Bawak si kecik ke sekolah lagi

May 31, 2015

Aktiviti Sekolah

Aktiviti Sekolah

Pejam celik pejam celik dah sampai ke pertengahan penggal 2015. Bestnyer cuti 2 minggu, dapatlah menanda kertas peperiksaan dengan aman tanpa terkejar-kejar nak masuk kelas. CN ada 6 kelas kertas Geografi dan 1 kelas kertas TMK, dan semuanyta adalah subjektif ! Fuh ! Gigih duk menanda ni. 

Okay, nak cerita, minggu lepas kelas CN bertukar wajah. Atas inisiatif pelajar-pelajar kelas CN 3 Progresif ni mengumpul duit sendiri, maka akhirnya minggu lepas tercapailah impian mereka untuk melihat kelas mereka berubah wajah. Sebenarnya terlalu banyak kesan contengan pada dinding kelas, memang sakit mata dan sakit hati melihatnya. CN harap dengan wajah baru ni, tak ada la tangan gatal duk menyonteng dinding lagi. Almaklumlah, duit beli cat pun dari poket mereka sendiri, takkan sanggup nak menyonteng lagi kan?

Seperti biasa kalau aktiviti sekolah di hari cuti, CN memang rajin bawak si kecik ni ikut ke sekolah. Biar dia tengok mamanya bekerja. Lagipun Irfan ni mudah diuruskan, lasak-lasak dia pun masih dengar cakap. Cuma comot tu perkara biasa. Sel-sel otak sedang berhubung, memang la comot. 

Cuma kali ni, comot Irfan terlebih sudah sebab aktiviti kali ini adalah mengecat kelas. Bayangkan baju, tangan dan seluar Irfan kena cat. Selamat cuma guna cat air, gosok-gosok jer dah hilang, kalau guna cat minyak?? Hmm..putih mata jela tengok baju Irfan...huhu

Aktiviti Sekolah

Tengoklah gambar di atas ni, Irfan siap main cak-cak dengan CN lagi. Dia memanjat dan duduk dengan hati yang senang di atas lantai. Siap bukak selipar untuk memudahkan dia memanjat tau! Alahai anak, selamat la CN bagi Irfan Vitamin Terbaik Untuk Anak, boleh lah bagi kuat antibodi nya melawan penyakit. Almaklumlah, cara hidup Irfan yang aktif dan rajin explore memang terdedah kepada pelbagai penyakit, amat penting bagi suplemen untuknya. 

Aktiviti Sekolah

Okaylah, tak banyak gambar yang sempat CN snap sebab Irfan duk pegang henpon CN. Sampai kan gambar sebelum dan selepas mengecat pun CN lupa nak ambil...hehe.

Akhir kata, selamat bercuti kepada semua pelajar di Malaysia. Jangan melakukan vandalisme walau dimana anda berada ye.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. wahh dia tolong jugak... comelnya ... selamat mengemas

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya...rindu nak menghias kelas masa zaman budak sekolah dulu

    ReplyDelete
  3. hehehe sukala si Irfan tu main2 ngan kakak abang.. dia pun sama2 mngecat hehe..

    yg tanda paper subjektif je mngerti perit nak habiskan menanda kan CN..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.