CN bersama keluarga adalah ke Morib. Tempat paling dekat dengan rumah dan ada pelbagai aktivti di sini. Memang meriah !
Selfie di pagi hari dikala menunggu kelas Geografi 3H !! Ehem...penyakit zaman anak dara suka berselfie kembali lagi...weee
Selamat bekerja untuk pembaca blog cekgunorazimah.com !
Mulakan hari anda dengan ceria & konfiden.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jagalah solat
Jika kamu tidak menjaganya,
Akan hilang segala perkara yang lain !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~